Jika Telah Tempah Tiket Sunway Lagoon Pada Tarikh PKP, Boleh ‘Redeem’ Atau ‘Burn’ Duit?

Share

 

Dek kerana jumlah kes baharu COVID-19 yang semakin meningkat naik di Selangor terutamanya, kita semua tahu bahawa 6 daerah baru di negeri paling pesat ini akan melalui tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok, 6 Mei hingga 17 Mei 2021.

ARTIKEL BERKAITAN :6 Daerah Selangor Saja Di Bawah PKP, Bukannya Seluruh Negara – REMAJA

Ini bermakna sebarang aktiviti beriadah termasuklah melawati tempat awam seperti taman tema tidak akan dibenarkan sama sekali.

Taman tema Sunway Lagoon di Petaling Jaya tidak terkecuali apabila ia secara rasmi bakal menghentikan operasi sepanjang musim PKP.

Menurut pihak Sunway Lagoon, bagi pengunjung yang telah membeli tiket melalui kaunter taman tema atau laman web rasmi Sunway Lagoon, tempoh ‘validity’ atau masa sah laku tiket masuk tersebut akan dipanjangkan bagi lawatan korang pada masa yang akan datang.

Oleh itu, korang tidak perlulah memiikir untuk menebus semula wang tiket masuk kerana ia masih sah bagi tarikh selepas tamatnya musim PKP.

Sumber Foto: Sunway Lagoon.

Sekiranya korang masih musykil dengan isu tiket yang telah dibeli ini, ingin melihat garis panduan yang ditetapkan atau ingin juga menebusnya semula dengan wang Ringgit, korang lawati saja ke sunwaylagoon.com

okay!

Rindulah pula nak bermain air di Sunway Lagoon, hhm..

IKLAN