Sebagaimana kita sedia maklum, syarikat teknologi gergasi Apple Inc akhirnya melancarkan model terbaharu iPhone 14, sekaligus menamatkan penantian ramai penggunanya di seluruh dunia.
Majlis perasmian iPhone 14 Apple di Cupertino, California, U.S. September 7, 2022. REUTERS/Carlos Barria
Mengikut laporan, Apple melancarkan varian iPhone 14 dengan harga bermula RM4,199 untuk pasaran Malaysia hingga mencapai RM8,299. Malah, kebanyakan netizen berjenaka ingin menjual buah pinggang demi membeli iPhone baru ini.
Meskipun ia sekadar bahan lawak untuk memberi contoh perbandingan harga, netizen di banyak negara di seluruh dunia pernah mendengar dan menyebutnya. Di Thailand, frasa dan tanda pagar ‘jual buah pinggang untuk iPhone 14’ dilihat berleluasa hingga menjadi tular di beberapa platform media sosial.
Menimbulkan Rasa Kurang Senang
Buah Pinggang merupakan antara ‘organ berharga’ dalam tubuh badan. Lantas, ia menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah golongan profesional, terutamanya mereka yang berkhidmat dalam bidang rawatan kesihatan dan perubatan.
Ads
Portal Bangkok Post melaporkan, Pengarah Urusan Pusat Pendermaan Organ di bawah Persatuan Palang Merah Thailand, Dr Sophon Mekthon pada Ahad berkata, isu pemerdagangan organ dalaman adalah sangat sensitif.
Gambar Hiasan
Katanya, Persatuan Palang Merah Thailand yang bertanggungjawab dalam hal pendermaan organ menegaskan bahawa tiada pemerdagangan organ dalaman manusia berlaku di negara itu.
“Pendermaan dan pemindahan organ dalaman hanya dilakukan antara ahli keluarga yang rapat, seperti ibu bapa dan anak-anak. Tiada perdagangan (organ) seumpamanya.
“Adalah tidak wajar, walau hanya dengan memberi cadangan untuk menjual organ, hanya untuk mendapatkan duit demi membeli iPhone. Ia salah dari segi moral dan etika,” katanya.
Ads
Walaupun kebanyakan netizen menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, hal mengorbankan organ dalaman untuk mendapatkan wang adalah suatu perkara yang boleh saja terjadi dalam kelompok masyarakat tertentu yang berdepan situasi terdesak. Di negara tertentu di dunia ini, turut berdepan isu pemerdagangan organ dalaman manusia di pasaran gelap hingga menjadi masalah yang membimbangkan.
Maka, tidak sesuai jika ‘idea’ menjual organ untuk ganjaran wang atau kesenangan segera, sering diulang dan diuar-uarkan dalam pemikiran umum.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli kumpulan K-Pop terkenal, Kim Hee Chul dari Super Junior baru-baru ini membuat pengumuman mengejutkan dan mendedahkan perkahwinannya melalui rancangan realiti, My Little Old Boy.
Menerusi episod tersebut, dia kelihatan melawat kedai tuxedo untuk mencari pakaian perkahwinan yang sesuai.
Dia juga menyatakan bahawa dia ingin memakai tuxedo merah ke majlis perkahwinannya dan menjemput rakan selebriti lain iaitu Tak Jae Hoon, Kim Jong Kook, Choi Jin Hyuk, dan Heo Kyung Hwan sebagai tetamu perkahwinan.
“Pertama sekali, saya akan memperkenalkan kepada para tetamu identiti pengantin perempuan,” jelasnya
Bagaimanapun, tidak lama kemudian penyanyi tersebut menjelaskan, “Pengantin lelaki hari ini ialah Kim Heechul dan pengantin perempuannya juga Kim Heechul, yang sangat saya sayangi.”
Ternyata penyanyi berusia 40 tahun itu mengambil keputusan untuk mengamalkan sologami di mana beliau mengambil keputusan untuk berkahwin dengan dirinya sendiri untuk mengejar kebahagiaannya. Wowwww…terpaling #selflove!
