Showcase Jiwa Kacau 2024 mencipta sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) selepas menjadi acara pertama yang berjaya menghimpunkan seramai 15,000 penonton di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, pada Sabtu lalu.
Selepas berjaya mengumpulkan hampir 8,000 peminat pada Showcase Jiwa Kacau 2023, MND Sport & Event Sdn Bhd tidak mahu keterujaan peminat ‘mati’ begitu sahaja dan kali ini Jiwa Kacau menampilkan barisan penghibur yang lebih menarik dari tahun yang sebelumnya.
Selaku penganjur, MND Sport & Event Sdn Bhd membawa kembali barisan kugiran sama iaitu Hujan, Masdo, Bunkface dan Insomniacks yang telah mencetuskan fenomena dalam Showcase Jiwa Kacau 2023 pada Showcase Jiwa Kacau 2024.
Showcase ini menjadi lebih hangat dan meninggalkan momen tersendiri apabila turut disertai oleh sebuah kugiran dari Indonesia iaitu Nidji selain penampilan khas iaitu Luqman Podolski.
Ads
Untuk makluman, Showcase Jiwa Kacau 2024 turut menzahirkan solidariti buat penduduk Palestin yang kini berdepan kekejaman rejim Zionis menerusi beberapa slot paparan video khas bagi memperingati kesengsaraan dialami mereka.
Ads
Malah, persembahan mereka turut diserikan lagi dengan persembahan bunga api yang disediakan pihak penganjur.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Indonesia antara negara yang banyak menghasilkan filem-filem berunsurkan keagamaan. Paling best, bila kesemua filem mereka mampu meruntun jiwa rakyat Malaysia. Cewah!
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, bolehlah sekiranya korang nak menonton filem-filem yang memberi pengajaran ini. Lebih-lebih lagi tempoh PKP telah dilanjutkan, kami pasti masa korang bakal lebih terisi dengan menonton filem-filem ini. Hiks!
Kalau tak percaya, apa kata korang try cari filem-filem yang ada dalam senarai ini untuk ditonton.
1. Ayat-ayat Cinta 1 & 2
Filem ini berkisarkan tentang isu poligami dan bukan hanya sekadar filem cinta biasa kerana ia juga mengajar tentang kehidupan sebagai seorang umat Islam.
2. Perempuan Berkalung Sorban
Filem ini mencetuskan kontroversi kerana jalan ceritanya mengandungi kekerasan dan penyampaian nilai-nilai sosial mereka dianggap menjadi sebab orang Islam untuk murtad. Namun begitu, banyak ilmu yang korang dapat.
3. Di Bawah Lindungan Kaabah
Kisah cinta dua darjat antara Hamid dan Zainab, seorang lelaki yang telah difitnah kerana dianggap berkelakuan tidak sopan terhadap wanita akhirnya mengembara ke Makkah dan menunaikan haji seperti yang diimpikannya.
Di Makkah, Hamid terus beribadah hingga akhirnya dia meninggal dunia di hadapan kaabah setelah mengetahui Zainab sudah tiada.
4. Haji Backpacker
Mengisahkan tentang seorang pemuda yang memberontak kepada Tuhan kerana patah hati apabila pernikahannya gagal disebabkan pengantin perempuan tiba-tiba menghilangkan diri. Dia sangat marah dan mengambil keputusan untuk menjadi backpacker dan hidup bebas.
Merantau dari satu negara ke satu negara yang lain, lelaki itu akhirnya sedar bahawa Allah tetap sayangkannya dan selalu menjaganya dengan baik.
5. Hafalan Shalat Delisa
Kisah seorang budak perempuan bernama Delisa yang berusaha untuk mengingati hafalan solat demi ujian sekolah dan hadiah dari ibunya, namun semua itu musnah ketika bencana tsunami melanda, memisahkan Delisa dengan keluarganya.
6. Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2
Filem yang diangkat dari novel best seller ini mengisahkan tentang keluarga Khairul Azzam yang menjadi inspirasi buat penonton kerana usaha gigihnya untuk menuntut ilmu hingga ke Cairo, sekali gus berjuang untuk menyara kehidupan keluarga.
Selain itu, kita juga dapat melihat bagaimana Azzam berusaha keras untuk menemukan jodohnya dan sentiasa memegang teguh dengan ajaran Islam.
7. Syurga Yang Tak Dirindukan 1 & 2
Filem ini juga berkisarkan tentang poligami yang tidak disengajakan tetapi oleh kerana si lelaki itu berpegang teguh kepada agama Islam, dia tetap cuba melayani isteri-isterinya dengan adil.
8. 3 Hati Dua Dunia, Satu Cinta
Kalau korang terjebak dalam kisah cinta berlainan agama, cuba tonton filem ini. Cerita percintaan melibatkan perbezaan agama ini amat menarik untuk ditonton kerana ia juga merupakan masalah yang memang berlaku dalam masyarakat kita.
9. Negeri 5 Menara
Menceritakan tentang kehidupan remaja muslim yang sering berkumpul di menara masjid pondok pengajian agama dan menamakan diri mereka sebagai pemilik negara.
10. ?
Filem ? (Tanda tanya) menceritakan tentang konflik keagamaan, seorang muslim yang bekerja di restoran Cina. Namun begitu, majikannya sangat menghormati agama Islam dan cuba untuk memastikan semua peralatan yang digunakan untuk memasak bebas dari makanan-makanan terlarang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk kebanyakan pelajar di luar sana, ramai yang memilih untuk membawa beg ringkas seperti tote bag ke mana saja.
Well, pertama sekali ia mempunyai efek kasual yang ramai gemari. Tote bag is also known to be multipurpose. Korang boleh mengisinya dengan apa jua barang dan ia tidak pernah ‘lari’ dari stail.
Ini merupakan 3 jenama yang baru memperkenalkan koleksi tote bag baru. Dengar cerita ia bukanlah tote bag ‘biashe-biashe’..
.
.
01
Skechers
Untuk pengetahuan, jenama kasut Skechers baru saja membuka superstore baru mereka bertempat di 1 Utama, Petaling Jaya. Bersempena pembukaan tersebut, Skechers telah memperkenalkan satu sudut di dalam stor tersebut untuk pelanggan mereka mencipta rekaan tote bag sendiri.
Korang boleh ke sana dan memilih pelekat (sticker) grafik yang direka oleh Skechers untuk ditampal ke atas tote bag masing-masing menggunakan mesin heat press. Menarik kan?
Bolehlah korang jinjing bag tersebut bersama kasut baru daripada Skechers.
Pandangan hadapan.Pandangan belakang.
.
.
02
Uniqlo
Satu perkara yang membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih bersatu hati adalah makanan (dan minuman!) Dengan budaya yang pelbagai, kita sememang bertuah kerana memiliki pilihan makan minum di merata tempat. Salah satu daripada lokasi lepak kegemaran kita semua adalah Kopitiam.
Kolaborasi istimewa oleh Uniqlo bersama artis kontemporari tempatan, Red Hong Yi telah membuatkan beberapa rekaan tote bag istimewa dengan konsep kopitiam.
Red Hong Yi terkenal dengan teknik melukis tanpa menggunakan berus dan setiap rekaan tote bag bersama Uniqlo kali ini tidak terkecuali. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan aksesori rare ini dan bawanya ke mana saja.
.
.
03
Hatta Dolmat
Sekiranya korang inginkan sesuatu yang lebih ‘signature’ dan boleh dijadikan sebagai statement piece, korang pasti akan menggemari HD Monogram Totebag terbaru daripada Hatta Dolmat ini.
Aksesori bag ini adalah kesinambungan daripada koleksi Monogram yang dilancarkan Hatta Dolmat sempena KLFW Digital, November lalu.
Justeru, ia menggunakan material yang lebih mesra alam iaitu 30-40 peratus kapas dan 60-70 peratus botol plastik yang telah dikitar semula.
*
*
Jadi mana satu yang korang gemari??
Sekiranya korang lebih meminat pakaian dan aksesori lain, ini adalah di antara koleksi yang baru menemui pasaran.
Seperti yang kita ketahui, keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bagi calon tahun 2023 hari ini sudah pun dikeluarkan. Ada di antara pelajar berjaya mendapat keputusan yang baik dan juga sebaliknya.
Dalam pada itu, pelakon Fadhli Masoot juga sempat berkongsi sedikit pesanan yang mungkin boleh dijadikan pegangan buat adik-adik yang baru sahaja menerima keputusan SPM.
Menerusi Instagram story, Fadhli menekankan supaya semua calon sentiasa menyeimbangkan ilmu dan adab. Menurutnya, menjaga adab dan akhlak juga sama penting dengan berilmu.
“Kepada semua yang menduduki SPM, Tahniah, dan percayalah. Keputusan itu tak semestinya bisa jadi penentu untuk masa akan datang jika tidak terlalu baik” – Fadhli
“Ilmu dan pendidikan masih boleh di semat setelah tamat zaman persekolahan sekalipun. Cuma, ingatlah. Apa yang harus dibekalkan untuk masa hadapan selain ILMU, adalah ADAB dan AKHLAK. Orang berilmu ni ramai, tapi belum tentu beradab” – Fadhli
Kredit: Instagram @fadhlimasoot
Fadhli juga menasihati agar semua berusaha menjadi manusia yang lebih baik bukan saja dari aspek ilmu pengetahuan, malah peradaban.
“Banyak orang terlepas pandang nak mengejar siapa yang paling berilmu berbanding orang yang beradab sudah tentu tidak perlu dibanding bandingkan. Jika nak bercakap tentang ilmu, iblis lebih tinggi ilmunya. Tak gitu?” – Fadhli
“Biar keputusan secemerlang atau segagal mana sekalipun, sekurangnya kita berusaha sendiri untuk menjadi sosok manusia yang lebih baik dari sebelumnya untuk hari hari mendatang” – Fadhli
Apa pun, nasihat yang dikongsi Fadhli itu ada betulnya. Jadi kepada adik-adik di luar sana, jangan sedih kalau keputusan kurang baik sebab di luar sana akan ada banyak peluang yang mungkin lebih baik untuk diri korang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!