Baru-baru ini, pelawak Korea Selatan, Lee Jin Ho telah menerima kritikan orang ramai apabila dia mengungkapkan dirinya telah mengumpul banyak hutang disebabkan perjudian haram dan bertindak dengan mencari ‘bantuan kewangan’ dari pelbagai pihak termasuk rakan selebriti.
Walaupun pengacara rancangan ‘Knowing Brother’ itu mengaku telah membayar dan menyelesaikan beberapa hutang tersebut secara bertahap setiap bulan dan mempunyai niat untuk melunaskan secara penuh, media Ten Asia telah melaporkan bahawa jumlah keseluruhan hutang tersebut dianggarkan bernilai hingga ratusan juta won.
Antara selebriti dan pihak terkesan dalam meminjamkan wang kepada artis komedi berkenaan adalah Jimin BTS, Ha Sung Woon, Lee Soo Geun, Young Tak, serta beberapa pegawai penyiaran, penerbit, dan penulis yang bekerja dalam industri hiburan.
Ads
Dalam pada itu, laporan tersebut turut menyatakan bahawa terdapat beberapa lagi selebriti yang memberi kepercayaan kepada Jin Ho dengan memberi pinjaman tanpa surat perjanjian kini berisiko untuk dikenakan cukai yang tinggi dari pihak berkuasa kerana transaksi berkenaan secara automatik diklasifikasikan sebagai hadiah dan bukan sebagai pinjaman.
Selain itu, beberapa orang juga dilaporkan telah memilih untuk mendakwa Jin Ho atas tuntutan penipuan dan menuntut bayaran ganti rugi.
Susulan itu, Ten Asia mengambil kesempatan untuk bertanya secara langsung kepada agensi syarikat BTS Jimin iaitu HYBE mengenai kesahihan berita tersebut dan terbukti bahawa Lee Jin Ho telah mendekati penyanyi lagu ‘Butter’ itu pada tahun 2022.
Ads
Kredit: Weverse BTS
Pelawak itu juga mengatakan bahawa dia memerlukan sejumlah dana dalam keadaan terdesak dan ingin meminjam 100 juta won (RM 316,000) untuk seminggu. Meskipun sudah menandatangani surat perjanjian, Jin Ho gagal mematuhi perjanjian tersebut dan dianggap tidak berniat untuk membayar kembali hutang berkenaan.
Jimin atau nama sebenar Park Ji Min (29) juga dilaporkan telah memutuskan untuk menunjuk belas kasihan dengan menyatakan Jin Ho boleh membayar wang yang dipinjamkan dalam waktu 10 tahun dan hal tersebut disahkan lagi menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 14 Oktober yang berbunyi,
Ads
“Seperti yang dilaporkan, memang benar telah berlaku kerugian dalam bentuk kewangan telah terjadi kepada Jimin. Dia meminjamkan sejumlah wang dengan surat perjanjian yang telah ditandatangani,” jelas HYBE.
Walau apa pun, semoga hal ini dapat diselesaikan secara baik dan teratur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebut sahaja nama Pixar ramai antara kita pasti tersenyum apabila terus terbayang karya-karya animasi hebat mereka seperti Toy Story, Finding Nemo, Monsters Inc., A Bug’s Life, Ratatouille, WALL-E dan banyak lagi. Satu perkara menarik tentang animasi Pixar ialah mereka sentiasa tidak pernah mengecewakan penonton dengan menyajikan jalan cerita yang baik dan animasi bervisual efek serba spektakular.
Konsep serta jalan cerita Coco juga memaparkan budaya orang Mexico yang menyambut Dia de Muertos atau dalam Bahasa Inggeris, Day of the dead.
Terbaru, Pixar bersama Wlat Disney Studios memperkenalkan filem terbarunya, Coco. Animasi 3D ini mengetegahkan karakter utamanya bernama Miguel, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang mempunyai minat cukup mendalam dalam bidang muzik. Namun, cintanya terhadap muzik terpaksa disembunyikan kerana familinya mengharamkan muzik dalam kehidupan mereka. Malah budaya dalam famili Miguel ini berlaku selama beberapa generasi. Mereka dengan bersungguh-sungguh menghalang sesiapa sahaja daripada famili untuk tidak terlibat dengan muzik dalam kehidupan.
Konsep serta jalan cerita Coco juga memaparkan budaya orang Mexico yang menyambut Dia de Muertos atau dalam Bahasa Inggeris, Day of the dead. Pada hari ini masyarakat mereka mempercayai ahli keluargayang telah mati akan pulang untuk menziarahi mereka. Nenek moyang Miguel mengharamkan muzik kerana ia menjadi punca kepada keretakan hubungan ahli keluarga mereka. Miguel yang juga seorang pemain gitar hebat kemudian terperangkap dalam dunia Land of the Dead selepas berlaku sebuah kemalangan. Adakah Miguel mampu plang semula ke dunia sebenar?
Coco yang diarahkan oleh pengarah veteran Pixar, Lee Unkrich meletakkan ikatan kasih sayang keluarga, budaya dan muzik sebagai asa utama filem ini. Apa yang menarik, animasi hebat ini cukup sesuai ditonton bukan sahaja di kalangan kanak-kanak tetapi orang dewasa kerana mesejnya melangkau peringkat umur. Walaupun dari segi emosinya tidaklah setinggi seperti ditonjolkan dalam Toy Story dan WALL-E, namun Coco berjaya menonjolkan ‘dirinya’ sebagai sebuah filem berlatarkan muzik latin yang cukup kaya.
Coco juga bakal mengejutkan penonton dengan plot twist yang tersendiri. Tidak salah untuk Remaja katakan bahawa Coco merupakan antara filem animasi paling ‘berjiwa’ ditayangkan untuk tahun 2017. Mungkin inilah penutup yang sempurna buat Pixar buat tahun ini. Coco akan mula ditayangkan pawagam di seluruh negara bermula pada 23 November 2017.
Rating Remaja: 3.5/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wanita dan solekan memang tidak dapat dipisahkan. Namun, bukan semua wanita mementingkan mekap yang mampan dan adakalanya mereka juga lebih selesa berwajah polos. Mungkin ramai yang menganggap wanita, terutamanya golongan selebriti ‘tidak boleh hidup’ tanpa solekan kerana figura seperti mereka sudah tentu sentiasa ingin kelihatan menawan.
Nope! Anggapan korang tu sebenarnya tidak betul kerana ramai diantara selebriti juga tidak takut untuk berkongsi foto wajah tanpa mekap di media sosial.
Siapa kata artis Hollywood asyik bermekap tebal sahaja? Berikut kami senaraikan antara selebriti yang berani memuat naik gambar wajah polos mereka tanpa mekap di laman Instagram.
Penyanyi terkenal, Jin BTS baru-baru ini membalas pertanyaan yang diajukan oleh peminat kepadanya mengenai pendapat untuk menceburi bidang lakonan pada masa akan datang.
Kenyataan itu dimuat naik melalui Weverse iaitu aplikasi yang boleh menghubungkan peminat dan selebriti pilihan. Pengguna yang bernama @PDnyanada menyatakan bahawa dia menunggu Jin BTS beraksi sebagai pelakon dalam masa terdekat.
Walau bagaimanapun, Seokjin (32) membalas kenyataan tersebut dengan mengatakan hal tersebut mungkin tidak akan pernah terjadi.
“Maaf, saya tak ada rasa nak berlakon buat masa ini” – Jin BTS
Dalam pada itu, terdapat beberapa soalan daripada peminat yang aktif bertanya tentang perkembangan terkini pelantun lagu Supertuna menerusi aplikasi yang sama.
Menurut Jin BTS, kini dia sedang merakam, membuat penggambaran rancangan hiburan dan dalam proses melakukan rancangan yang disediakan sejak berada dalam tentera.
Tambahnya lagi, dia juga melakukan beberapa tugas utama sebanyak mungkin dan hasilnya mungkin akan dilancarkan beberapa bulan lagi.
“Saya melakukan tugas utama saya sebanyak mungkin sambil cuba untuk menunjukkan wajah saya. Keputusan semuanya akan keluar dalam beberapa bulan jadi, sila tunggu sedikit lagi”
Mengikut laporan, Jin BTS akan mengeluarkan album solo pertama pada suku tahun keempat tahun ini iaitu antara Oktober hingga Disember 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
redONE Mobile terus menyokong bakat muda melalui penglibatan dalam Dewi Remaja 2025, memberikan inspirasi, peluang dan dorongan kepada finalis untuk terus menyerlah dalam industri hiburan.