Sekitar tahun 1990-an sehingga ke pertengahan 2010, khabarnya memang sukar untuk pelancong Malaysia mencari tempat makan halal di negara Jepun.
Namun begitu, masalah ini nampak sudah selesai kerana berkat usaha pelbagai pihak seperti persatuan penduduk Muslim, serta pihak masjid di Jepun, keperluan restoran Halal telah mendapat perhatian oleh kerajaan dan masyarakat Jepun sendiri.
Kini, korang boleh mencari restoran halal hampir di semua lokasi utama di Jepun. Berikut merupakan senarai restoran-restoran halal yang terdapat di Jepun menurut Sushi Travel-Trip Halal Jepun.
1. Restoran Malaysia Boleh
Lokasi: Osaka
Menu: Malaysian + Fusion food
Restoran ini dimiliki sepenuhnya oleh seorang rakyat Jepun yang bernama Shingo. Individu ini sangat sukakan masakan Malaysia dan telah membuka restoran ini sejak 15 thaun yang lalu. Lokasinya terletak disebelah Umeda Sky Building di Osaka.
2. PY Halal Kitchen
Lokasi: Nara
Menu: Indian, Turkish, Japanese food
Restoran ini terletak di bandar yang terkenal dengan rusa liar, iaitu Nara. Lokasinya begitu dekat dengan Nara Deer Park dan Kintetsu Nara Station. Apa yang paling menarik, surau turut disediakan disini.
3. Chicken Man
Lokasi: Ueno, Tokyo
Menu: Pelbagai menu berasaskan ayam
Terletak di Ameyoko market, Ueno. Ayat trademark kedai ini apabila orang Malaysia lalu ialan 'Zizan makan sini'. Comel kan? Hiks! Difahamkan ayam gorengnya memang sedap lebih-lebih lagi bila makan panas-panas waktu musim sejuk.
4. Coco Ichibanya Curry House
Lokasi: Akihabara, Tokyo
Menu: Japanese curry
Ads
Coco Ichibanya adalah francais yang terkenal di Jepun. Untuk menarik pengunjung Muslim, mereka membuka cawangan di Akihabara yang 100% halal.
Restoran ini terletak di balai perlepasan Narita Airport Terminal 2. Bagi yg menaiki flight JAL/ Mas/ANA/cathay boleh lah cuba makan di sini sebelum berlepas . Kedai ini dibuka seawal jam 8 pagi.
Terletak berdekatan masjid As Salam Ueno, korang boleh rasa Ramen ala-ala Indonesia style yang pedas dan sedap.
7. Yoshiya
Ads
Lokasi: Arashiyama, Kyoto
Menu: Authentic Japanese food, Wagyu Beef, Tempura
Restoran ini menyajikan hidangan washoku yang sedap dan original. Terletak berdekatan Bamboo forest di Kyoto.
8. Malaychan
Lokasi: Ikebukuro, Tokyo
Menu: Malaysian food
Dimiliki oleh seorang wanita yang pernah tinggal di Malaysia selama lebih 15 tahun, ramai pelajar Malaysia yang suka kerja part time disini. Lokasi di West Gate Ikebukuro dalam 10 minit jalan kaki dari stesen.
9. Khazana
Lokasi: Odaiba, Tokyo/Minato Mirai, Yokohama
Menu: Indian Buffet Lunch
Terletak di dalam shopping mall Decks di Odaiba, korang boleh menikmati masakan India yang sedap sambil melihat pemandangan tepi laut Tokyo Bay dan Rainbow Bridge yang indah.
Ads
10. Hanasaka Jiisan
Lokasi: Shibuya, Tokyo
Menu: Halal Shabu Shabu (Japanese steamboat)
Agak sukar untuk mencari restoran ini kerana lokasinya agak tersorok. Daging yang digunakan adalah berkualiti baik walaupun sedikit mahal tapi berbaloi.
