Jennie Blackpink Sambut Hari Jadi Dengan Membuka Akaun YouTube! Ini Mesej Pertamanya

Share

 

Sudah lama sebenarnya Blinks mengimpikan lebih ramai anggota Blackpink untuk mempunyai akaun YouTube sendiri bagi mengenali idol mereka dengan lebih dekat.

Lebih-lebih lagi apabila kita semua tahu bukan mudah untuk seorang K-pop idol mempunyai akaun YouTube (selain akaun rasmi grup). Dulu bukan main susah nak lihat idol dengan akaun Instagram.

Sekarang ramai yang dah advanced dengan akaun YouTube seperti Taeyeon SNSD, Sandara Park, Ji Yeon T-Ara dan Lisa Manoban sendiri daripada Blackpink.

Sempena hari kelahiran ke-25 Jennie Kim semalam, dia telah mengejutkan semua dan pengumumkan akaun YouTube-nya sendiri yang diberi nama ‘Jennierubyjane Official’.

ARTIKEL BERKAITANKalau Selalu Lakukan 5 Perkara Ni, Korang Lelaki Idaman Jennie BLACKPINK – REMAJA

Menariknya, dia memilih untuk bertutur majoritinya dalam bahasa Korea dan bukannya bahasa Inggeris seperti yang selalu dilakukan oleh Jennie dalam sesi Instagram Live sebelum ini. Jangan risau, kapsyen bahasa Inggeris ada disertakan.

Bagi video pertama Jennie berjudul ‘Hello World . From Jennie’ semalam, Jennie mengakui telah bersedia untuk berkongsi kehidupannya di hadapan kamera.

Selain bercerita mengenai rantai vintaj Chanel yang dipakainya, dia juga berkongsi cover nyanyian Mandy More bertajuk When Will My life Begin

sebagai lagu latar.

Penonton ‘diajak’ masuk sebentar ke dalam kediaman Jennie dan berkenalan dengan anjing kesayangannya, Kuma, bermain gitar di atas treadmill (random, not), memasak dan mop lantai.

Tentunya, Jennie tidak lupa untuk berterima kasih kepada semua peminatnya yang mengucapkan Happy Birthday dan berjanji untuk memuat naik lebih banyak video pada masa akan datang.

Setakat ini, video tersebut telah mencecah lebih 5 juta tontonan manakala akaun tersebut telah memiliki 1.75 juta subscribers! Cer tonton video tersebut di bawah.

IKLAN