Gaya Hidup

Janji Satu Minit: Peminat Temui Pelakon Thariq Ridzuwan: His Treasure ‘Face-To-Face’

Share

Pengalaman menemui pelakon drama kegemaran dalam satu sesi ‘meet & greet’ di atas pentas sudah menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan oleh penonton tegar drama tempatan.

Begitupun, bagaimanakah perasaan korang sekiranya berpeluang untuk menemui idola korang secara ‘face-to-face’ dan berbual secara bebas selama 60 saat?

Pengalaman eksklusif yang diperkenalkan oleh Astro ini membolehkan peminat drama hit masa kini, Thariq Ridzuwan: His Treasure (TRHT).

Bertempat di ibu negara baru-baru ini, 15 orang peminat bertuah telahpun dipilih untuk terlibat dalam acara yang dinamakan sebagai ‘Janji Satu Minit’ di mana mereka dapat bersemuka bersama lapan orang pelakon TRHT selama lapan minit; satu minit dengan setiap pelakon.

Wow! Bayangkan, korang boleh berbual apa sahaja dengan Meerqeen, Qasrina Karim, Evertts Gomes, Edaman Othman, Afiq Hamidon, Wan Nasuha, Noki, Thompson Goh dan Dariel Aeldra sambil merakamkan swafoto.

Bukan sekadar itu, mereka juga berpeluang meminat tanda tangan setiap pelakon berkenaan pada helaian novel Thariq Ridzuwan yang mereka bawa bersama.

Tambah menarik apabila para pelakon tersebut memainkan karakter masing-masing dalam TRHT sepanjang sesi itu bagi menawarkan pengalaman yang lebih autentik kepada peminat yang hadir.

Sebagai penutup kepada acara ‘Janji Satu Minit’ ini, para pelakon dan peminat yang terlibat melaungkan ikrar berbunyi, ‘Janji!’ sebagai satu simbolik kepada tema drama berkenaan serta sebagai lambang betapa eratnya hubungan di antara naskah tempatan dengan peminat yang menyokongnya.

Interaksi Yang Lebih ‘Intimate’

Sebagai tambahan kepada sesi berkenaan,para peminat TRHT juga meluahkan rasa teruja mereka terhadap permainan interaktif TRHT yang diperkenalkan oleh Astro. Iklan gamifikasi tersebut membawa mereka memasuki ke dalam dunia mendebarkan Holy Dragon melalui misi menyelamatkan Radwa; watak lakonan Qasrina Karim.

Iklan yang boleh dilayari oleh pembaca laman-laman web MBNS dan Nu Ideaktiv ini membolehkan korang untuk membuat pilihan, berinteraksi dengan karakter dan merasai sendiri tekanan misi menyelamat; seiring dengan tema drama yang sarat aksi dan kisah cinta ini. Lebih banyak misi yang korang lengkapkan, lebih banyak ganjaran yang akan diterima.

Oh! Korang juga boleh menghantar surat kepada para pelakon TRGT tau

! Layari sahaja ke janjiuntukradwa.astro.com.my and write away bagi menyampaikan sokongan kepada mereka.

Memasuki minggu ketujuh tayangan drama Thariq Ridzuwan: His Treasure di Astro One dan sooka, teruskan menonton episod-episod terakhir drama adaptasi ini setiap hari Rabu dan Khamis pada jam 9 malam.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