11. Ritsumeikan Asia Pacific University Cafeteria
Lokasi: Beppu, Oita
Menu: Pelbagai jenis makanan
Ritsumeikan Asia Pacific University menyediakan kafeteria universiti halal terbesar di Jepun.
12. Sushi-Ken
Lokasi: Asakusa, Tokyo
Menu: Halal Sushi Restaurant
Restoran ini terletak berdekatan Sensoji Temple yang terkenal. Menunya agak terhad tetapi rasanya sedap dan harga sangat berpatutan.
13. King Kebab
Lokasi: Harajuku, Tokyo
Menu: Kebab & Turkish food
Gerai ini terletak di dalam food court di Takeshita Street. Ramai instafamous Jepun pernah makan disini. Lihat sahaja gambar-gambar yang ditampal pada gerai tersebut. Ianya popular dikalangan anak muda.
Sebenarnya ada banyak lagi restoran halal yang terdapat di Jepun. Korang boleh lihat sendiri di laman Facebook Sushi Travel-Trip Halal Jepun untuk seberang keterangan lanjut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi, Illa Sabry yang juga mengusahakan perniagaan kedai makan baru-baru ini mendedahkan beliau pernah mengalami kejadian mistik seolah-olah premis perniagaannya itu ditutup.
Mengimbau kembali kejadian aneh yang terjadi terhadap dirinya beberapa tahun lalu, Illa atau nama sebenarnya, Fasillah Sabry (45) sehingga kini tidak tahu kejadian dari mana punca ia berlaku dan kekal positif serta bersangka baik atas setiap perkara yang ditakdirkan.
“Pada 2011, orang tak nampak kedai makan saya, jadi sekejap buka sekejap tutup. Sampai sekarang tidak tahu siapa yang buat dan sekarang saya banyak amalkan doa pelindung diri setiap kali keluar rumah,” katanya ketika ditemui pihak media selepas konsert Gegar Vaganza 11, semalam.
“Itu benda betul yang pernah terjadi pada saya dan juga beberapa orang peniaga. Tapi kita kena sentiasa berhati-hati,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, dirinya juga pernah merasa hampir mati apabila lebih sebulan tidak dapat menjamah makanan disebabkan sakit.
“Ketika itu, pada tahun 2012, saya menjalankan perniagaan pengiklanan, tiba-tiba saya sakit teruk dan muntah-muntah,” ujarnya.
“Setiap makanan yang saya jamah pasti akan keluar balik, sampai rasa nak mati. Berat badan pun turun sampai 12 kilo,” jelasnya.
Pada awalnya, Illa menjangkakan dirinya menghidap penyakit batu karang tetapi selepas menjalani pemeriksaan dengan beberapa orang doktor, keadaan kesihatannya dilaporkan baik-baik sahaja.
“Saya memang fikir positif ingat sakit batu karang tetapi doktor kata batu karang saya terlalu kecil untuk saya sakit teruk macam ini”
“Akhirnya saya buat keputusan balik ke rumah ibu bapa, andai habis nyawa di sana pun saya reda. Tapi bapa saya cuba ikhtiar berubat sendiri dan saya minum air penawar”
“Selepas kali kedua minum air itu saya muntahkan semua, saya sendiri tidak tahu apa yang keluar. Alhamdulillah, sejak itu saya sihat dan tidak sakit lagi sehingga kini,” kongsi Illa.
Meskipun mengalami pelbagai pengalaman perit, hal tersebut tidak menghalang Illa untuk terus menceburi dunia perniagaan. Kini, selain menyanyi Illa juga aktif menjalankan perniagaan makanan di bawah jenama Cik Gebu.
Dalam pada itu, Illa yang tersingkir pada minggu keenam konsert Gegar Vaganza turut meluahkan rasa gembira kerana diberikan peluang menyertai #GV11 sebagai pengubat rindu dirinya dalam industri seni.
“Saya kembali dalam industri kerana nak lepas rasa rindu. Selepas ini kita lihat macam mana, andai ada rezeki saya akan teruskan kerjaya nyanyian. Jika tidak saya akan fokus kepada perniagaan,” jelasnya.
Sekadar info. konsert Gegar Vaganza 11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad, 9 malam. Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adakah ini secara tidak langsung akan mempengaruhi catatan kes postif Covid-19 baharu di seluruh negara?
Semenjak pihak kerajaan membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri sejak Isnin, 7 Disember lalu, pihak Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah mendapati terdapat kenaikan yang jelas pada jumlah pengguna jalan raya.
Dalam kenyataan PLUS pada hari Khamis lalu, merka memaklumkan bahawa peningkatan bilangan kenderaan yang menggunakan lebuhraya tersebut adalah sekitar 40 ke 50 pertaus daripada sejumlah 1 juta kenderaan pada setiap hari sejak Isnin.
Peningkatan ini besar kemungkinan disebabkan oleh cuti panjang yang dinikmati oleh warga Selangor bersempena Hari Keputeraan Sultan Selangor pada hari Jumaat lepas. Trend sama juga dijangka berlaku pada 2 lagi minggu terakhir bulan Disember apabila seluruh Malaysia mengambil kesempatan untuk bercuti mahupun pulang ke kampung halaman.
Biarpun kebenaran telahpun diberikan oleh pihak kerajaan, namun rasa khuatir mengenai jumlah kes positif Covid-19 tetap ada memandangkan kes yang dicatatkan masih pada 4 angka pada hari-hari tertentu.
Persoalannya, adakah rakyat Malaysia bersedia untuk mengawal displin diri dan orang tersayang apabila menjelajah? Adakah SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa akan sepenuhnya diikuti oleh semua orang?
Menurut temuramah yang dilakukan oleh saluran berita Astro Awani bersama Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Prof Madya Dr Malina Osman, kebenaran untuk merentas di antara negeri dan daerah ini sebenarnya hanyalah untuk memberi peluang kepada sektor ekonomi untuk terus bertahan.
Tangkap layar YouTube Astro Awani
Pada beliau, niat untuk pulang ke kampung dan bercuti ini seharusnya ditangguhkan dahulu walaupun rakyat diberikan kebenaran. Perjalanan jauh ini sebenarnya meningkatkan risiko jumlah kes yang boleh meningkat lebih tinggi daripada jumlah semasa.
“Dalam konteks ziarah, kita perlu minimumkan masa perjalanan. Masa berada di kampung, SOP disarankan untuk diamalkan secara serius. Tak boleh rasa ini keluarga kita yang rapat, kota boleh sembang dan duduk rapat-rapat,” kata beliau dalam temuramah tersebut.
Sekali lagi kami persoalkan, mampukah kita?
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik untuk korang yang dah rindu nak pergi travel, AirAsia telah melancarkan Pas Tanpa Had baharu bagi menyokong pelancongan domestik di Malaysia.
Pas Tanpa Had AirAsia Cuti Malaysia ditawarkan dengan harga RM399 bagi semua ahli AirAsia BIG atau menerusi aplikasi mudah alih AirAsia (di bawah pautan Deals) dari 11 Jun 2020 sehingga 13 Jun 2020. Sekiranya korang membuat pembelian sekarang, korang boleh memulakan perjalanan pada bila-bila masa bermula 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara membeli dan merancang perjalanan dengan pas tanpa had ini, korang boleh rujuk kepada laman web AirAsia.
Penerbangan yang ditebus dengan Pas Tanpa Had tertakluk kepada cukai dan yuran kerajaan, perkhidmatan tambahan dan caj-caj lain yang berkenaan. Tempahan penerbangan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum waktu perlepasan, serta terdapat tempoh embargo dan terma dan syarat lain yang dikenakan.
Selamat bercuti!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!