
Jika sebelum ini, pelakon jelita Korea Selatan, Han So-Hee dilaporkan pernah bekerja demi melangsaikan segala hutang piutang ibunya sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN : Rahsia Cantik Han So Hee: Tak Minum Kopi & 50 Kali Kunyah Makanan
Terkini, ibu kandungnya dikhabarkan telah ditahan pihak berkuasa selepas didakwa mengusahakan pusat judi haram.
Ibu Han So Hee ditahan polis
Memetik laporan Koreaboo, suspek didakwa telah membuka 12 premis judi di beberapa kawasan termasuk Ulsan, Wonju, dan banyak lagi sejak tahun 2021.
Difahamkan, wanita ini telah mengupah seseorang untuk menjalankan bisnes haramnya itu.

Ibu kepada pelakon Han So Hee mempunyai banyak rekod jenayah sebelum ini, termasuk penipuan, denda kerana perjudian haram, dan lain-lain.
Untuk pengetahuan korang, selepas ibu bapanya bercerai, Han So Hee, yang terkenal dengan drama “My Name,” tinggal bersama neneknya sejak umur 5 tahun. Mereka berdua dikatakan jarang berhubung.
Sebelum ini, nama Han So Hee menjadi bualan hangat di media sosial kerana skandal hutang yang membabitkan ibunya, di mana Han So Hee juga mendedahkan bahawa dia telah melunaskan sebahagian daripada hutang tersebut.
Hmm..ada juga ibu sebegini ye. Kesian betul hidup Han So Hee!
ARTIKEL BERKAITAN: Tak ‘Hang’ Langsung Bila Tonton Drama X-Change Dengan Internet Pantas redONE Mobile Postpaid 5G Smart, Siap Boleh Menang iPhone Lagi – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Senarai Filem Best Tahun 2020, Jom Serbu Panggung!

Tahun ini menyaksikan banyak filem yang menarik untuk korang serbu beramai-ramai di seluruh pawagam tanah air. Sediakan duit dalam poket cukup-cukup sebab kami nak senaraikan antara filem best yang korang boleh tonton tahun ini.
Check this out!
1. 1917
Tarikh tayangan: 16 Januari 2020
Pelakon: George MacKay, Dean-Charles Chapman, Mark Strong, Andrew Scott, Richard Madden, Claire Duburcq, Colin Firth, Benedict Cumberbatch
Filem arahan Sam Mendes ini mengisahkan tentang perjalanan hidup dua tentera muda British semasa Perang Dunia Pertama berlaku.
2. Bad Boys For Life
Tarikh tayangan: 23 Januari 2020
Pelakon: Will Smith, Martin Lawrence, Vanessa Hudgens, Alexander Ludwig, Charles Melton
Hubungan pegawai polis Michael "Mike" Lowrey dan Marcus Burnett, yang dahulunya sukar dipisahkan, kini semakin renggang. Burnett kini seorang inspektor polis sementara Lowrey, yang bergelut dengan krisis pertengahan hidup, ditugaskan untuk mengetuai pasukan elit yang baru ditubuhkan, AMMO, walaupun dia tiada persamaan dengan pasukan polis-polis muda itu.
Apabila seorang ketua samseng dari kartel dadah Miami, yang mana abangnya telah dibunuh oleh Lowrey dan Burnett beberapa tahun lalu, ingin membalas dendam terhadap Lowrey ketika dia dan Burnett ingin bersara, kedua-dua polis itu perlu bersatu semula untuk menumpaskannya.
3. Dolittle
Tarikh tayangan: 23 Januari 2020
Pelakon: Robert Downey Jr., Antonio Banderas, Michael Sheen, Emma Thompson, Rami Malek, John Cena, Kumail Nanjiani, Octavia Spencer, Tom Holland, Selena Gomez
Filem arahan Stephen Gaghan ini diangkat dari naskhah "The Voyages of Doctor Dolittle" nukilan Hugh Lofting. Ia menceritakan mengenai seorang ahli fizik yang mendapati dirinya mampu berkomunikasi dengan haiwan.
4. M4M4
Tarikh tayangan: 6 Februari 2020
Pelakon: Nabila Huda, Bella Dowanna, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Ungku Haris, Niezam Zaidi, Izzy Reef, Eyra Hazali, Amanda Hariz
Setiap tahun, Alya yang berusia 15 tahun akan menyambut hari lahir bersama ibunya, Aini, yang berusaha keras untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk anaknya sejak bapa Alya meninggal dunia ketika gadis itu berusia lapan tahun. Alya dan dua rakan baiknya, Daniel dan Elly, membesar bersama-sama dalam kawasan yang sama. Malangnya, ketenteraman kawasan itu sering diganggu sekumpulan samseng iaitu Apai, Luk dan Remy. Mereka sering mengganggu pelajar-pelajar sekolah yang makan di kawasan tersebut.
Suatu hari, satu pergaduhan berlaku apabila Apai menyentuh Alya, menyebabkan dia hilang sabar dan menyimbah sup panas kepada Apai. Sewaktu menunggu bas, Alya diserang oleh Apai dan rakan-rakannya. Mereka menarik Alya ke sebuah bangunan tinggal dan memperkosanya. Insiden itu membuatkan Aini terkejut tetapi cuba menyembunyikan emosinya sebagai ibu demi membantu Alya yang masih trauma. Melihat keadaan ibunya, Alya berusaha untuk bangkit dan cuba untuk melupakan apa yang berlaku.
5. Sonic The Hedgehog
Tarikh tayangan: 13 Februari 2020
Pelakon: James Marsden, Jim Carrey, Tika Sumpter, Ben Schwartz
Sonic adalah seekor landak kecil antropomorfik biru yang juga merupakan makhluk asing. Dia sedang cuba meloloskan diri dari penjahat Dr. Robotnik yang merancang untuk menakluk dunia menggunakan kuasanya. Sonic kemudian bekerjasama dengan Tom Wachowski, seorang bekas polis San Francisco yang baru sahaja dilantik sebagai syerif Green Hills, Montana, untuk menentang Dr. Robotnik.
6. Bloodshot
Tarikh tayangan: 27 Februari 2020
Pelakon: Vin Diesel, Eiza González, Sam Heughan, Toby Kebbell, Guy Pearce
Seorang askar Marin, Ray Garrison, mendapati dirinya kini mempunyai kuasa luar biasa selepas dihidupkan semula oleh pasukan saintis rahsia, RST, selepas dia dan isterinya dibunuh. Dengan teknologi canggih nanoteknologi di dalam uratnya, dia kini menjadi mesin pembunuh biotek yang lebih kuat bernama Bloodshot, yang mampu pulih secepat mungkin.
Dia tidak dapat ingat masa lampau pada mulanya tetapi apabila memorinya kembali, dia meloloskan diri dari fasiliti itu dan memburu orang yang membunuhnya dan isterinya. Bagaimanapun, dia mendapati sesuatu tentang konspirasi ini.
7. A Quiet Place Part II
Tarikh: 19 Mac 2020
Pelakon: Emily Blunt, Cillian Murphy, Millicent Simmonds, Noah Jupe, Djimon Hounsou
Kesinambungan kepada filem "A Quiet Place" (2018), di mana ahli keluarga Abbott yang terselamat berjuang untuk terus hidup selepas situasi ngeri yang berlaku di rumah mereka. Kini mereka meneruskan hidup mereka dengan mengembara ke dunia luar.
Dalam pada mereka meneruskan perjalanan tanpa hala tuju yang tertentu, mereka turut mendapati kali ini terdapat ancaman lain yang menanti mereka, selain makhluk asing yang memburu menggunakan deria bunyi.
8. Mulan
Tarikh tayangan: 26 Mac 2020
Pelakon: Crystal Liu Yifei, Donnie Yen, Jason Scott Lee, Yoson An, Gong Li, Jet Li
Filem `live action` ini adalah adapatasi dari cerita lagenda mengenai pahlawan wanita Hua Mulan. Dia telah menyamar sebagai lelaki supaya dia dapat mengambil alih tempat bapanya dalam tentera.
9. The New Mutants
Tarikh tayangan: 2 April 2020
Pelakon: Anya Taylor-Joy, Maisie Williams, Charlie Heaton, Henry Zaga, Blu Hunt, Alice Braga
Lima mutan muda baru mengetahui tentang kebolehan mereka ketika ditahan dalam sebuah fasiliti rahsia tanpa kerelaan mereka. Mereka kini perlu melawan demi menyelamatkan diri masing-masing.
10. Peter Rabbit 2: The Runaway
Tarikh tayangan: 2 April 2020
Pelakon: Rose Byrne, Domnhall Gleeson, David Oyelowo, Elizabeth Debicki, James Corden, Margot Robbie
Dalam filem sekuel "Peter Rabbit" ini, Domhnall Gleeson dan Rose Byrne kembali menghidupkan watak asal mereka sebagai Thomas McGregor dan Bea. James Corden juga kembali menyumbang suara untuk watak arnab itu.
11. No Time To Die
Tarikh tayangan: 9 April 2020
Pelakon: Daniel Craig, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Léa Seydoux, Rory Kinnear, Ben Whishaw, Jeffrey Wright, Ana de Armas, Dali Benssalah, David Dencik, Lashana Lynch, Billy Magnussen, Rami Malek
James Bond kini menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas berhenti menjalankan tugas. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ia sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu merbahaya.
12. Black Widow
Tarikh tayangan: 30 April 2020
Pelakon: Scarlett Johansson, David Harbour, Florence Pugh, Rachel Weisz
Filem ini mengisahkan pengembaraan Natasha Romanoff, yang juga dikenali sebagai Black Widow, selepas situasi yang berlaku dalam "Captain America: Civil War". Ditinggalkan bersendirian, kini dia mendapati dia terpaksa berdepan dengan masa silamnya.
13. Fast And Furious 9
Tarikh tayangan: 21 Mei 2020
Filem kesembilan dari francais "Fast & Furious" ini merupakan kesinambungan dari filem ke-lapan pada tahun 2017 iaitu "Fast & Furious 8". Ia menyaksikan Dominic Toretto dan rakan-rakannya kembali beraksi.
14. The SpongeBob Movie: Sponge On The Run
Tarikh tayangan: 28 Mei 2020
Pelakon: Tom Kenny, Awkwafina, Clancy Brown, Rodger Bumpass, Bill Fagerbakke, Carolyn Lawrence
Siput peliharaan Spongebob iaitu Gary telah diculik oleh Poseidon. Ditemani rakan baiknya Patrick, kini Spongebob perlu mengembara ke Lost City of Atlantic City untuk mencari dan menyelamatkan siput kesayangannya itu.
Dalam perjalanan, mereka telah berdepan pelbagai situasi merbahaya dan melucukan namun ia turut membuktikan kekuatan persahabatan mereka.
15. Top Gun: Maverick
Tarikh tayangan: 25 Jun 2020
Pelakon: Tom Cruise, Miles Teller, Jennifer Connelly, Jon Hamm, Glen Powell, Lewis Pullman, Ed Harris
Sekuel kepada filem "Top Gun" pada tahun 1986 ini menyaksikan Tom Cruise kembali sebagai Pete "Maverick" Mitchell. Kali ini Maverick menjadi mentor kepada generasi baru juruterbang U.S Navy.
Sebenarnya ada banyak lagi filem yang bakal ditayangkan nanti. Kami akan update dari semasa ke semasa ya. Stay tuned!
Sumber: cinemaonline.com.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
#WayangRemaja: Menangi Tiket Tayangan Perdana Filem Seram Indonesia, Death Whisper

Filem horror Korea, Whispering Corridors telah pun di-remake menjadi filem Indonesia, Death Whisper yang bakal ditayangkan diseluruh pawagam tanah air bermula 22 Ogos ini.
Mengisahkan tentang dua orang pelajar baru, Alex dan Maggie yang bersekolah tinggi eksklusif. Malangnya, mereka dibuli oleh pelajar lain terutamanya Andre, Erika dan Fahri. Apabila trio itu memaksa Alex untuk melakukan ritual, kesilapan berlaku menyebabkan satu roh jahat mula mengganas di sekolah tersebut.

Dibintangi oleh Amanda Rawles, Angga Aldi Yunanda, Arya Vasco, Naomi Paulinda, Teuku Ryzki, Remaja nak berikan korang sepasang tiket percuma ke tayangan perdana Death Whisper arahan Awi Suryadi pada 19 Ogos 2019 di TGV 1 Utama dengan hanya menjawab soalan mudah seperti berikut:

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tamat Pengajian Peringkat Master Lebih Awal, Peminat Tabik Dengan Pencapaian Akademik Koo Hye Sun

Pelakon dan usahawan terkenal Korea Selatan, Koo Hye Sun (42), sekali lagi mencuri perhatian ramai terutama peminat apabila berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana atau Master di Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) lebih awal daripada tempoh sepatutnya.
Menerusi sebuah perkongsian gambar di Instagram pada Khamis, Hye Sun meluahkan rasa teruja dan bangga serta memaklumkan perancangan beliau untuk menyambung lagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi.
“Saya telah lulus tesis Sarjana dan akan bergraduasi lebih awal. Naskhah yang sudah dijilid baru sahaja diterima. Seterusnya, ijazah Doktor? Victory!” tulisnya.
BACA: Koo Hye Sun Raih Dua Pencapaian KAIST, Lancar Produk Kecantikan Baharu Mesra Alam
Dalam gambar yang dikongsikan, pelakon yang popular menerusi K-Drama Boys Over Flower itu dilihat mengenakan topi graduasi sambil memegang tesis sarjananya, sekaligus menampilkan sisi intelektual yang jarang dipamerkan oleh selebriti arus perdana.
Pada masa yang sama, disebabkan aura akademik Hye Sun, ramai pengikut dan peminat meninggalkan pelbagai reaksi positif dan meluahkan rasa kagum terhadap pencapaian akademik yang berjaya diraih oleh beliau.
Di samping itu, tesis sarjana beliau yang bertajuk ‘The Fifth Wall: Reprojection in the Era of One-Person Media’ turut menarik perhatian, memandangkan topik tersebut menyentuh isu media moden dan landskap penciptaan kandungan individu yang semakin berkembang pada masa kini.

Terdahulu, pada 13 Disember tahun lalu, Hye Sun pernah memaklumkan bahawa beliau sedang menjalani proses viva bagi tesis sarjananya. Namun, hanya dalam tempoh kira-kira dua minggu selepas itu, beliau berjaya menghantar tesis dan seterusnya diumumkan lulus, sekaligus membuktikan keupayaan intelektual dan komitmennya dalam bidang akademik.
Untuk rekod, Koo Hye Sun merupakan graduan Universiti Sungkyunkwan dalam pengajian Produksi Video pada tahun 2020. Selepas tamat pengajian, beliau meneruskan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Kewartawanan Sains di KAIST, sebuah institusi pendidikan berprestij di Korea Selatan.
Selain menumpukan perhatian kepada pengajian, Koo Hye Sun turut aktif dalam dunia keusahawanan. Pada awal tahun ini, beliau melancarkan jenama rol rambut jenis rata yang diberi nama KOOROLL (KuRoll), hasil inovasi yang dibangunkan bersama seorang profesor kimia di KAIST.
Walaupun jadualnya padat dengan komitmen akademik dan perniagaan, beliau kekal aktif berkarya dalam pelbagai bidang seni. Koo Hye Sun terus dikenali sebagai seorang pelakon, pengarah, penyanyi serta pencipta, menjadikannya antara selebriti serba boleh yang berjaya mengimbangi dunia hiburan dan akademik dengan cemerlang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

