Janna Nick & Dini Schatzmann Hitung Hari & Bakal Nikah Di Langkawi?

Share

Wah, semakin hampir…

Pasangan pelakon sama cantik sama padan, Janna Nick dilaporkan bakal mengakhiri zaman bujang bersama cinta hati pilihannya yang juga seorang aktor, Dini Schatzmann pada 10 Jun ini.

ARTIKEL BERKAITAN : “Doakan saya…” Syafiq Kyle, Mimi Lana Bakal Disatukan Selepas Raya Aidilfitri

Menurut laporan daripada Kosmo! Online, dikatakan mereka memilih sebuah resort mewah di Pantai Cenang, Langkawi sebagai lokasi bersejarah dalam hidup mereka pada 10 Jun depan.

Malah, pemilik nama Nurul Jannah Muner dikatakan telah hadir ke Pejabat Agama Daerah Langkawi bagi menghantar borang pernikahan mereka. Pasangan ini juga bakal mengadakan majlis pernikahan secara tertutup di resort berkenaan serta hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan sebarang kenyataan daripada kedua-dua pelakon itu masih belum berjaya.

Sebelum ini, pasangan ini pernah mencetuskan tanda tanya ramai dengan memberi bayangan kisah percintaan mereka sudah berakhir apabila Janna nick memuat naik satu bayangan bahawa hubungannya bersama aktor kacukan Melayu-Switzerland sudah berakhir. Menguatkan lagi spekulasi apabila Janna membawa diri bercuti di Eropah seorang diri.

Apa-apapun, kalau betul berita ini apa salahnya…benda baik. Kami pun mendoakan hubungan pasangan ini berakhir dijinjang pelamin.

Sumber: Kosmo! Online ( Nur Al-Fairuza Syarfa Nor Saidi)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN