Pelakon meningkat naik, Mierul Aiman, terkejut sekali gus menafikan dakwaan dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan cucu seorang kenamaan.
Menurut juara Hero Remaja 2021 itu, pdia terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.
“Saya betul-betul tidak pasti dan terkejut dengan dakwaan itu. Saya berkawan dengan semua orang tapi tidak pernah pula selidik mereka anak sesiapa.
“Saya sangat berbesar hati untuk berkenalan dengan sesiapa sahaja. Saya berpegang kepada prinsip berbudi kepada semua orang. Kita buat baik untuk dibalas baik,” katanya.
Mierul ditemui Remaja di lokasi penggambaran drama bersiri Project: Exit, di Rimba Ilmu, Universiti Malaya, hari ini.
Ads
Tegas anak sulung daripada tiga beradik itu lagi, dia masih solo dan akan berkongsi kepada umum sekiranya sudah berpunya.
“Jujur saya cakap, setakat ini tiada yang istimewa. Tak tahulah jika ada yang terluka dengan kenyataan ini. Sekarang saya hanya fokus kepada skrip, kerjaya, adik-adik dan ibu ayah.
Ads
“Saya tiada rahsiakan apa-apa. Kalau ada rezeki atau jodoh sampai awal, saya akan kongsikan,” katanya yang kali terakhir bercinta adalah ketika di bangku sekolah.
Sebelum ini, timbul desas desus dalam kalangan penggiat industri bahawa Mierul sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang gadis yang juga merupakan cucu kepada seorang VVIP.
Ads
Dalam perkembangan lain, Mierul bakal tampil menerusi drama terbitan Astro Shaw, Project: Exit yang mengangkat isu sosial di asrama pemulihan akhlak.
Drama enam episod ini turut dijayakan oleh pelakon seperti Naim Daniel, Shasha Abedul, Kimberly Chuah dan Nabila Huda.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Safwan Nazri, satu-satunya Finalis Hero Remaja 2017 yang berasal dari negeri jelapang padi merupakan seorang bekas Viners/Instagrammers yang agak terkenal menghasilkan video-video komedi dan viral bersama kawan baiknya. Bagaimanakah dia mampu meraih perhatian yang hebat sehingga berjaya mendapat jutaan view? Jom, kita selongkar rahsia Safwan Nazri.
Semasa aktif di Vine dahulu, apakah username yang Safwan guna?
Sejak dari dulu saya menggunakan nama sendiri sebagai username iaitu Safwan Nazri. Saya hasilkan video-video ini bersama kawan baik saya sendiri iaitu Arif Shamsul (Ayiep).
Bila Safwan mula berjinak-jinak dengan dunia penghasilan content video di media sosial?
Saya mula buat video pertama kira-kira pada dua tahun lepas. Tapi saya buat sekejap sahaja dalam setahun lebih, sekarang bukanlah berhenti tapi agak kurang sikit. Dulu buat Vine pendek saja dengan durasi 6 saat, kemudian Instagram 30 saat yang kini sudah jadi seminit.
Bagaimana dengan konsep content video yang selalu Safwan hasilkan?
Kalau orang yang mengikuti video saya pasti perasan konsepnya lebuh berunsur komedi. Tapi ia bukan bermakna komedi kosong tetapi mempunyai mesej. Biasanya saya dapat idea dari benda-benda viral serta apa yang hot pada masa tersebut.
Adakah Safwan dalam video sama dengan Safwan dalam dunia sebenar?
Ya, saya macam nilah. Apa yang orang tengok saya dalam video yang saya hasilkan, begitulah saya di luar. Cuma selepas bergelar sebagai Finalis Hero Remaja 2017, saya kena tone down sikitlah buat lawak yang bukan-bukan (ketawa).
Apakah content video yang paling banyak dapat view?
Video pasal solat view cecah hampir 2 juta, di Facebook. Ramai yg dm saya ucapkan terima kasih sebab ingatkan mereka tentang kepentingan solat. Saya hasilkan pada bulan puasa dua tahun lepas. Saya rasa tak sangka. Judul video itu, Pray.
Mana dapat idea?
Mulanya saya hanya up video percakapan seperti ceramah sahaja. View tak banyak, hanya dapat lebih kurang 300 view sahaja. Kemudian saya dan Ayiep dapat idea untuk buatkan video lebih menarik dengan penyampaian bersahaja dan pantas. Syukur, ia dapat sambutan yang kami sendiri tidak jangka.
Biasanya berapa lama duration video yang Safwan hasilkan?
Tak lama. Apa yang saya dapati pengguna laman media sosial tak suka video berdurasi panjang. Tempoh terbaik ialah antara 3 hingga 5 minit. Apatah lagi kalau penceritaan itu tidak sampai. Saya sudah merasa kena kecam dulu tapi anggap ia sebagai satu kritikan membina. Bagi saya less is more, harus ringkas tapi padat.
Bagaimana proses Safwan hasilkan video?
Saya bersyukur kerana dulu bekejrsama sama dengan kawan baik sendiri iaitu Ayiep. Semua editing video, audio serta pacing jalan cerita dia yang jaga. Kami hanya gunakan software mana yang ada sahaja iaitu Video Maker. Saya pula membantu dari segi skrip, storyline dan mencari mood sesuai dengan bahan cerita.
Pernah collab dengan pembikin video content yang lain?
Ya, saya pernah bekerjasama dengan Stark Production dan pernah jumpa dan kongsi idea dengan viner atau youtubers yang lain. Bila fikir semula sangat seronok pengalaman buat video ni.
Selepas bergelar Finalis Hero Remaja 2017, adakah Safwan akan terus hasilakan video di media sosial?
Sebelum ini saya fokus di dunia digital. Bila masuk pertandingan ini saya nak kembangkan bakat untuk mencebur diri dalam industri hiburan. Saya rasa peluang yang diberikan majalah Remaja untuk saya sangat besar. Saya harap patform Hero Remaja ini dapat membuka peluang kepada saya untuk menjadi anak seni seperti senior-senior Hero Remaja terdahulu.
Siapa pembikin content video yang paling Safwan gemari?
Lokman Podolski. Sebab dia memang lawak tahap gaban! (ketawa)
Apa tip boleh Safwan kongsikan untuk pembaca remaja?
Nak hasilkan video pertama sekali kena ada idea. Observe apa yang berlaku di sekeliling kita. Orang akan suka sesuatu yang boleh relate dengan mereka. Penyampaian juga harus kena dengan personaliti kita; jangan buat melebih-lebih sampai menjengkelkan orang.
Jangan lupa untuk terus mengundi Safwan Nazri di Pencarian Hero Remaja 2017 di sini!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan mudah untuk mencari keyakinan bagi menonjolkan bakat dan potensi di hadapan para juri.
Terkini dengan peluang yang dibuka oleh pencarian Hero Remaja 2020, ramai yang tak melepaskan peluang untuk menyertai sesi ujibakat yang bermula pada hari ini.
Penulis ingin recap semula pengalaman finalis Hero Remaja 2017 dahulu semasa mereka menyertai ujibakat dahulu. Dari Zero ke Hero, ramai juga peserta daripada ujibakat pertama yang berjaya menjadi finalis akhir.
Ini termasuklah juara Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin. Jom lihat siapa lagi yang terpilih.
Alif Muhaimin
Nabil Aqil
Safwan Nazri
Qaliff Qayyum
Ikmal Amry
Aiman Zaim
Adam Yusuf
Muhd Rayyan
*
Ramai tak yang akan lepasi ujibakat pada hari pertama ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lebih kurang tiga tahun menyulam cinta, finalis Hero Remaja 2017 Ikmal Amry 27akhirnya mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihannya, Najla. Berita ini bukan hanya memberi kejutan kepada peminatnya, malah rakan-rakan yang lain turut terkejut dengan khabar pertunangan personaliti ini.
Memilih majlis pertunangan di hari raya ketiga ketika PKPB masih dilaksanakan, Ikmal mempunyai alasannya yang tersendiri.
“Sebenarnya kami dah rancang agak lama untuk mengikat tali pertunangan ini. Jadi rasanya ini adalah waktu yang sesuai sebelum semua sibuk memulakan pekerjaan nanti. Majlis yang dilangsungkan pun sederhana sahaja. Hanya disertai oleh keluarga rapat,”
“Alhamdulillah kami berdua rasa sudah tiba masanya untuk meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya. Umur saya pun dah 27 tahun ini. Adik-beradik saya yang lain pun masa umur macam ni mereka dah ada dua, tiga orang anak dah. Hehe!”
“Lagi pun Along pun ada cakap, jangan risau tentang rezeki. InsyaAllah kalau nak buat benda baik, Allah akan permudahkan dan bila kahwin nanti rezeki juga semakin murah,” jelas Ikmal Amry.
Berita gembira ini turut dikongsi di laman instagram Ikmal Amry dan kelihatan ramai peminatnya seperti patah hati apabila mendengar khabar berita ini. Hiks!
“Sebelum ini waktu pertama kali saya memuat naik gambar Najla di media sosial, pelbagai reaksi yang kami terima. Bagi meminat yang memang dah lama mengikuti saya, mereka turut gembira dan menerima hubungan kami seadanya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang tak putus-putus memberi sokongan buat saya selama ini.
Ikmal juga menjelaskan jika tidak ada aral melintang, dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada akhir tahun ini. Semuanya bergantung kepada keadaan. Jika situasi pandemik ini masih berleluasa, mungkin dia akan memikirkan untuk menundanya pada tahun hadapan.
Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Ikmal Amry dan pasangan, Najla. Kita doakan agar segala urusan mereka dipermudahkan, insyaAllah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dr Mohammed Taufiq Johari mencipta sejarah sebagai Menteri Belia dan Sukan termuda pada usia 29 tahun, menjadi inspirasi buat belia dan remaja Malaysia.