Jet Peribadi Cristiano Ronaldo dilaporkan meninggalkan Riyadh menuju ke Madrid pada malam Isnin ketika ketegangan geopolitik di Timur Tengah semakin memuncak.
Perkembangan itu berlaku ketika ribuan individu mula meninggalkan rantau berkenaan selepas Iran melancarkan serangan balas susulan konflik melibatkan Israel dan Amerika Syarikat.
Berdasarkan data penjejakan penerbangan, jet peribadi bernilai kira-kira £61 juta (sekitar RM360 juta) milik pemain Al-Nassr itu berlepas dari Riyadh sekitar jam 8 malam sebelum mendarat di Madrid pada kira-kira jam 1 pagi.
Data daripada Flightradar24 menunjukkan pesawat tersebut melalui laluan ke arah barat merentasi Mesir dan Laut Mediterranean sebelum tiba di ibu negara Sepanyol itu.
Menariknya, kebanyakan penerbangan komersial di rantau berkenaan kini digantung susulan konflik yang sedang berlaku. Namun, Jet Peribadi Cristiano Ronaldo masih mampu melakukan perjalanan kerana tidak terikat dengan sekatan operasi seperti syarikat penerbangan komersial.
Pergerakan Jet Peribadi Cristiano Ronaldo Ketika Ketegangan Timur Tengah
Situasi keselamatan yang tidak menentu di Timur Tengah menyebabkan ramai individu berprofil tinggi mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk menggunakan pesawat peribadi untuk keluar dari kawasan yang berpotensi berisiko.
Dalam kes ini, Jet Peribadi Cristiano Ronaldo yang merupakan model Bombardier Global Express 6500 dipercayai digunakan untuk penerbangan jarak jauh dengan tahap keselamatan dan keselesaan tinggi.
Ads
Ronaldo, 41, telah menetap di Riyadh sejak menyertai kelab Al-Nassr pada Disember 2022 selepas meninggalkan Manchester United. Difahamkan, beliau menerima bayaran sekitar £488,000 sehari sepanjang bersama kelab Arab Saudi itu.
Bagaimanapun, Al-Nassr memuat naik gambar Ronaldo menjalani latihan pada Selasa, memberi gambaran bahawa pemain itu mungkin masih berada di Arab Saudi walaupun Jet Peribadi Cristiano Ronaldo dilaporkan meninggalkan negara tersebut.
Iran Lancar Serangan Di Arab Saudi
Ketegangan meningkat apabila Iran dilaporkan menyasarkan beberapa lokasi di Arab Saudi dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Kementerian Pertahanan Arab Saudi mengesahkan Kedutaan Amerika Syarikat di Riyadh telah diserang oleh dua dron pada pagi Selasa. Serangan tersebut menyebabkan kebakaran kecil serta kerosakan ringan pada bangunan.
Ads
Selain itu, Iran turut melancarkan serangan ke atas loji penapisan minyak Ras Tanura, yang merupakan antara loji penapisan minyak terbesar di dunia. Insiden itu menyebabkan harga minyak global melonjak serta mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan bekalan tenaga dunia.
Susulan keadaan tersebut, Misi Amerika Syarikat di Arab Saudi turut mengeluarkan arahan supaya rakyatnya berlindung di tempat masing-masing di bandar seperti Riyadh, Jeddah dan Dhahran.
Dalam masa sama, beberapa aktiviti sukan termasuk bola sepak di Arab Saudi dilaporkan turut ditangguhkan buat sementara waktu sebagai langkah keselamatan.
Kemewahan Jet Peribadi Cristiano Ronaldo
Dua tahun lalu, Ronaldo dilaporkan menjual jet lama miliknya, Gulfstream G200 yang dibeli pada 2015 dengan harga £16 juta, sebelum menaik taraf kepada Bombardier Global Express 6500.
Ads
Jet Peribadi Cristiano Ronaldo ini mampu membawa sehingga 15 penumpang dalam satu penerbangan dan dilengkapi pelbagai kemudahan mewah.
Antara kemudahan yang tersedia termasuk suite dengan katil bersaiz double, ruang rehat eksklusif, serta bilik mandi lengkap dengan pancuran yang menjadikan perjalanan jarak jauh lebih selesa.
Baru-baru ini, tunangnya Georgina Rodriguez turut menggunakan Jet Peribadi Cristiano Ronaldo untuk terbang ke Milan dan berkongsi gambar perjalanan tersebut kepada lebih 72 juta pengikutnya di Instagram.
Pasangan itu kini menetap di Riyadh bersama lima orang anak mereka sejak Ronaldo menyertai Al-Nassr, menjadikan Arab Saudi sebagai pangkalan utama kehidupan keluarga mereka buat masa ini.
Sumber : Mirror
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bilik tidur bukan sekadar tempat untuk melelapkan mata, tapi bagi anak-anak muda ia adalah sebuah ‘syurga’ kerana inilah satu-satunya port untuk mereka melarikan diri daripada dunia luar.
Tidak semua orang suka menghabiskan masa di shopping kompleks atau pun kafe hipster, kerana ada yang memang lebih suka duduk rumah dan hanya memerapkan diri dalam bilik sama ada menonton tv, baca buku atau tidur sepanjang hari.
Kalau dah bilik jadi tempat seharian untuk melepak, mestilah korang nak deko dengan hiasan yang trendy dan bergaya kan?
Kami nak kongsi kan 10 idea bilik tidur yang mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk menghias bilik tidur korang nanti.
Ada orang suka kan bilik yang sarat tetapi masih lagi kemas dan selesaSempoi je guna palette kayu untuk letak tilam dan selebihnya dibuat seperti rak bukuKemas dan tak sarat dengan hiasan mahu pun aksesori-aksesori lainNak jimat space, guna dinding untuk jadikan rak bukuOrang-orang seni mungkin suka dengan idea bilik tidur ni. Hehe..Nak nampak lain sikit, gantung mentol macam tu okay?Untuk mereka yang suka tidur dengan bantal yang banyakTak perlu risau kalau lupa formula yang cikgu bagi, tulis je dekat papan hitam tu. Hiks!Remaja dan muzik memang tak dapat dipisahkanTema black & white. Simple tapi tetap menarik perhatian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas ahli kumpulan ENHYPEN, Heeseung baru-baru ini sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil memperkenalkan semula dirinya sebagai artis solo dengan nama baharu, EVAN.
Menerusi sebuah perkongsian di media sosial, Heesung atau nama sebenarnya Lee Heeseung (25) mendedahkan foto profil pertamanya, menandakan satu permulaan baru selepas meninggalkan kumpulan tersebut.
Penampilan beliau kali ini jelas berbeza apabila EVAN memilih gaya yang lebih santai dengan rambut yang dibiarkan natural serta solekan minimum, sekaligus menonjolkan sisi dirinya yang lebih asli dan tidak dibuat-buat.
Menurut agensinya, konsep yang dibawakan kali ini memberi fokus kepada versi dirinya yang ‘tanpa tapisan’ dan tulen, jauh daripada imej glamor atau konsep berat yang sering dikaitkan dengan industri K-Pop.
Tambah pihak agensi lagi, pendekatan tersebut mencerminkan EVAN dalam bentuk paling asas, iaitu sebelum identitinya dibentuk atau ditafsir oleh pihak luar.
Untuk rekod, Heeseung mula mencipta nama sejak debut bersama ENHYPEN pada tahun 2020 dan dikenali sebagai antara ahli yang memiliki bakat serba boleh termasuk vokal, rap serta persembahan pentas yang memukau. Malah, beliau turut aktif sebagai penyanyi dan penulis lagu dengan terlibat dalam penghasilan beberapa trek lagu.
Mengulas mengenai pemilihan nama baharu itu, EVAN menjelaskan bahawa nama tersebut telah digunakan sejak kecil dan mempunyai nilai sentimental yang tinggi buat dirinya, selain menjadi simbol kepada permulaan semula dengan pemikiran yang lebih matang.
Dalam masa sama, EVAN turut berkongsi harapannya untuk terus mendekati peminat menerusi karya muzik yang lebih jujur, dengan pendekatan yang menggambarkan dirinya secara lebih natural dan autentik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tidak kenal dengan pasangan merpati dua sejoli Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson. Duo selebriti yang mengikat tali pernikahan pada Februari lalu telah mengumumkan di Instagram bahawa mereka sedang menantikan cahaya mata sulung mereka yang sudah berusia 6 bulan dalam kandungan.
Menurut Aiman menerusi status Instagramnya, “So excited to meet this little person who is half me and half the one I Love. Alhamdullilah”. Manakala Zahirah pula membuat hantaran dengan status, “6 months of growing our little love. Mommy & Daddy can’t wait to meet you.”
Bersama hantaran di Instagram, kedua-dua mereka memuatnaik gambar imbasan ultrasound cahaya mata mereka.
Mesti comelkan anak yang bakal dilahirkan nanti, sama cantik seperti ibunya, sama kacak seperti bapanya. Kalau nak tahu Zahirah pernah beberapa kali menghiasi muka hadapan majalah Remaja cantik kan?
Zahirah Menghiasi Majalah Remaja Edisi November 2015Bergandingan Bersama Ernie Zakri
Kami di pihak Remaja yang sejak dari dulu menyaksikan perkembangan kedua-dua selebriti ini dalam dunia seni mendoakan agar Zahirah menjalani proses melahirkan yang menyenangkan nanti dan kedua-dua ibu dan anak selamat. Amin.
Kredit Foto: Instagram Zahirah Macwilson & Arkib Remaja
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!