Jalan Terbaik, Anak Sulung Nora Jumpa Remaja Lelaki Dalam Video Petang Ini

Share

 

Itulah, sebelum kita buat sesuatu yang tidak senonoh dan memuat naik di laman media sosial, sila fikir banyak kali ya!

Dek kerana bukan satu tetapi DUA video tular semalam membabitkan aksi bercumbu di antara anak perempuan kepada penyanyi, Nora Ariffin dan seorang remaja lelaki yang telah dikenal pasti identitinya, isu ini telah menjatuhkan maruah banyak pihak.

 

Justeru, abang sulung kepada Putri Nor Dahlia iaitu Mohd Syakir Iman

tampil memberikan respon.

 

Dalam satu kemas kini di akaun Twitter-nya sebentar tadi, Syakir menyatakan bahawa pihaknya akan menemui keluarga remaja lelaki itu pada petang ini.

Baginya, isu ini sudah berubah menjadi lebih serius memandangkan netizen Malaysia sudah tampil mencaci dan membenci adiknya serta ibunya. Oleh itu, mereka akan duduk berbincang untuk memperbetulkan keadaan.

*

“Saya mohon jasa baik anda untuk tidak share video yang sedia ada, dan doakan kami semua InsyaAllah.

“InsyaAllah kalau disabitkan kesalahan, kami cubalah untuk bawa anda ke muka pengadilan sekali. Sebab bukan sekali awak post video ini. Memang berniat untuk memburukkan lagi keadaan ya?”

Tambah Syakir lagi bagi pihak Putri, adiknya sekarang sedang berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Mereka sekeluarga sedang melakukan yang terbaik untuk membantunya kembali positif.

Syakir juga berkata Putri tidak lagi aktif di media sosial dengan harapan agar langkah tersebut boleh membantunya.

 

Langkah Terbaik Bersama Remaja Lelaki?

Syakir tidak menyalahkan remaja lelaki tersebut sahaja memandangkan baik dia mahupun Puteri bersalah dan perlu bertanggungjawab di atas tindakan masing-masing.

“Allah nak tunjuk juga, maksudnya ini memang ketentuanNya. Kita terpaksa redha dan usaha lebih keras untuk perbaiki diri sendiri.”

Kita nantikan sajalah perkembangan terkini daripada perbincangan pada petang ini ya.

*
Terdahulu semalam, seorang pelajar perempuan telah membuat laporan polis apabila dia menerima kecama teruk gara-gara nama akaun yang hampir sama dengan Puteri Nor Dahlia.

 

IKLAN