Sebelum ini Jepun telah pun menyatakan bahawa negara itu sudah menyekat kemudahan visa terhadap 111 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika, termasuklah Malaysia, Thailand, Vietnam dan Singapura.

BACA: Jepun Gantung Visa 11 Negara, Termasuk Malaysia Akibat COVID-19

Namun, baru-baru ini kerajaan Jepun dilaporkan sedang membuat pertimbangan untuk melonggarkan larangan masuk kepada pelawat dari Thailand, Vietnam, Australia dan New Zealand. Penularan wabak COVID-19 semakin pulih di negara-negara tersebut, ditambah pula mereka mempunyai hubungan perniagaan dengan Jepun.

Jepun Mungkin Hanya Benarkan Kemasukan Pelawat Dari 4 Negara Ini Sahaja

IKLAN

Menarik balik larangan perjalanan itu disifatkan sebagai langkah pertama dan Tokyo akan berunding mengenai syarat-syaratnya dengan empat negara berkenaan.
Haih, maaf guys nama Malaysia tidak termasuk dalam senarai kemasukan pelawat ke Jepun. Hiks!

Namun begitu, larangan masuk ke Jepun terhadap 111 negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat adalah berkuatkuasa sehingga akhir Jun ini.

Langkah menarik balik sekatan yang pertama mungkin akan dilaksanakan pada musim panas ini, selepas kerajaan meneliti dan membuat perjanjian dengan keempat-empat negara itu.

IKLAN

Vietnam, Australia dan New Zealand antara 11 negara pakatan perdagangan bebas di bawah Perkongsian Trans-Pasifik yang disemak semula, menyaksikan Jepun menjadi sebahagian daripadanya.

Thailand, pula menjadi tuan rumah kepada banyak syarikat Jepun, termasuk pembuat kenderaan.

IKLAN

Mungkin disebabkan hal ini membuatkan negara matahari terbit itu mengambil keputusan untuk melonggarkan larangan masuk bagi empat negara terbabit.

Rasanya kalau nak travel dalam waktu terdekat ni pun macam tak berapa yakin lagi, jadi korang sabarlah dulu okay? Hiks!

Sumber: BERNAMA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI