Walaupun sudah 14 tahun meninggal dunia, namun muzik, lagu dan gerak tari lagenda Michael Jackson sentiasa relevan mengikut peredaran zaman.
Sebelum ini, dalam filem biografi ‘Michael’ anak saudaranya yang berusia 26 tahun, Jaafar Jackson menjelma menjadi Micheal Jackson.
Dikatakan Jelmaan Michael Jackson, Kenali JAAFAR Jackson
Untuk info, Jaafar merupakan anak kepada abang mendiang Michael iaitu Jermaine Jackson atau Muhammad Abdul-Aziz Jackson yang juga seorang penyanyi dan penerbit. Jaafar Jackson mempunyai adik-beradik seramai 8 orang terdiri 6 lelaki dan 2 perempuan dari ibu berlainan. Ibunya bernama Alejandra Oaziaza.
Menariknya, raut wajah segak dan bakat seni yang mengalir deras dalam tubuh Jaafar membuatkan jejaka ini individu paling tepat menggambarkan zaman kegemilangan mendiang bapa saudaranya.
Ads
Menurut ibu Michael iaitu Katherine Jackson, cucu kesayangannya itu mampu menjadi pewaris mereka dalam industri muzik.
“Jaafar mewakili anak saya. Sangat menggembirakan melihat dia meneruskan legasi Jackson sebagai seorang penghibur.” Katherine Jackson
Ads
“Saya teruja membawakan watak bapa saudara saya, Michael Jackson kembali ke layar perak. Buat semua peminat beliau di seluruh dunia, saya bakal bertemu anda nanti.” Jaafar Jackson
Berita ini disahkan oleh Studio Lionsgate dalam satu kenyataan yang memaklumkan, naskhah berkenaan akan meneroka kehidupan seorang lelaki rumit yang bergelar Raja Pop.
Menurut kenyataan itu, filem tersebut bakal mendedahkan semua aspek dalam kehidupan Michael serta persembahannya yang paling penting sekali gus meletakkan beliau menjadi ikon dalam dunia muzik.
Penggambaran akan bermula tahun ini dan filem epik ini akan diarahkan oleh Antoine Fuqua dan diterbitkan oleh Graham King yang bersetuju Jaafar mempunyai keupayaan semula jadi untuk mencontohi dan menghidupkan watak Michael.
Ads
“Jelas bahawa dia adalah satu-satunya orang yang layak mengambil peranan ini,” kata King yang teruja untuk membawa Jaafar ke skrin besar sebagai ‘jelmaan’ mendiang bapa saudaranya.
Dalam masa sama, Lionsgate tidak menyebut mengenai salah satu kes paling kontroversi dalam episod hidup superstar dunia itu iaitu perbicaraan atas tuduhan penderaan seks kanak-kanak pada 2005 dan dakwaan tambahan terhadap penyanyi itu dipaparkan dalam dokumentari 2019, ‘Leaving Neverland’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Budaya membaca komik sekian lama tidak pernah luput dari generasi ke generasi.
Ia bukan saja tertumpu kepada proses melukis komik, membaca dan mengumpul saja sekarang. Malah ia sudah menjadi satu budaya di mana peminat komik saling berinteraksi di festival komik seluruh dunia.
Sebuah lagi festival komik iaitu Comic Riot! Festival sedang berlangsung di StarXpo Centre, KWC Kuala Lumpur pada hari ini.
Dengan kemasukan percuma dari jam 10 pagi hingga 7 malam, Comic Riot! Festival meraikan pengaruh komik di kalangan peminatnya oleh para pelajar Akademi Seni Budaya & Warisan (ASWARA).
Bukan saja korang boleh berkumpul dan mempelajari budaya komik di Malaysia menerusi pameran, permainan, cosplay, perarakan maskot dan persembahan.
Malah korang juga boleh turut serta dalam aktiviti yang disediakan.
Antaranya termasuklah Doodle Wall, Cosplay Photobooth, Coswalk (berani tak? hehe), bazaar jualan dan macam-macam lagi.
Jadi bagi korang yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan belum mempunyai apa-apa plan pada hari ini sehingga jam 7 petang, jom serbu dan jumpa di StarXpo Centre KWC alright!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat ‘OG’ naskah drama serta filem keluaran Korea Selatan sejak era 90-an hingga awal dekad milenium, pastinya korang tahu betapa sukarnya mereka untuk meraih perhatian penonton dunia serta pengkritik antarabangsa biarpun rata-rata naskah mereka mempunyai jalan cerita menarik, para pelakon berbakat serta mempunyai elemen ‘relatablity’ dengan para penonton.
But good things do come to those who wait.
Sejak kebelakangan ini, industri perfileman serta drama Korea Selatan semakin mendapat tempat di hati para pengkritik. Mungkin disebabkan gelombang populariti dalam kalangan peminat. Mungkin juga disebabkan peluang untuk naskah-naskah ini menemui segmen penonton baharu menerusi platform penstriman atas talian seperti Netflix, iQIYI, VIU dan macam-macam platform seumpamanya.
Apapun, industri K-movie dan K-drama semakin ke hadapan dan semakin berani untuk membuktikan kreativiti serta kualiti yang dimilikinya.
Sekiranya pada tahun 2020, filem Parasite menang besar di Anugerah Akademi menerusi enam kategori (wow!) iaitu Filem Terbaik, Filem Antarabangsa Terbaik, Pengarah Terbaik, Skrip Asal terbaik Rekaan Produksi Terbaik dan Suntingan Terbaik; pada tahun 2021 dan 2022, dua lagi insan telah membanggakan industri perfileman Korea Selatan.
