Hiburan

ReVeluv, Bersedia! Joy Red Velvet Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Menerusi Jelajah Asia ‘Joy SPLASH’ April Ini

Share

Penyanyi K-Pop dan pelakon terkenal, Joy daripada kumpulan Red Velvet baru-baru ini meraih perhatian apabila mengumumkan bakal kembali ke Malaysia menerusi konsert jelajah Asia 2026 ‘Joy SPLASH’. Menariknya, Kuala Lumpur turut tersenarai sebagai salah satu hentian rasmi jelajah ini, sekaligus mengangkat negara kita sebagai salah satu destinasi pilihan artis K-Pop antarabangsa.

Dalam pada itu, khabar ini pastinya mencetuskan keterujaan peminat terutamanya ReVeluvs yang sudah lama menantikan kemunculan solo Joy atau nama sebenarnya Park Soo Young di Malaysia. Kehadirannya kali ini dijangka membawa pengalaman persembahan yang lebih matang dan segar, seiring dengan perkembangan kerjaya seninya.

“Malaysian ReVeluvs dah tunjukkan sokongan dan kasih sayang yang luar biasa selama ini, dan kami rasa Kuala Lumpur memang patut jadi sebahagian daripada fasa solo baru Joy menerusi ‘Joy SPLASH’,” kata Pengarah Zues Event, Jeffery Chin.

“Konsert ini tentang mencipta satu malam istimewa yang penuh connection antara Joy dan peminatnya di sini. Kami juga berharap penganjuran ini akan membuka lebih banyak peluang untuk kami bawakan lagi konsert K-Pop yang lebih mengujakan ke Malaysia pada masa akan datang,” jelasnya lagi.

Joy yang terkenal dengan vokal manis dan aura pentas yang memikat ini dijangka mempersembahkan rangkaian lagu popular termasuk karya solo serta beberapa kejutan istimewa buat peminat.

Selain itu, produksi konsert ini juga menjanjikan pengalaman audio-visual yang imersif dengan konsep pentas yang lebih ‘stylish’, susunan persembahan eksklusif serta segmen interaktif yang dirancang khas.

BACA: Lightstick Wajib Cas! Ini Konsert K-Pop Di Kuala Lumpur 2026 Yang Peminat Patut Alert!

Konsert jelajah Asia 2026 ‘Joy SPLASH’ juga dianggarkan berdurasi kira-kira 120 minit. Ia bakal dipenuhi dengan momen emosi, interaksi bersama peminat dan kemungkinan pemberian hadiah istimewa serta ‘fan benefits’ eksklusif yang menarik!

Dengan reputasi ReVeluv Malaysia yang terkenal dengan sorakan ‘fanchants’ lantang dan semangat luar biasa, ‘Joy SPLASH’ di Kuala Lumpur dijangka bertukar menjadi malam yang sarat dengan vibe positif, keceriaan dan memori manis yang sukar dilupakan.

Dianjurkan oleh Zues Event, konsert jelajah solo Asia 2026 ‘Joy SPLASH’ ini akan berlangsung pada 25 April 2026, jam 8.00 malam di ZEPP Kuala Lumpur. Sementara itu, untuk harga tiket bermula dari RM398 hingga RM698 dan peminat boleh dapatkan pada 7 Mac ini menerusi laman web rasmi etix.my.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE