Sumber Foto: Instagram @wanikayrie

 

Isu mempersendakan cara sebutan Bahasa Inggeris oleh tenaga pengajar yang dijemput olehh saluran TV pendidikan, Didik TV Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) baru-baru ini telah mendapat perhatian masyarakat.

Seperti biasa, ada saja warganet yang turut mempersoalkan kemahiran sebutan kurang memuaskan yang hadir dari seorang tenaga pengajar di saluran TV nasional.

Namun, lebih ramai yang merasakan bahawa adalah kurang sopan untuk mempersendakan guru Didik TV tersebut termasuklah penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie.

Menurut Wani yang juga ditampilkan bersama Afieq Shazwan sebagai hos subjek Bahasa Inggeris: Road To Success SPM di Didik TV baru-baru ini, dia tidak bersetuju dengan tindakan warganet yang tidak menghormati golongan pendidik dan yang mengeluarkan kata-kata mencemuh hati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WANI KAYRÍE (@wanikayrie)

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFIEQ SHAZWAN (@afieq.shzwn)

Katanya, “Guru-guru yang tampil dalam program pendidikan itu adalah pendidik cemerlang dan berkelayakan. Ada yang mungkin kelihatan awkward di hadapan kamera. Namun penguasaan terhadap subjek diajar itu tidak boleh dipertikaikan.

“Saya sedih melihat ada netizen yang mempersendakan cara mengajar mereka. Tak bolehlah macam itu kerana pendidik yang dipilih adalah golongan berkemahiran.

IKLAN

“Biarpun ada yang kurang fasih berbahasa Inggeris, bukanlah cara kita untuk menyindir dan memperlekehkan secara terbuka. Kalau nak tegur, tegurlah dengan berhemah,” kata selebriti berusia 21 tahun itu.

Betul tu guys..

Janganlah jatuhkan semangat mereka yang ingin mengajar. Lagipula, mereka adalah golongan pendidik dan bukannya selebriti yang sudah biasa di hadapan kamera. Jadi berikan mereka masa untuk menyesuaikan diri.

IKLAN

Nanti tak pasal-pasal, korang sendiri akan dikecam seperti yang berlaku kepada seorang penyampai radio, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Mempersendakan Guru Di TikTok, Penyampai HITZ Sarawak Digantung Tugas – REMAJA

Wani yang terpilih untuk mengendalikan program di Didik TV mengakui agak gementar pada awalnya.

“Selalunya, saya akan bertutur dalam bahasa Inggeris semasa mesyuarat atau dalam urusan kerja. Alhamdulillah, ramai lihat saya mampu kendalikan program itu dengan baik menerusi reaksi yang diberikan oleh penonton.”

Sumber : (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI