
Kucing sememangnya haiwan peliharaan yang comel dan menghiburkan. Namun, sebagai pemilik yang bertanggungjawab, penting untuk mengetahui risiko kesihatan yang mungkin berkait rapat dengan haiwan kesayangan anda. Salah satunya adalah jangkitan Toxoplasmosis.
Lebih teruk lagi, toxoplasmosis juga boleh menyebabkan kerosakan serius pada mata sehingga buta dalam kes serius seperti yang diterangkan oleh pusat optometri Ar Rayyan.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang ahli optik sedang memberi konsultasi kepada pesakitnya berkenaan sakit mata yang dihadapi.
Ahli optik tersebut menjelaskan bahawa terdapat parut pada mata seorang pesakit yang disebabkan oleh parasit haiwan. Perkara ini menyebabkan pesakit berkenaan dapat melihat bayang tompok hitam pada penglihatan.
@rayyanoptometry Toxoplasma bahaya tau.. Hati-hati pada yang bela kucing terutamanya kucing luar. Risiko sentiasa ada. Kunjungi cawangan Rayyan berhampiran untuk pemeriksaan professional percuma ya #fyp ♬ original sound – Ar Rayyan Optometry
Apabila ditanya sama ada perkara itu akan melarat, dia menjelaskan bahawa parasit yang aktif terutamanya di bahagian tengah retina atau saraf optik, berisiko menyebabkan penglihatan mata secara kekal atau buta.
Sehubungan itu, pusat optometri tersebut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika mengendalikan kucing peliharaan yang dibiarkan berkeliaran di luar rumah.
Difahamkan pesakit terbabit tidak memelihara kucing sendiri, namun sering bermain dengan si bulus yang dimiliki oleh jiran-jiran.
Seperti kebanyakan penyakit lain, toxoplasmosis boleh dirawat dengan pengambilan ubat-ubatan anti-parasit dan antibiotik yang menghentikan tumbesaran dan pembiakan di dalam tubuh badan.
Kebiasaannya toxoplasmosis hanya dirawat dalam individu yang mempunyai simptom dan sistem imun lemah memandangkan rawatan itu hanya berkesan ketika parasit tersebut aktif.
Rawatan tersebut bagaimanapun tidak boleh menyingkirkan sista yang mengandungi parasit T. gondii, sekaligus menyebabkan toxoplasmosis tidak boleh dirawat sepenuhnya.
Parasit berkenaan tidak akan aktif semula dalam individu dengan sistem imun kuat, namun boleh wujud apabila sistem imun lemah atau bagi mereka dengan toxoplasmosis kongenital.
Apa Itu Toxoplasmosis?
Toxoplasmosis ialah jangkitan yang disebabkan oleh parasit Toxoplasma gondii, yang boleh ditemui dalam najis kucing. Jangkitan ini biasanya tidak berbahaya kepada individu yang sihat, namun boleh menjadi serius sekiranya menjangkiti wanita hamil atau individu yang mempunyai sistem imun yang lemah.
Jangkitan boleh berlaku melalui:
Apakah Risiko Kesihatan Toxoplasmosis?
Walaupun kebanyakan individu tidak menunjukkan simptom, toxoplasmosis boleh menyebabkan komplikasi serius seperti:
Gejala Umum Toxoplasmosis:
Langkah Pencegahan Bagi Pemilik Kucing:
Sebagai langkah berjaga-jaga, pemilik kucing dinasihatkan untuk:
Tapi jangan risau, memelihara kucing tidak semestinya membawa risiko jika anda tahu cara penjagaan yang betul. Ambil langkah pencegahan awal untuk memastikan kesihatan anda dan keluarga sentiasa terjaga.
BACA LAGI : Kucing Paling Huru-Hara, 5 Keunikan OYEN Berbeza Si Bulus Lain!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.