Pekerja kecemasan Bangladesh menjalankan operasi mencari dan menyelamat selepas jet latihan tentera udara terhempas ke dalam sebuah sekolah di Dhaka, Bangladesh, 21 Julai 2025. (Foto AFP)
Dalam satu tragedi yang menyayat hati, sebuah jet pejuang milik tentera Bangladesh terhempas ke dalam kawasan sekolah swasta terkenal, Sekolah dan Kolej Milestone di ibu kota Dhaka, pada pagi Isnin.
Menurut Harian Metro, Insiden itu mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang, termasuk juruterbang, manakala lebih 170 yang lain cedera menjadikan ia nahas penerbangan paling buruk dalam sejarah negara itu sejak beberapa dekad.
Ketika kejadian, suasana di sekolah yang menawarkan pendidikan dari tadika hingga menengah bertukar menjadi mimpi ngeri. Pelajar-pelajar yang baru sahaja keluar dari kelas tidak sempat menyelamatkan diri apabila jet pejuang jenis F-7 BGI buatan China menjunam ke arah bangunan dua tingkat sekolah tersebut lalu meletup dan terbakar.
“Saya dengar satu letupan yang sangat kuat. Seluruh bangunan bergoncang seperti gempa bumi,” kata Shafiur Rahman Shafi, pelajar berusia 18 tahun yang menyaksikan kejadian dari jarak dekat. “Tiba-tiba salah satu daripada dua pesawat pejuang itu jatuh ke taman permainan kami.”
Mangsa Kebanyakannya Kanak-Kanak
Menurut pihak hospital, majoriti mangsa yang cedera berusia antara lapan hingga 14 tahun. Di Institut Pembedahan Plastik dan Pembakaran Kebangsaan Dhaka, ratusan ibu bapa dan ahli keluarga memenuhi kawasan hospital sambil menunggu berita mengenai orang tersayang. Ada yang menitiskan air mata, ada juga yang tidak mampu berkata apa-apa, terkejut dengan apa yang baru berlaku.
Ads
Tofazzal Hossain, 30, tidak dapat menahan tangis apabila mendapat tahu sepupunya, seorang pelajar tingkatan lapan, adalah antara mangsa yang terkorban. “Kami cari dia dari satu hospital ke hospital lain… akhirnya kami temui mayatnya,” katanya dengan nada sebak.
Punca Masih Disiasat
Dalam kenyataan rasmi, tentera Bangladesh menjelaskan bahawa juruterbang sedang menjalani latihan rutin apabila pesawat berkenaan mengalami kegagalan mekanikal. Juruterbang cuba mengelak dari kawasan padat penduduk, namun malangnya gagal dan pesawat terhempas ke kawasan sekolah. Pihak tentera kini sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca sebenar nahas.
Kerajaan sementara yang kini diketuai oleh Muhammad Yunus telah mengisytiharkan hari Selasa sebagai Hari Berkabung Nasional bagi memperingati mangsa-mangsa tragedi tersebut.
Ads
Impak Besar Kepada Remaja
Bagi komuniti remaja khususnya di Bangladesh, insiden ini memberi impak psikologi yang mendalam. Pelajar yang terselamat dijangka akan memerlukan rawatan trauma dan kaunseling bagi mengatasi kesan emosi akibat tragedi yang begitu dahsyat ini.
Majalah Remaja mengucapkan takziah buat semua mangsa dan keluarga yang terlibat.
Terbaru, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berjaya menempa nama sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi di Malaysia yang tersenarai dalam tiga (3) kategori ‘Times Higher Education Awards Asia 2024’.
Menurut Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit, beliau menyifatkan kejayaan tersebut sebagai sebuah pengiktirafan kepada warga universiti serta negeri Sarawak dan Malaysia.
“Kesungguhan UNIMAS dalam berdepan dengan komuniti di negeri ini khususnya telah diiktiraf oleh Times Higher Education (THE), University Impact Ranking dalam memperjuangkan 17 agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),” katanya dalam ucapan pada Majlis Konvokesyen UNIMAS ke-28 pada 4 November.
