Berita

“Jangan Jadi Penyondol Kalau Dah Jadi Artis Nanti” –Sharifah Shahirah Titip Pesanan Buat Oddah

Share

Penyampai radio dan pelakon, Sharifah Shahirah menitipkan nasihat penuh bermakna buat anak perempuannya, Audra atau lebih mesra disapa Oddah, agar menjaga maruah diri sebaik melangkah ke dunia hiburan.

Menerusi sebuah video lama yang kembali tular di TikTok, kakak kepada aktres popular

Sharifah Sakinah itu menegaskan agar anaknya tidak terjebak dengan kontroversi terutama melibatkan isu rumah tangga orang lain.

“Kalau dah jadi artis nanti, jangan jadi penyondol.

“Jodoh tu kita tak boleh kata apa, mama doakan. Tapi kalau boleh janganlah menyondol,” katanya.

Shahirah turut menambah bahawa isu orang ketiga atau lebih dikenali sebagai penyondol bukanlah perkara asing dalam

Malah, ia bukan hanya berlaku dalam kalangan selebriti tetapi juga orang biasa.

“Tapi kalau tak jadi artis pun banyak juga yang menyondol. Itu dugaan masing-masing,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pesanan tersebut dan menganggap ia sebagai peringatan penting untuk generasi muda.

Ramai juga berpendapat nasihat itu wajar dijadikan teladan agar tidak sesekali menjadi punca keretakan rumah tangga orang lain.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath