‘Japanese Walking’ Senaman Mesra Sendi Sesuai Untuk Korang Yang Jarang Bersenam

Share

‘Japanese Walking’ senaman mesra sendi sesuai untuk korang yang jarang bersenam tapi masih nak hidup sihat tanpa perlu berjoging atau masuk gim. Teknik berjalan ini makin trending di TikTok sebab mudah, tak perlukan peralatan mahal, dan sesuai untuk semua peringkat umur  termasuk beginner!

Kalau korang selalu rasa cepat penat, tak cukup stamina, atau malas nak buat senaman berat, ini adalah antara kaedah terbaik untuk mula aktif secara perlahan tapi konsisten.

Apa Itu Japanese Walking?

Japanese Walking, atau nama sebenarnya Interval Walking Training (IWT), adalah teknik berjalan yang diperkenalkan oleh pakar dari Jepun, Profesor Hiroshi Nose, lebih 20 tahun lalu. Ia direka khas untuk bantu warga emas kekal sihat – tapi rupanya sesuai juga untuk golongan muda yang baru nak mula bersenam.

Kaedah ini melibatkan jalan laju selama beberapa minit, kemudian berehat dengan jalan perlahan. Senang, tapi berkesan.

Cara Nak Buat Japanese Walking

Tak perlu treadmill atau ruang besar pun. Cukup ada kasut sukan yang selesa, laluan berjalan yang selamat, dan pemasa dekat phone.

Langkahnya:

  1. Jalan laju selama 3 minit (sampai korang rasa tercungap dan susah nak berbual)

  2. Jalan perlahan selama 3 minit (santai macam biasa)

  3. Ulang kitaran ini selama 30 minit, 3-4 kali seminggu

Kalau rasa 30 minit tu panjang sangat, pecahkan kepada 10 minit pagi, 10 minit petang, dan 10 minit malam. Masih dapat hasil yang sama!

Kenapa Korang Patut Cuba?

Mesra lutut & sendi

– sesuai untuk korang yang tak boleh buat aktiviti lasak
Tak perlukan stamina tinggi – sesuai untuk beginner
Bakar kalori lebih banyak dari jalan biasa
Tingkatkan kesihatan jantung dan paru-paru
Bantu kuatkan otot dan stabilkan tekanan darah
Tingkatkan mood & hilangkan stres

Menurut kajian, teknik ini bantu melambatkan penurunan kecergasan dan otot, yang biasanya berlaku bila kita makin berusia.

Tip Extra Untuk Lagi Power 💪

  • Jalan sambil dengar lagu hype atau podcast

  • Gunakan aplikasi fitness untuk kira langkah

  • Ayunkan tangan masa jalan laju

  • Mulakan dengan 1 minit laju + 2 minit perlahan kalau baru nak cuba

  • Ajak kawan atau family jalan sama-sama – lagi fun!

Kalau korang nak mula bersenam tapi tak tahu nak start kat mana, ‘Japanese Walking’ senaman mesra sendi sesuai untuk korang yang jarang bersenam. Ia mudah, selamat dan terbukti berkesan baik untuk jantung, otot, dan minda.

Tak perlu tunggu esok. Pakai je kasut, keluar rumah, dan mula jalan. Sikit-sikit lama-lama jadi habit sihat!

BACA LAGI : Gabung Budaya Timur & Barat, Inilah Asal Usul Senaman Pilates

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana