Dalam dunia parenting, kadang-kadang nasihat panjang lebar tak sekuat satu tindakan yang ditunjukkan depan mata. Itu yang dapat dilihat menerusi perkongsian di Instagram pelakon Amar Baharin apabila anak sulungnya, Aqeef Anaqi, menunjukkan kesungguhan untuk berpuasa enam di bulan Syawal.
Menurut Amar, segalanya bermula dengan perkara yang cukup simple, Aqeef hanya melihat ahli keluarga lain melakukannya.
Dari situ, timbul rasa ingin ikut serta. Lebih menarik, si kecil itu bukan sekadar ikut-ikut, malah siap menunggu hujung minggu untuk mula berpuasa, menunjukkan tahap kesungguhan yang bukan biasa-biasa.
“Gigih abang nak puasa 6… tengok family buat, dia pun nak buat. Siap tunggu weekend.”
Apa yang dikongsikan Amar sebenarnya menggambarkan satu prinsip penting dalam child development anak-anak belajar lebih banyak melalui pemerhatian berbanding arahan.
Dalam erti kata lain bila ibu bapa sendiri konsisten melakukan sesuatu perkara baik, anak akan serap secara natural tanpa perlu dipaksa.
Ads
“Jangan suruh, tunjuk. Dalam child development, anak memang belajar dari apa dia nampak, bukan apa dia dengar.” kata Amar.
Konsep ini sangat relevan dalam membentuk tabiat seperti puasa enam. Ia bukan hanya soal menyuruh anak berpuasa, tetapi bagaimana ibu bapa sendiri menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan ibadah tersebut. Apabila anak melihat rutin ini dilakukan secara konsisten, mereka akan menganggapnya sebagai sesuatu yang normal dan baik untuk diikuti.
Kelebihan Puasa Enam Di Bulan Syawal Anak Perlu Tahu
Dalam masa sama, Amar turut berkongsi bahawa dia mengambil peluang untuk bercerita kepada anaknya tentang kelebihan puasa enam hari di bulan Syawal. Antaranya, ganjaran yang diibaratkan seperti berpuasa sepanjang tahun satu penerangan ringkas yang jelas menaikkan lagi semangat Aqeef.
Ads
“Kau buat… dia ikut ☺️ cuma aku cerita la hadis kelebihan puasa 6 hari selepas puasa Ramadan… umpama puasa 1 tahun. Lagi tambah semangat dia 😁”
Penerangan seperti ini sangat penting kerana ia membantu anak memahami makna di sebalik amalan yang dilakukan. Puasa enam akan menjadi lebih bermakna apabila mereka tahu sebab dan ganjarannya, bukan sekadar ikut-ikutan semata-mata.
Perkongsian tersebut nyata menyentuh hati ramai, dengan netizen rata-rata bersetuju bahawa didikan melalui contoh adalah antara cara paling berkesan dalam membentuk sahsiah anak sejak kecil. Dalam dunia yang penuh distraksi hari ini, momen kecil seperti ini sebenarnya memberi impak besar dalam jangka masa panjang.
Amalan seperti puasa enam di bulan Syawal boleh dijadikan titik permulaan untuk membina disiplin diri, kesabaran, dan kefahaman agama. Ia juga membuka ruang komunikasi antara ibu bapa dan anak tentang nilai-nilai kehidupan yang lebih mendalam.
Ads
Akhirnya, didikan terbaik bukanlah melalui kata-kata semata-mata, tetapi melalui tindakan yang konsisten. Apa yang ditunjukkan hari ini akan menjadi kebiasaan anak pada masa hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Met Gala 2026 yang berlangsung di New York City sekali lagi menghimpunkan figura-figura utama dalam dunia fesyen, hiburan dan budaya pop.
Acara berprestij ini terus menjadi tumpuan global apabila barisan selebriti hadir dengan gaya tersendiri di karpet merah.
Tema ‘Fesyen Adalah Seni’ Jadi Tumpuan
Pada tahun ini, kod pemakaian yang ditetapkan ialah “fesyen adalah seni”, memberi kebebasan sepenuhnya kepada para tetamu, bersama penggaya masing-masing untuk mentafsir tema tersebut mengikut kreativiti dan identiti peribadi.
Hasilnya, pelbagai penampilan unik dan berani dapat disaksikan, sekali gus menjadikan Met Gala kali ini antara edisi yang paling ekspresif dari segi gaya.
Penampilan Mencuri Perhatian
Seperti biasa, acara ini tidak pernah mengecewakan dari segi fesyen.
Beberapa penampilan berjaya mencuri perhatian ramai, sama ada kerana konsep yang luar biasa, rekaan avant-garde mahupun mesej yang cuba disampaikan melalui busana mereka.
Kehadiran Penunjuk Perasaan
Namun di sebalik kemeriahan acara, Met Gala 2026 turut diselubungi dengan kehadiran penunjuk perasaan. Sekumpulan individu dilihat berkumpul di sekitar lokasi sambil membawa sepanduk bertulis “tax the rich”dan “resistance red carpet” bagi menarik perhatian media dan orang ramai.
Kontroversi Penajaan Acara
Acara tahun ini turut mencetuskan perdebatan apabila ia ditaja oleh pengasas Amazon, Jeff Bezos bersama isterinya, Lauren Sánchez. Penglibatan pasangan tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan sesetengah pihak, khususnya mereka yang mengkritik golongan bilionair.
Aksi Aktivis ‘Everyone Hates Elon’
Bantahan terhadap penglibatan tersebut turut digerakkan oleh kumpulan aktivis dikenali sebagai Everyone Hates Elon. Menerusi satu perkongsian di Instagram, mereka memuat naik video yang memaparkan ahli kumpulan itu menggodam paparan di stesen kereta api bawah tanah.
Tindakan tersebut dilakukan sebagai usaha menyebarkan mesej anti-bilionair kepada orang awam, sekali gus menambah lagi kontroversi di sebalik penganjuran acara glamor ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekali lagi, UNIQLO memahami citarasa remaja di Malaysia apabila kembali dengan koleksi batik kapas untuk Aidilfitri, tahun ini.
Siapa kata batik sudah ketinggalan zaman?
Ia merupakan pakaian yang mudah dibawa ke mana-mana dengan penuh selesa. Corak batik cetak ala Indonesia ini juga menerapkan warna lembut di samping potongannya yang agak longgar bagi menjamin keselesaan semasa membasuh pinggan. Banyak kan nak basuh!
REMAJA amat menggemari alternatif yang disediakan oleh UNIQLO ini bagi meraikan lebaran. Iyalah, bukan semua di antara kita merupakan peminat baju kurung moden dan kebaya. Tambahan pula dengan musim Perintah Kawalan Pergerakan Berkala (PKPB) yang mengehadkan perancangan kita untuk berhari raya. Lamberrtt lagi nak bergaya sakan.
Bagi yang ingin rasa santai, penulis mengesyorkan korang memadankan blaus kapas bermotif batik daripada UNIQLO ini bersama skirt midi/maxi ataupun seluar berpotongan skinny. Personally, penulis gemar jika ia dipadankan dengan seluar flare berwarna solid untuk memberi ilusi oversized.
RM79.90
Bagi peminat lelaki UNIQLO, korang juga tidak dilupakan apabila jenama itu sekali lagi mengeluarkan pilihan kemeja batik cetak untuk korang gayakan – bukan sahaja semasa musim perayaan Aidilfitri malah sepanjang tahun.
Ia datang dalam 4 pilihan corak dengan kolar kecil bagi injeksi gaya moden.
RM79.90 setiap satu.
*
Amacam, onz ke tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kepada peminat filem Disney, tentunya sangat kenal dengan lagu Circle Of Life yang merupakan lagu soundtrack filem tersebut.
Namun, tentu ramai yang tertanya-tanya apakah perkataan awal lagu tersebut yang kedengaran sangat asing sekali.
Tahukah korang yang sebenarnya bait-bait tersebut adalah bahasa yang wujud di dunia dan mempunyai maknanya sendiri.
Untuk pengetahuan, ayat-ayat tersebut adalah Bahasa Zulu yang berasal dari Afrika.
‘Nants inyonyama bagithi baba sithi uhm ingonyama, nan ingonyama bagithi baba sithi uhhmm ingonyama ingonyama siyo nqoba ingonyama ingonyama nengw enamabala’
‘Here comes a lion, father Oh yes it’s a lion. Here comes a lion, father Oh yes it’s a lion A lion we’re going to conquer A lion A lion and a leopard come to this open place,’ berikut merupakan terjemahan Bahasa Zulu kepada Bahasa Inggeris.
Ternyata lirik tersebut sangat kena dengan jalan cerita The Lion King yang mengisahkan perjalanan hidup Simba di mana dia kehilangan ayahnya di usia muda dan bagaimana dia kemudiannya diangkat menjadi raja. Deep sungguh!
Sementara itu, dalam dokumentari, The Making Of Lion King, pengarah filem, Rob Minkoff mengakui bahawa lagu tersebut adalah elemen penting dalam filem tersebut.
“Lagu itu ditulis oleh composer warga Afrika Selatan, Lebo M. Kami terangkan kepadanya tentang jalan cerita Lion King dan dia terus melakukan magisnya.
“Ia sangat mengagumkan. Bila dia terjemahkan lirik tersebut dalam Bahasa Inggeris, kami tahu yang lagu itu adalah penggerak utama file mini,” katanya.
Oh wow! Siapa sangka ayat yang selama ini kita sangka tidak mempunyai maksud sebenarnya adalah mempunyai makna yang sangat mendalam. Memang sangat kreatif orang yang tulis lagu ini!
Sumber: Insider
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
K.O.I mencipta kejutan gemilang apabila lagu Tiwikarma dinobatkan sebagai juara AJL 40, sekali gus membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM100,000.