
Mesti ramai pembaca Remaja kaki wayang kan. Sekarang ini memang banyak movie best yang sedang ditayangkan. Kalau nak tengok kesemuanya di panggung wayang , memang boleh habis duit dibuatnya. Memang tiket wayang agak mahal sekarang ini. Tapi kini tak perlu risau!!!Ini cara korang nak berjimat sambil layan movie sampai lebam tanpa mencederakan akaun bank anda.
Promosi Selama Setahun

Jika anda merupakan pencinta wayang, anda patut teruja dengan berita ini. Kini, anda boleh mendapatkan promosi pembelian tiket wayang dengan harga RM10 sahaja sepanjang hari.
Menariknya, penawaran promosi ini telah boleh didapati sejak 1 September 2019 yang lalu dan akan berakhir pada 1 September 2020. Anda tidak salah lihat, promosi ini akan berlangsung selama setahun.
Bagaimana anda boleh mendapatkan promosi ini? Mudah sahaja, anda hanya perlu membeli tiket di kaunter tiket dan membuat pembayaran menggunakan aplikasi Touch ‘n Go.
Terma Dan Syarat

Promosi ini melayakkan setiap pengguna untuk hanya membeli 2 tiket dalam satu transaksi sahaja dan hanya tersedia dalam semda pawagam TGV Cinemas bagi pawagam jenis standard atau deluxe. Promosi RM10 ini tidak saha bagi pembelian tiket pawagam jenis 3D-X, Beanie, LUXE, IMAX, Indulge atau ONYX . Jangan cakap kami tak payung!
Jadi apa tunggu lagi. Selamat mencuba dan selamat menonton wayang sampai lebam…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persalinan Khas Jovian Mandagie Buat Ibu Mertuanya Curi Tumpuan

Setelah mendapat tahu akan pelantikan Perdana Menteri Malaysia kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, sudah tentu tidak banyak masa yang tinggal untuk beliau dan isteri melakukan persediaan secukupnya bagi Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Balai Singgahsana Kecil di Istana Negara, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Here comes Jovian Mandangie to the rescue.
Segak dalam persalinan baju Melayu hitam mengikut protokol kod pemakaian yang ditetapkan, tumpuan pemerhati fesyen lebih terarah kepada isteri beliau, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.
Bagi yang tidak begitu mengenali siapakah gerangan isteri Perdana Menteri kali ini, tidak mengapa. Korang tidak keseorangan. Ini kerana Datin Seri lebih gemar bersikap ‘low profile’ dan tidak kerap dapat dilihat dalam khalayak ramai.
Namun, itu tidak bermakna beliau tidak sentiasa berada di belakang sosok Perdana Menteri baharu Malaysia ini untuk memberi sokongan dan dorongan tidak terhingga.

Hari ini di Istana Negara, Datin Seri Muhaini tampak cukup manis dalam persalinan ungu pudar (lilac) yang dicipta khas oleh menantunya itu. Seperti biasa, Jovian juga dipertanggungjawabkan untuk menyediakan persalinan baju Melayu bagi bapa mertuanya.
Pastinya ramai yang terfikir, bagaimana Jovian mampu menyiapkan persalinan khas ini dalam masa semalaman saja?
Tidak banyak yang dikongsikan oleh Jovian berkenaan persalinan pasangan nombor satu Malaysia itu. Cuma kami tidak terkejut Jovian mampu melakukannya kerana beliau mempunyai pasukan pereka fesyen dan ateliar couture hebat.
Seperkara lagi, mungkin sekali persalinan Datin Seri Muhaini ini telah dilaksanakan lebih awal; mungkin sejak awal minggu ini selepas nama Datuk Seri Ismail Sabri disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri.
Menerusi hantaran Instagram Story, Jovian berkongsi sekeping foto persalinan Datin Seri Muhaini sedang disiapkan dengan sentuhan terakhir. Sekilas pandang, ia mempunyai perincian yang hampir sama dengan koleksi Lebaran 2019 Jovian Mandangie dengan penggunaan fabrik lace, manik, bunga-bungaan tiga dimensi dan batu kristal.

Manakala, foto beliau bersama ayah mertuanya juga menjadi topik perbualan. Kita tahu, hampir kesemua pakaian batik yang dipakai Datuk Seri Ismail Sabri semasa memberi pengumuman secara langsung di televisyen sepanjang bergelar Menteri Kanan Keselamatan Malaysia adalah hasil ciptaan pasukan Jovian.
Apapun, pasangan ini memang kelihatan sama cantik sama padan sempena tarikh yang cukup istimewa ini.
*
Dalam pada itu, REMAJA rasakan warga ungu pudar ini adalah warna yang semakin diminati dan in trend. Lihat sajalah busana yang disarungkan oleh pengantin baharu yang juga merupakan penyanyi terkenal Indonesia, Lesti Kejora.
ARTIKEL BERKAITAN : Cantik Betul Persalinan Serba ‘Lilac’ Lesti Kejora, Sopan Tapi Mewah! – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Leher Berkerak Hitam & Berdaki? Mungkin Tanda Awal Masalah Kesihatan Serius

Mungkin ramai tidak menyedarinya tapi memiliki leher kehitaman atau dilihat berkerak daki, ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan diri sendiri. Ini kerana ia adalah signal anda baka hadapi masalah kesihatan serius.
Baca perkongsian dari The Diagnosa Original ini berkaitan masalah leher hitam khususnya pada individu yang memiliki badan besar atau obes.
Ramai daripada kita perasan yang kawan-kawan kita mempunyai leher hitam seperti dalam gambar ini terutamanya bagi mereka yang berbadan besar. Ada yang risau kepada masalah tersebut dan ada pula yang tak ambil kisah. Tetapi tahukah anda bahawa ia menunjukkan sesuatu dalam badan anda telah berlaku dan ia merupakan ‘predictor’ untuk berlakunya sesuatu pesakit di masa hadapan.
Disini kami ingin menjelaskan beberapa perkara berkenaan hal ini:
Masalah leher Hitam
Masalah leher hitam ini dikenali dengan Acanthosis Nigricans dalam istilah perubatan. Ia berlaku apabila lapisan epidermal di bahagian tersebut lebih cepat terhasil menyebabkan kulit menjadi lebih tebal dan penghasilan melanin menjadi lebih tinggi pada sel kulit dikawasan tersebut menyebabkan ia menjadi lebih gelap.
Tempat yang selalu berlaku
Acanthosis nigricans bukan berlaku dibahagian leher sahaja. Tetapi ia juga boleh berlaku dikawasan ‘pelipat’ yang lain seperti dikawasan ketiak, bahagian atas siku dan bahagian pelipat yang lain.

Faktor Risiko
Masalah ini selalunya berlaku pada mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Ini disebabkan orang yang obese ini mempunyai masalah kerintangan insulin dimana insulin tidak dapat berfungsi dengan efisien. Fungsi insulin adalah untuk membawa masuk gula ke dalam sel badan.
Disebabkan insulin tidak dapat berfungsi dengan normal, gula dalam badan akan meningkat. Jadi badan pun akan bertindak dengan menghasilkan insulin lebih banyak untuk menurunkan gula dalam badan.
Hasilnya dalam badan akan berlebihan hormon insulin daripada yang sepatutnya dan menyebabkan beberapa kesan.
Kenapa insulin menyebabkan kulit hitam?
Insulin pada kadar yang biasa akan membantu dalam pengawalan gula dalam darah sahaja. Tetapi pada kadar yang tinggi ia boleh bertindak dengan lebih lagi iaitu ia boleh pergi merentasi lapisan kulit hingga ke sel keratinocyte.
Ini akan merangsang sel keratinocyte di kulit untuk membahagi dan menyebabkan kulit menjadi tebal terutamanya kulit dibahagian leher, ketiak dan bahagian pelipat.
Bahkan ia juga akan menyebabkan penghasilan melanin yang lebih banyak pada kawasan kulit tersebut disebabkan kepekatan insulin yang tinggi dalam darah.
Insulin yang tinggi juga akan menyebabkan penghasilan hormon lain menjadi lebih tinggi iaitu hormon ‘Insulin-like Growth Factor'(IGF). Hormon ini yang tinggi juga akan menyebabkan kesan yang sama iaitu kulit menjadi tebal bahkan kekuatannya lebih 100 atau 1000 ganda lebih kuat berbanding hormon insulin.
Leher hitam maksudnya anda mudah kena kencing manis
Jadi nak cerita mereka yang mengalami masalah kulit seperti ini berkemungkinan besar akan mengalami penyakit Kencing Manis disebabkan insulin dalam badannya tidak dapat berfungsi dengan normal
Penyakit lain
Bahkan mereka yang mengalami masalah ini juga sebenarnya mungkin mengalami penyakit yang lain seperti hipotiroid, PCOS, Masalah kalenjar adrenal dan beberapa masalah hormon yang lain
Jadi jika anda mempunyai simptom-simptom yang lain dan ianya pelik. Anda perlu ceritakan kepada doktor anda. Kerana ia boleh merujuk kepada penyakit lain seperti hipotiroid, penyakit cushing’s, penyakit addison’s dan beberapa jenis kanser.
Apa kena buat jika leher anda hitam?
Jadi apa nak buat ni? Pertamanya jika anda obese, anda boleh periksa di klinik kesihatan sama ada anda sudah mengalami kencing manis ataupun tidak. Jika anda tiada kencing manis, ia membawa maksud mungkin hanya menghadapi kerintangan insulin sahaja. Maka perkara yang seterunya anda buat adalah anda kena kurangkan berat badan. Sumber : The Diagnosa Original.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Tip Mudah Untuk Kelihatan Seperti Catriona Gray, Miss Universe 2018

What a beauty!
Miss Universe 2018 iaitu Catriona Gray dari Filipina bukan saja bijak dan mempunyai personaliti mesra. Malah dia juga mempunyai kecantikan wajah, rambut dan badan yang hampir sempurna.
#MissUniverse 2018 Catriona Gray’s winning moment ???pic.twitter.com/44Ikb1dk46
— MYX Philippines (@MYXphilippines) December 17, 2018
Memanglah kalau nak dibandingkan dengan kita, Catriona mempunyai bantuan dari jurusolek, pakar kulit, penaja produk rambut dan sebagainya. Tapi menurutnya, dia lebih selesa melakukan solekan wajah sendiri pada hari-hari biasa.
Hhm, mungkin kita boleh apply 5 trik yang selalu Catriona gunakan..
01
Base Kulit

Seperti seorang Miss Universe, korang pun sibuk dari pagi sehingga ke malam pada setiap hari. Jadi, penting untuk korang elakkan kulit berminyak iaitu matte base.
Pertama, apply moisturizer agar mudah untuk korang ratakan foundation. Kami cadangkan matte liquid foundation agar tona kulit menjadi rata. Kemudian, ratakan pula lapisan powder foundation untuk kulit yang kelihatan flawless.
02
Kening

Girls jangan cukur kening korang!
Lihat pada Catriona yang mempunyai bentuk kening natural. Triknya adalah untuk kemaskan kening, bahagian dalam agak soft dan tidak nampak seperti dilukis. Bahagian luarnya pula lebih gelap.
Tip mudah adalah untuk bermula dari tengah kening, fill in ke luar dahulu. Kemudian, ambil leftover dari berus dan lukiskan ke bahagian dalam.
03
Contour

Korang selalu tinggalkan step ini kan? Hish hish..
Sekejap je untuk siapkan contouring ini, tipnya adalah blend blend dan blend!
Lukis garisan menggunakan contour stick di bawah cheekbone (dari tengah telinga ke 2 inci dari tepi bibir. Kemudian blend saja menggunakan berus.
Kalau korang rasa ia terlalu over, blendkan sedikit dengan blusher.
04
Highlighter

Kita kena pandai cari spot penting, seperti Catriona.
Antaranya adalah di hujung-tengah hidung, di atas cheekbones dan di bahagian inner corner mata.
04
Gincu

Catriona gemar untuk mengoles 2 jenis warna gincu iaitu nude dan merah menyala. Pada pusingan preliminary, dia mengenakan nude manakala untuk final, merah yang dipilih. Semuanya bergantung kepada baju.
Namun, yang wajib adalah sedikit lapisan lip gloss.
Ekstra
Eyeshadow
Okay, kita tak perlulah terlalu rajin bersolek seperti Catriona pada setiap hari. Tapi kalau dah terbangun awal tu, why not siapkan bahagian eyeshadow juga.
Teknik Catriona adalah untuk selalu memberus ke bahagian atas, seperti cat eyeshadow. Untuk mekap harian, gunakan rona perang. Hitam untuk eyeliner korang je.


Cantiklah korang lepas ni, mirip Miss Universe 2018!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

