Satu per satu kes siber buli slash body shaming berlaku ke atas mereka yang mempunyai jumlah followers ramai di Malaysia, dan tentunya golongan selebriti menjadi sasaran mudah.
Pertama, kes yang dihadapi bayi Nora Danish, Ney Ney. Kemudian mereka nak bantai gaya rambut Scha Alyahya pula.
Umpama tak berpuas hati dengan penampilan selebriti, netizen tak tahu dah nak berselindung di sebalik layah rasa segan dan rasa hormat.Apa yang terlintas di fikiran terus ditaip buat tontonan umum, tak ada lagi ‘filter dalam otak’ sebelum mereka memuat naik komen.
Antara kes body shaming melanda vokalis iamneeta, Neeta Manisha di mana warna kulitnya dipersoalkan oleh netizen. Satu posting-nya di Instagram menerima pelbagai komen berbaur cercaan oleh netizen tentang warna kulitnya, lalu menjurus kepada vibe negatif.
Neeta sedar akan situasi tersebut lalu memadam posting bagi mengelak isu ini berlarutan. Namun, anak kelahiran Sungai Petani ini kemudiannya ‘mengajar’ golongan pembuli siber dalam posting seterusnya.
“Saya telah berhadapan dengan ‘masalah’ ini sejak sekolah rendah lagi. Most of my life, saya dimasukkan ke sekolah jenis Cina. Dan warna kulit saya sering menjadi sasaran para pembuli kerana ia adalah perkara pertama yang mereka lihat.
“Tetapi, selama saya berhadapan dengan ‘masalah’ ini, ia telah membuatkan saya sedar bahawa warna kulit saya juga cantik! Ia mewakili siapa diri saya yang sebenar,” terang Neeta.
* * * * *
Ads
Dalam temuramah REMAJA bersama Neeta baru-baru ini untuk paparan cover Majalah REMAJA isu April – Jun 2018, Neeta mengakui ramai peminatnya yang kelira dengan rupa paras yakni kulitnya yang mirip gadis berbangsa Melayu. “Tapi saya anggap itulah yang membuatkan saya lebih istimewa, iaitu darah campuran Cina, India dan Thai yang saya miliki.”
Dua orang ahli kumpulan iamneeta turut menjadikan kumpulan tersebut lebih ‘berwarna’ dengan background masing-masing. Anas berbangsa Melayu manakala Patrick mempunyai campuran darah Filipina.
“Saya selalu katakan kepada remaja berkulit sawo matang seperti saya untuk tidak sesekali mengalah kepada komen negatif yang mempersoalkan warna kulit kamu dan siapa diri kamu yang sebenar.
“People can be mean but do not let it go to your head. Kamu tak perlu mengubah diri semata-mata untuk menyedapkan pandangan orang lain. Kamu juga cantik! Dan setiap kali kamu berhadapan dengan hater selepas ini, just ingat yang mereka tidak boleh memiliki apa yang kamu ada dan sebab itulah mereka membuli secara tersorok di media sosial.”
Neeta Manisha bersama 8 orang lagi penghias cover Majalah REMAJA isu April – Jun 2018.
Neeta juga berpesan kepada si pembuli untuk cuba memahami perasan orang lain. “Understand the discrimination felt by me and many others. Saya harap isteri, anak perempuan, saudara, kakak dan abang kamu tidak perlu berdepan dengan isu body shaming seperti yang telah kami hadapi,” kata Neeta yang boleh berbahasa Malaysia, Inggeris, Hokkien dan Mandarin.
Just be pretty lah people, cantik pada luaran, adab dan bahasa yang kita tuturkan. Okay?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon lelaki dan wanita, Syafiq Kyle dan Mimi Lana sebelum ini dikatakan telah memutuskan hubungan mereka kerana dikatakan tiada persefahaman. Namun begitu, dua figura popular ini nampaknya sering memuat naik foto mesra bersama di media sosial.
Pada hari ulang tahun kelahiran Mimi tahun lalu, Syafiq dilihat menghadiahkannya sejambak bunga dan minyak wangi berjenama mewah. Rata-rata peminat membuat spekulasi bahawa pasangan sejoli ini telah pun berbaik dan bersama semula.
Terbaru, Mimi Lana memuat naik gambar mesra dengan caption “You’ve touched me without even touching me”.
Rabu lepas, pelakon kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah gemilang buat negara apabila muncul sebagai pelakon Malaysia pertama yang ditabalkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/ Komedi di acara Golden Globe Awards.
Berjaya membawa nama tanah air ke persada antarabangsa, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak terlepas peluang bagi menzahirkan ucapan tahniah buat pelakon berusia 60 tahun itu atas kejayaan tersebut.
Michelle menempa nama di Hollywood itu juga menzahirkan ucapan terima kasih buat Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong selain beliau turut merakamkan penghargaan yang tidak terhingga juga buat para pemimpin Malaysia.
“Terima kasin buat rasa cinta dan ucapan tahniah daripada keluarga dan rakan-rakan seluruh dunia. Raja, Permaisuri dan Perdana Menteri serta para pemimpin di Malaysia. Keluarga besar (extended) di Hong Kong dan China.
“Rasa syukur saya yang sangat tinggi. Itulah sebab di mana perjalanan saya sebagai aktres bermula yang membawa saya ke tahap sekarang,” coretnya menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram.
Sekadar informasi, Michelle merangkul trofi berkenaan untuk filem Everything Everywhere All at Once arahan sutradara, Daniel Kwan dan Daniel Scheinert.
Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan pelakon itu menewaskan calon terbaik yang lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setiap ibu bapa pasti akan menyokong keinginan anak asal tidak terlalu berlebihan dan memberi kemudaratan. Didikan yang baik disamping ketegasan antara aspek yang menjadi keutamaan dalam membesarkan anak-anaknya yang dilihat semakin mencabar terutama di zaman media sosial ini.
Anak lelaki kepada Norman Hakim dan Abby Abadi, Mohamed Danish Hakim ini bukan saja memiliki luaran yang sempurna, malah personalitinya juga wajar dijadikan contoh kepada anak muda hari ini.
Baru-baru ini, satu perkongsian video milik Danish Hakim mendapat perhatian orang ramai di media sosial.
Video yang dimuatnaik di Instagram nya menunjukan Danish menyertai program Geng Ngaji Musim ke-3 secara dalam talian. Apa yang menarik dan mencuri perhatian ramai adalah, suara Danish mengaji surah An-Nahl ayat 12 di dalam program tersebut kedengaran sangat merdu dan sedap didengari.
Mendengar alunan surah yang di baca itu membuatkan ustazah Farhatul Fairuzah, ustaz Fakhrul Radhi dan Sheikh Abdul Karim Al Makki memuji Danish pandai bertaranum dan memberi nilai markah mumtaz bagi bacaan surah tersebut.
Merendah Diri
Walaupun anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim ini dipuji pandai mengaji namun Danish menunjukan bersikap bersahaja dan merendah diri.
Sebelum dia keluar dari program tersebut, Danish sempat menitipkan pesan dan menulis pesanan tersebut menerusi kapsyen ringkas di Instagram nya.
Malah, warganet juga sempat meninggalkan kata-kata pujian dan semangat kepada Danish.
Kejayaan ini sudah pasti membuatkan kedua orang tua Danish Hakim bangga dan secara tak langsung menjadi inspirasi buat anak muda dan ibu bapa di luar sana untuk menjadikan keluarga ini sebagai contoh terbaik.
Kami pun memang adore keluarga ini dalam mendidik anak-anak mereka. Semoga keluarga ini terus dilimpahi dengan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Sumber: Instagram Danish Hakim
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!