Mereka ialah Youn Yuh-jung yang dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Akademi 2021 menerusi filem Minari dan terbaru, O Yeong-su yang diangkat sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Siri, Minisiri atau Filem Televisyen menerusi drama Squid Game di Anugerah Golden Globes 2022 yang berlangsung (atau secara teknikalnya tidak dilangsungkan) baru-baru ini.
Kini, tiba giliran untuk pencalonan Anugerah SAG atau Screen Actor Guilds Awards pula diumumkan dan menariknya, drama Squid Game sekali lagi tercalon menerusi kategori lakonan!
Pelakon utamanya, Lee Jung-jae tercalon bagi kategori Persembahan Pelakon Lelaki Terbaik bagi watak Seung Gi-Hun, Persembahan Aksi Terbaik bagi Barisan Stun dan Persembahan Barisan Pelakon Terbaik dalam Drama Bersiri.
Satu lagi nama yang membanggakan kem Squid Game tentunya ialah Jung Ho-yeon yang dicalonkan bagi kategori Persembahan Pelakon Wanita Terbaik dan bakal bersaing dengan nama-nama besar Hollywood seperti Jennifer Aniston (The Morning Show), Elisabeth Moss (The Handmaid’s Tale), Reese Witherspoon (The Morning Show) dan Sarah Snook (Succession).
Perkhabaran ini cukup membanggakan bukan saja untuk industri perfileman Korea Selatan tetapi juga bagi industri perfileman Asia. Ini kerana mereka mencatat sejarah sebagai drama siri pertama bukan dalam bahasa Inggeris dan drama siri dari Korea Selatan pertama yang memperolehi pencalonan di Anugerah SAG.
Wow, just wow.
Menerusi temubual bersama siaran JTBC News semalam, Hoyeon berkata dia baru saja pulang ke Korea Selatan dari Paris, Perancis dan masih diletakkan dalam tempoh kuarantin.
Apa yang membuatkan dia (dan semua peminatnya) berbangga dengan pencalonan ini adalah kerana Squid Game merupakan naskah lakonan pertamanya, EVER. Sebelum ini, Hoyeon merupakan peragawati antarabangsa sepenuh masa yang telah berjalan untuk pelbagai rumah fesyen semasa musim minggu fesyen untuk bertahun-tahun lamanya.
Kini setelah dia baru saja menjejakkan kaki ke dalam bidang lakonan menerusi drama Squid Game, bakat lakonannya terus mendapat pengiktirafan. Benar, populariti drama bersiri Netflix itu mungkin memainkan peranan. Namun harus diingat, pencalonan dan kejayaan di Anugerah SAG adalah di atas pemilihan para pelakon dan karyawan sendiri; bukannya oleh sebilangan ahli komitee. Ini membuatkan Anugerah SAG lebih istimewa kerana ia merupakan pengiktirafan daripada seorang penggiat seni kepada penggiat seni yang lain.
Kongsi Hoeyon yang tersenyum lebar sepanjang temubual tersebut, “Semasa saya bertugas di Perancis, saya mendapat tahu saya tercalon. Saya amat berterima kasih. Pada masa yang sama, saya juga rasa bersyukur dan terharu kerana (pencalonan ini) bukanlah sesuatu yang saya jangkakan.
“Seingat saya semasa diberitahu mengenainya, saya amat terkejut. Dengan beberapa pencalonan yang kami terima ini, saya berharap kami akan membawa pulang kategori barisan pelakon terbaik dan saya juga berharap agar Jung Jae akan memenangi kategorinya,” ujarnya.
Apabila ditanya sekiranya dia tidak mengharapkan kemenangan untuk dirinya sendiri, kata Hoyeon, dia berterima kasih ke atas peminatnya yang selalu menyokong. Baginya, untuk dicalonkan bagi kategori pelakon wanita sudah mencukupi untuknya dan kategori barisan pelakon adalah lebih bermakna kerana mereka dapat sama-sama berkongsi kejayaan tersebut.
“Nama pasukan stun kami ialah Best Stunt, jadi saya berharap agar nama itu membawa tuah untuk kami bawa pulang satu lagi trofi yang dicalonkan. Selain itu, saya juga berharap agar Jung Jae juga akan memenangi kategorinya,” tambah Hoyeon yang juga kini mencatat sejarah apabila diletakkan sebagai penghias kulit hadapan (cover) majalah Vogue Amerika Syarikat.
Ini kerana Hoyeon merupakan cover girl pertama kelahiran Asia yang menghiasinya secara solo dalam sejarah 130 tahun penerbitan majalah Vogue.
“Saya juga terkejut apabila mendapat tahu mengenainya; tetapi saya merasakan ia adalah satu langkah besar yang wajar berlaku sekarang. Saya berhaap agar lebih ramai penggiat seni dari Asia yang akan menerima peluang dalam pelbagai pasaran di luar sana,” katanya.
KLIK pautan video di bawah untuk menonton temubual penuh JTBC News bersama Jung Hoyeon.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semakin dekat tayangan filem Dilan 1991 di pawagam Malaysia iaitu bermula minggu hadapan (11 Julai), carian Google untuk filem-filem Indonesia juga semakin galak.
Menjelang penganjuran konsert solo berskala mega tidak lama lagi, Ratu Rock Negara, Ella menegaskan dirinya tidak berasa tertekan walaupun konsert Majlis Tertinggi Rockqueen yang...