“Saya bukan seorang yang menentang untuk tidak berkahwin. Namun saya kerap terfikir, ‘Adakah saya benar-benar layak untuk mencintai seorang wanita?’ dan ‘Bukankah saya patut menyayangi diri saya terlebih dahulu?’” jelasnya lagi.
Pada hari berbahagia tersebut, dia juga membaca ikrar perkahwinan dan disajikan dengan persembahan nyanyian dari Kim Jong Kook sebagai hadiah perkahwinan.
Pape pun, tahniah diucapkan kepada Heechul…dan Heechul!!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: KOREABOO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mulai 1 April 2022, umat Islam di Selangor sudah dibenarkan menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal. Hal ini telah diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, ketetapan tersebut dibuat dalam rundingan baginda bersama Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan Timbalan Mufti Selangor.
Rundingan turut diadakan bersama Pengarah Kesihatan Negeri Selangor dan beberapa orang Ahli Dewan di Raja Selangor. Baginda berkenan membuat penelitian dan memperhalusi beberapa perkara penting terutama langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan mendalam akibat jangkitan Covid-19 dan memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara serta masjid, surau dan musolla terus berfungsi sebagai pusat ibadah bagi umat Islam di Selangor.
Bagi individu yang berusia di bawah 18 tahun dan telah lengkap menerima dua dos vaksin sahaja dibenarkan hadir ke masjid, surau dan musolla. Individu yang hadir ke masjid, surau dan musolla dikehendaki membawa sejadah sendiri dan sentiasa memakai pelitup muka.
Walau bagaimanapun, Selangor masih bimbang kerana penularan wabak Covid-19 masih tinggi di negeri itu dan oleh yang demikian, baginda menasihati rakyat negeri Selangor agar tetap berhati-hati dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mengikuti semua arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Satu ketetapan secara lebih terperinci mengenai perkara ini untuk dikuatkuasakan pada 1 April dikeluarkan oleh JAIS kepada pentadbir masjid, surau dan musolla seluruh negeri Selangor dalam masa terdekat.
Alhamdulillah, akhirnya umat Islam di Selangor dapat menyambut Ramadan ini seperti biasa dengan solat berjemaah tanpa perlu penjarakan sosial lagi. Semoga Ramadan kali ini disambut lebih bermakna bagi seluruh masyarakat Islam seluruh dunia.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini telah menerima pengiktirafan dari organisasi Apolotical berpangkalan di London.
Pengiktirafan ini diberikan kepada mereka di bawah usia 35 tahun yang terlibat dalam pembikinan dasar kerajaan di dalam negara masing-masing.
“Kejayaan ini bukanlah kejayaan saya saja tetapi kejayaan anak muda Malaysia. Kita semua kini tak boleh dipandang ringan diabaikan. Tetapi patut dilihat sebagai pendorong utama kepada pembangunan negara.
“Saya berbesar hati dengan pengiktirafan World’s 100 Most Influential Young People In A Government, tetapi saya lebih berbesar hati dapat berkhidmat untuk anak muda Malaysia.
“Saya dedikasikan anugerah ini kepada kamu semua!” kata Ahli Parlimen Muar itu.
Pada usia 25 tahun, Syed Saddiq dilihat bukan saja ‘influential’ di media sosial tetapi berterusan berkhidmat demi dasar yang menyebelahi belia. Antaranya termasuklah menurunkan had kelayakan usia untuk mengundi iaitu dari 21 tahun ke 18 tahun.
Ya, tak semua pihak yang akan bersetuju dengan beberapa kepercayaan dasar Syed Saddiq. Tetapi itu kerana mereka melihat golongan remaja dan belia ini perlu mengikut telunjuk yang diberi, bukannya berfikir serta berdiri di atas usaha sendiri.
Tahniah Syed Saddiq atas pengiktirafan ini. Diharap remaja dan belia negara akan mengambil semangat dan kepercayaan Apolitical ini untuk kita percaya pada diri masing-masing dan terus melangkah ke hadapan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!