
Peminat seluruh dunia menzahirkan keterujaan apabila salah seorang ahli kumpulan popular Korea Selatan, Jennie Blackpink akhirnya mewujudkan akaun TikTok.
Hal itu dapat dilihat pada komen yang ditinggalkan peminat di ruangan balas pada video yang dimuat naik penyanyi lagu SOLO itu di platform popular tersebut.
Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan mereka seakan tidak percaya bahawa penyanyi itu akhirnya muncul di TikTok.
ARTIKEL BERKAITAN: Lai Kuanlin Undur Diri Dari Dunia Muzik, Ingin Ubah Haluan Jadi Pengarah Filem

“Omg, Jennie first rose then Lisa now jenni when jiso,” komen seorang peminat.
“Is this Jennie Kim? For Real?” tulis juga peminat yang lain.
“Hello Jennie!” komen pempengaruh terkenal Azfar Heri.

Remaja sempat menjengah akaun berkenaan, Jennie memuat naik video pertamanya pada 19 Jun lalu dan meraih 9.2 juta tanda suka dan 39.5 juta tontonan.
Sementara itu, video kedua yang dikongsikan penyanyi berkenaan adalah pada 20 Jun dan berjaya meraih 1.3 juta tanda suka serta 4.5 juta tontonan.
Setakat ini, akaun yang menggunakan nama @jennierubyjane itu telah memiliki seramai 5.7 juta pengikut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Jennie Blackpink
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat Komik, Horror & Misteri Akan Suka Drama Terbaru Netflix ‘Locke & Key’

Bulan Februari selalu dikaitkan dengan drama bersiri dan filem daripada genre romantic comedies kerana – ahem – ia kan bulan “CINTA”.
Tetapi nampaknya, Netflix Malaysia ingin melakukan sesuatu yang berlainan apabila siri horror/magik terbaru berjudul Locke & Key telahpun menemui penonton bermula semalam.
Tapi apa sebenarnya kisah di sebalik drama bersiri ini?
01
Drama bersiri ini adalah adaptasi daripada buku komik keluaran kira-kira 10 tahun lalu yang pernah memenangi banyak anugerah. Locke & Key ditulis oleh penulis genre horror popular, Joseph Hill yang juga merupakan anak kepada penulis lagenda Stephen King.


02
Rumah Victorian yang dibayangkan di dalam buku komik dan drama bersiri ini adalah hasil ciptaan illustrator dan arkitek, Gabriel Rodriguez. Lalu pemilihan beliau oleh Joe adalah tepat sekali memandangkan Locke & Key berkait rapat dengan rumah tersebut.


03
Apakah yang dimaksudkan dengan Locke & Key?
Locke merujuk kepada nama keluarga di dalam cerita ini. Keluarga tersebut terdiri daripada Tyler Locke (anak sulung yang menyalahkan diri disebabkan kematian ayah mereka), Kinsey (remaja rebellious yang bermasalah) dan Bode (anak pertama yang membongkarkan rahsia kediaman mereka). Ibu mereka pula bernama Nina Locke.

Manakala Key (Keyhouse) pula adalah kediaman baharu keluarga tersebut yang berpindah daripada rumah lama mereka setelah pembunuhan ayah mereka.
04
Di dalam rumah tersebut, terdapat banyak kunci yang akan mereka temui untuk membuka pintu-pintu rahsia. Contohnya adalah Ghost Key di mana sebaik saja digunakan untuk membuka pintu, roh akan meninggal jasad karakter tersebut dan bebas terbang ke mana saja – seperti yang ditunjukkan dalam klip trailer Locke & Key.

05
Setiap kali ahli keluarga Locke terdengar bisikan, itu adalah cara makhluk halus di dalam siri ini cuba untuk memanggil karakter yang ada. Dodge pula adalah ‘demon’ yang sedang menentang keluarga tersebut untuk mendapatkan kesemua kunci yang ada.

*
Best kan?!
Walaupun Locke & Key kedengaran seperti cerita untuk remaja muda, sebenar ia lebih deep, dark dan menakutkan daripada itu. Itulah kekuatan genre horror & magik yang diperkenalkan oleh Joe Hill.
Tak sabar untuk menontonnya? Well, Locke & Key telahpun mula ditayangkan di Netflix Malaysia bermula semalam. Tetapi sebelum korang binge-watch, tonton terlebih dahulu trailer di bawah:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lee Joon Gi Turun Malaysia September Ini, Janjikan Vokal Mantap Meski Lebih Popular Sebagai Pelakon ‘Historical K-drama’

Apakah rahsia di sebalik kelangsungan kerjaya bintang K-drama popular, Lee Joon Gi selama 18 tahun dalam industri seni hiburan Korea Selatan?
Hanya Joon Gi, 40 sahaja yang tahu laluan pahit manis yang dilaluinya selama ini. Apa yang pasti, selagi Joon Gi ingin berkongsi momen istimewanya sebagai salah seorang selebriti Korea paling berjaya dan diminati sekarang bersama para peminat di Kuala Lumpur, well, we will not say no to that!
Buat julung kalinya, Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia dalam jelajah bersiri 2024 Lee Joon Gi Asia Tour ‘Joongi’s Day: Festival’ in Kuala Lumpur pada 22 September ini di Mega Star Area.
Ini juga merupakan penampilan sulungnya di sini selepas pernah menjayakan persembahan di Singapura pada tahun 2017.

Joon Gi sememangnya lebih dikenali ramai sebagai seorang pelakon lelaki berkaliber yang banyak kali menjayakan watak dalam drama bergenre historical K-drama. Tidak hairanlah apabila beliau digelar sebagai ‘Raja Sageuk’ atau Raja Drama Bersejarah kerana setiap sentuhannya menerusi genre tersebut akan membuahkan impak terhadap penonton.
Antaranya termasuklah drama Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo (2016), Scholar Who Walks The Night (2015), Arang and the Magistrate (2012) dan iljimae (2008) yang masing-masing telah membolehkan Joon Gi memenangi pelbagai anugerah lakonan serta undian atau sekurang-kurangnya tercalon.
Terbaru pada tahun 2022, Joon Gi sekali lagi menarik tumpuan pengkritik dengan aksi mantapnya menerusi drama bersiri mini, Again My Life. Malah, beliau juga membuat debut dalam dunia perfileman Hollywood menerusi filem ‘Resident Evil: The Final Chapter’.

Begitupun, Joon Gi telah berjanji untuk memastikan vokalnya berada pada tahap terbaik untuk Joongi’s Day: Festival in Kuala Lumpur ini. Bukan sahaja korang akan berpeluang berinteraksi dengan beliau tetapi juga dapat menyaksikan persembahan menarik dengan gerak tari serta vokal mengkagumkan.
Tambahan pun sebagai penyanyi, Lee Joon Gi pernah mengeluarkan beberapa buah lagu terutamanya untuk dimuatkan sebagai runut bunyi k-drama seperti For One Day (Arang and the Magistrate), Accepted, For Us dan Can’t Be Slow.
REMAJA merasakan Joon Gi pasti akan menyanyikan semula lagu-lagu OST daripada drama lakonannya.
Joongi’s Day: Festival in Kuala Lumpur dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment dan Hit Maker Entertainment, dengan Sliding Doors Entertainment sebagai penganjur bersama.


Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ayda Jebat Dilantik Sebagai Duta Salam Taiwan, Tak ‘Tinggalkan’ Puteri Sulungnya Lagi Selepas Ini

Pelakon dan penyanyi terkenal tanah air, Ayda Jebat sebelum ini yang terpaksa meninggalkan cahaya mata sulungnya, Ana Nayla atas tuntutan kerja di Taiwan bagi menjalani sesi pengambaran mempromosi negara itu memaklumkan akan turut membawa bayi dan keluarganya ke sana, pada waktu akan datang.
Selain itu, penyanyi lagu popular Temberang itu juga menyifatkan Taiwan adalah negara yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga selain memberitahu negara berkenaan adalah mesra muslim dan pelbagai lokasi menarik yang wajib dikunjungi.
ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa Berpisah 12 Hari, Ayda Jebat & Nabil Mahir ‘Angkut’ Bantal & Selimut Anak

“Pertama kali ke Taiwan, saya pergi bersama suami. Tetapi Insya-Allah, kali kedua nanti kita akan pergi bersama keluarga dan anak saya. Banyak lokasi-lokasi baharu yang saya mahu kunjungi selain lakosi yang saya telah jejak sebelum ini untuk membawa baby.
“Ada juga yang tanya kepada saya, Taiwan ini family friendly tak dan sesuai ke untuk membawa keluarga. Ya, sangat sesuai kerana banyak tempat yang menarik seperti pusat beli belah, taman tema, serta tempat nature mereka amatlah cantik.
“Jadi, anda semua boleh menikmati pemandangan dan sebagainya sewaktu di sana. Sebelum ini saya pergi semasa musim sejuk, jadi pada kali ini saya ingin pergi ke sana pada musim yang lain pula,” katanya kepada Remaja.

Dalam pada itu, Ayda turut berkongsi dia dan suaminya yang juga hos, Nabil Mahir akan membuat persediaan awal dari segi kelengkapan puteri kesayangan mereka dan melakukan perancangan yang rapi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku apabila melancong mahupun ke mana-mana sahaja.
“Sejujurnya, bukan sahaja pergi melancong tetapi jika keluar seketika pun banyak barang anak yang saya bawa. Penuhlah berbeg-beg. Sewaktu kami melancong dalam Malaysia pun banyak juga barang yang perlu dibawa.
“Bagi saya, kalau nak pergi jauh kita perlu rancang betul-betul. Alhamdulillah, apabila bayi saya sudah besar ini, kurang sedikitlah barang yang kami bawa,” ujarnya panjang.
Sebelum ini, perkongsian Ayda di media sosial menjadi perhatian apabila dia suami dilihat menangis kerana terpaksa meninggalkan anak mereka atas urusan kerja tersebut.
Menerusi video dikongsikan itu, Ayda dan Nabil tidak dapat menahan air mata dan menangis ketika dalam perjalanan untuk ke lapangan terbang untuk ke Taiwan selama 12 hari.

Sekadar informasi, Biro Pelancongan Taiwan telah melancarkan projek promosi baharu, Salam Taiwan 2023 dan melantik aktres jelita, Ayda Jebat sebagai Duta.
Menerusi slogan ‘Destinasi Sensasi Mesra Muslim’, sebuah video promosi Salam Taiwan 2023 akan dilancarkan terlebih dahulu, dengan harapan untuk menarik lebih ramai pelancong Muslim untuk memilih Taiwan sebagai destinasi pelancongan mereka, berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh Ayda sendiri.
Selain itu, suami tercinta bintang itu yang juga pelakon dan pengacara, Nabil Mahir, turut membuat penampilan dalam video promosi tersebut, sekaligus menyerlahkan detik-detik manis serta romantik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Ayda Jebat & Nabil Mahir
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

