Jenis-Jenis Syampu Terbaik Untuk Hilangkan Masalah Kelemumur

Share

Masalah kelemumur bukan hanya dihadapi oleh kaum wanita, malah ia juga boleh menyerang kulit kepala golongan lelaki. Kelemumur adalah keadaan dimana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan. Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari.

Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari. Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan diatas kulit kepala boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur.

Foto: medicalnewstoday

Jika ia tumbuh sikit-sikit rasanya okay lagi, tapi kalau dah berkeping-keping tu, euww tengok pun geli. Bila kelemumur terlalu banyak, kadangkala ia boleh dilihat gugur pada baju. Ada juga individu yang malu apabila ditegur.

Jadi, apa yang korang boleh buat untuk merawat masalah kelemumur ini? Rawatan awal adalah dengan menggunakan syampu anti-kelemumur. Untuk meningkatkan keberkesanan syampu, buang sisik-sisik kelemumur perlahan-lahan dengan sikat atau berus rambut.

Berikut adalah jenis-jenis syampu yang disyorkan oleh Public Health Malaysia untuk merawat masalah kelemumur.

1. Syampu berasaskan Tar

Neutrogena T/Gel

Memperlahankan kematian sel kulit kepala

2. Pyrithione Zink Shampoo

Derma Zink

Anti-bakteria dan anti-kulat

3. Syampu Selenium Sulfide

Salsun Blue, Head & Shoulder Intensif

Mengandungi anti-kulat

4. Syampu dengan Salicylic Acid

Neutrogena T/Sal, Baker’s P&S

Untuk membuang sisik kelemumur

5. Syampu dengan Ketoconazole

Bagi korang yang mempunyai masalah kelemumur, bolehlah cuba untuk mencari syampu-syampu seperti yang dinyatakan diatas. Namun, sekiranya penggunaan syampu tidak berkesan, dapatkan pemeriksaan lanjut dan nasihat daripada doktor pakar.

Selamat mencuba!

Sumber: Public Health Malaysia, myhealth.gov.my

IKLAN