Kredit: FB UNIMAS
“Kejayaan UNIMAS juga terserlah apabila diletakkan di kedudukan ke-301 universiti di dunia Times Higher Education Impact Rankings 2024 berbanding kedudukan 401 sebelum ini”
Dalam pada itu, empat kategori SGD juga telah menempatkan UNIMAS dalam kedudukan 100 teratas dunia iaitu SDG 17 ‘Partnership for The Goal’ dalam kedudukan ke-18 dunia. Selain itu, SDG 2 ‘Zero Hunger’ dalam kedudukan 57 dunia, SDG 14 ‘Life Below Water’ di kedudukan 61 dunia dan SDG 15 ‘Life on Land’ di kedudukan ke-76 dunia.
Kredit: FB UNIMAS
Pencapaian dan pengiktirafan itu membuktikan UNIMAS mampu mencipta kejayaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, hubungan kerjasama dan kolaboratif peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sementara itu, pada Majlis Konvokesyen Ke-28 UNIMAS merekodkan 3,938 graduan yang akan diraikan dan daripada jumlah tersebut seramai 3,321 orang adalah graduan prasiswazah dan 617 orang lagi merupakan graduan pascasiswazah.
Sumber: Facebook Universiti Malaysia Sarawak
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada pagi Rabu di usia 86 tahun.
Perkara berkenaan disahkan peguam, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili Daim dan isterinya, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dalam kes mahkamah.
Tun Daim merupakan tokoh politik dan ahli perniagaan Malaysia yang terkenal. Beliau dilahirkan pada 29 April 1938 di Kedah dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan Malaysia dan memainkan peranan penting dalam ekonomi negara.
Selain itu, Tun Daim dikenali sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan pada era 1980-an dan 1990-an, terutamanya semasa pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau memainkan peranan besar dalam membantu Malaysia mencapai pembangunan pesat dan melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang fokus kepada perindustrian dan eksport.
Kredit: Sinar Plus
Semasa kepimpinannya sebagai Menteri Kewangan, Malaysia menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan beberapa pembaharuan dalam sektor kewangan serta pelaburan infrastruktur.
Beliau juga terkenal dengan pendekatan pragmatik dalam pengurusan kewangan negara dan dikenali sebagai seorang tokoh yang berdedikasi dalam menggalakkan pembangunan ekonomi.
Di luar politik, Tun Daim terlibat dalam pelbagai perniagaan dan pelaburan. Beliau dianggap sebagai salah satu individu yang berpengaruh dalam dunia korporat di Malaysia.
Tun Daim lantang dalam menyuarakan pendapatnya tentang isu-isu nasional, terutamanya dalam bidang ekonomi.
Walaupun telah bersara daripada politik aktif, beliau masih memainkan peranan penting dalam memberi pandangan terhadap polisi-polisi ekonomi negara.
Al-Fatihah…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meskipun tersingkir pada pusingan awal Terbuka Jepun minggu lalu, namun jaguh badminton yang berusia 26 tahun itu mencatat peningkatan hasil rentak positif termasuk merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 di Paris pada awal bulan ini.
Zii Jia mengumpul 83716 mata untuk memintas dua lagi pemain iaitu pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn dan Anders Antonsen dari Denmark.
Kejayaan tersebut menyaksikan juara Terbuka Thailand itu kembali ke dalam kelompok empat pemain terbaik dunia dengan kali terakhir Zii menghuni tangga itu pada 23 April 2023.
Ranking pertama masih kekal milik jaguh China, Shi Yu Qi dan juara Sukan Olimpik Paris 2024, Viktor Axelsen di tempat kedua sambil diekori rapat Jonatan Christie dari Indonesia di kedudukan ketiga.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Universiti elit Seoul mengambil tindakan tegas terhadap pemohon dengan rekod keganasan sekolah apabila hampir semua permohonan mereka ditolak dalam saringan awal.