Baru-baru ini, jenama sukan terkenal Jordan kembali dengan satu lagi keluaran kasut sukan istimewa yang dikenali sebagai Jordan Why Not .5 bersempena sambutan tahun 2022.
Ia merupakan satu projek kolaborasi terbaru Jordan bersama pemain bola keranjang Los Angelas Lakers, Russell Westbrook dan telah mencuri tumpuan peminat sukan itu dek kerana kecantikan rekaannya serta – well – disebabkan pemain itu sendiri.
Ini kerana Russell cukup dikenali sebagai seorang atlet yang agresif gerak-gerinya sewaktu membuat kemunculan di gelanggang.
Russell Westbrook. Sumber Foto : Jordan via Sole Collector
Russell juga merupakan salah seorang pemain yang tidak pernah berhenti mengimpikan gelaran juara NBA pertamanya bersama LA Lakers dan salah satu faktor pemangkin semangatnya itu adalah disebabkan kasut Jordan Why Not .5 ini.
Anyway, menerusi iklan promosi Jordan bagi memperkenalkan empat pilihan warna koleksi Jordan Why Not .5 ini termasuklah Inner City (perang), Childhood (ungu), Raging Grace (merah jambu neon) dan Music Hype (biru firus); Jordan telah menerima respon balas yang cukup positif di ruangan komen.
Ads
Malah, video berdurasi seminit itu juga sehingga kini telah mencatatkan 4 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada 3 Januari lalu.
Tidak lama selepas itu, team Jordan telah bertindak di luar kotak dan memperkenalkan video sama dalam versi sari kata Bahasa Melayu. Hantaran bertarikh 19 Januari 2022 itu turut dimuat naik dengan kapsyen Bahasa Melayu!
Ia berbunyi, “Apabila anda berpeluang untuk terbang, usah bertanya sebabnya. Sebaliknya kata, #WhyNot (Apa Salahnya). Tanyalah melalui Russell Westbrook.”
This is so unexpected! (Ini sangat tidak ku sangka!)
Ads
Iklan versi Bahasa Melayu ini telah membuatkan pengikut Jordan di Malaysia menonton semula ciapan serta video tersebut selama beberapa kali demi memastikan ia bukanlah video yang disunting oleh pihak ketiga mahupun peminat jenama Jordan. Seperti yang dapat korang lihat pada pautan ciapan di atas, ia adalah daripada akaun rasmi Jordan sendiri.
Lihat di antara respon spontan beberapa pengguna Twitter di bawah.
Ternyata ia merupakan video ‘legit’ oleh akaun rasmi Jordan. Percubaan melakukan promosi dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa pengantara ini secara tidak langsung membuatkan REMAJA tumpang berbangga.
Ads
Ia menunjukkan bahasa kebangsaan yang kita sanjungi selama ini berjaya dimartabatkan di peringkat antarabangsa oleh jenama sepopular Jordan.
Jika orang luar pun boleh menghargai bahasa kebangsaan kita, mengapa tidak kita sendiri sebagai rakyat Malaysia. Betul tak?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejayaan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul juara di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China sekaligus menamatkan kemarau 18 tahun Malaysia telah membuatkan seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan prestasi mereka terutamanya peminat nombor satu sukan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Selepas pilihan keenam kejohanan itu menewaskan beregu tuan rumah Chen Bo-Liu Yi pada Ahad dengan skor 21-19, 21-17 dalam masa 47 minit, Chong Wei menerusi satu kenyataan tidak teragak-agak menyampaikan ucapan tahniah kepada mereka berdua.
“Tahniah yang sebesar-besarnya kepada Aaron Chia Teng Fong dan Soh Wooi Yik di atas kemenangan hebat anda di BAC hari ini!
“Anda berdua menunjukkan semangat juang, kemahiran dan ketabahan yang luar biasa di gelanggang. Malaysia bangga dengan anda.!
“Cayalah… macam ada level up je!” catatnya menerusi hantaran di Facebook dan Instagram rasmi bekas pemain perseorangan lelaki badminton nombor satu dunia itu.
Chong Wei juga berharap agar Aaron-Wooi Yik untuk mengekalkan konsistensi dan sekaligus menjadi inspirasi kepada generasi yang akan datang.
Selaku juara, Aaron-Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$37,000 atau kira-kira RM164,000 manakala pasangan China itu menerima AS$17,500 (RM77,000) di kedudukan naib juara.
Sekadar info, ini bukanlah kali pertama Aaron-Wooi Yik melangkah ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Asia. Mereka pernah bertarung di aksi final kepada edisi 2022 di Muntinlupa, Filipina namun kecundang kepada pasangan Indonesia, Pramudya Kusuma-Yeremia Rambitan 21-23, 10-21.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, anak saudara kepada penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ummi Umairah Saiful Anuar (13) berjaya melayakkan diri ke eringkat akhir World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat, Sabtu ini.
Khabar gembira itu dikongsi oleh Umairah sendiri menerusi Instagram miliknya semalam.
Sementara itu, ibu kepada Umairah, Siti Sairah Taruddin memohon doa daripada rakyat Malaysia agar anaknya berjaya membawa pulang pingat sekaligus mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
“Pada saringan pertama, Umairah bersaing dalam lima kategori iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World dan Variety dan berjaya melangkah ke separuh akhir menerusi untuk kategori R&B” – Siti Sairah
“Umairah akan membawakan lagu sama iaitu A Natural Woman untuk peringkat akhir pada Jumaat ini. Umairah mara ke peringkat akhir bagi kategori 13 hingga 15 tahun. Difahamkan, Umairah akan berentap dengan tiga peserta lain” – Siti Sairah
Sebagai ibu, sudah pasti Siti Sairah mengharapkan kemenangan untuk anak sulungnya itu.
“Sudah tentu saya mahu melihat Umairah berjaya harumkan nama negara dan bawa pulang pingat, sekali gus membuktikan memiliki bakat tersendiri. Alhamdulillah, Umairah boleh harungi tekanan sejak tiba di LA pada 28 Jun lalu. Walaupun nampak gemuruh, tetapi Umairah ada misi untuk berjaya”
Tambahnya lagi, “Perasaan gemuruh perkara biasa untuk seorang penyanyi, apatah lagi, dalam pertandingan. Jadi, saya mohon doakan Umairah berjaya.”
Selain Umairah, antara yang turut berjaya ke peringkat akhir adalah pasangan kembar, Aleysha dan Ryan bagi kategori Duet, Dion Das dan Ryan Zachary (Peragaan), Kumpulan Dance Duo (Tarian Duo) dan Vanessa William (Tarian Solo).
Seramai 15 peserta mewakili negara bagi kategori vokal, tarian, muzik dan peragaan dengan menyaksikan penyertaan daripada 70 negara pada kejohanan edisi ke-27 yang dianjurkan setiap tahun di Hollywood. Keputusan peringkat akhir akan diumumkan pada Ahad ini.
Sumber: Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming bukan sahaja sentiasa menjadi inspirasi remaja di luar sana. Malah, setiap resepi masakannya juga turut dijadikan rujukan oleh para penggemar masakan di luar sana.
Terbaru, Khairul Aming juga tidak terlepas dari perhatian masyarakat termasuk dalam perihal calon teman hidup.
Dia yang bakal genap berusia 32 tahun pada 25 September ini, menjawab secara spontan perihal jodoh dan perancangan mendirikan rumah tangga. Dia juga turut menyatakan bahawa dia masih belum tiba masa untuk berkahwin.
Kredit: Tiktok Akmal Hidup Amoi
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok Akmal @akmalhidupamoi, dia berkongsi sedutan temu bual ringkas bersama Khairul Aming berstatus jutawan itu.
“Sampai bila nak single, bila nak kahwin?” – Akmal
“Cari duit dulu lah. Lambat lagi nak kahwin, tak ada calon lagi” – Khairul Aming
Kredit: Tiktok Akmal Hidup Amoi
Apabila ditanya mengenai berapa lama tempoh dirinya ingin membujang, Khairul Aming menjawab dia ingin menumpukan kepada ekonominya terlebih dahulu.
Dia juga sempat berseloroh kepada Akmal meminta untuk dicarikan seorang calon isteri yang sesuai dengannya.
Dalam pada itu, di ruangan komen warga Tiktok turut memberikan pelbagai reaksi susulan jawapan yang diberikan pempengaruh itu.
Kredit: Tiktok Akmal Hidup Amoi
Ada di antara mereka yang mencalonkan diri sendiri untuk menjadi isterinya dan ada juga yang terkejut kerana menurut mereka Khairul Aming boleh dikatakan agak mampu dari segi kewangan untuk mendirikan rumah tangga tetapi masih mahu fokus dengan ekonominya terlebih dahulu.
Kredit: Instagram Khairul Aming
Walau apa pun, semoga urusan jodoh pempengaruh kesayangan ramai ini dipermudah dan dipertemukan dengan wanita yang baik ya! Kita doakan yang baik-baik sahaja okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!