
Naib Juara Kejohanan Badminton Dunia, Pearly Tan dan M Thinaah terus mengharumkan nama Malaysia apabila mereka bersama tujuh lagi atlet negara dilantik sebagai Ikon Perpaduan Tahun 2025.
Pelantikan ini bukan sahaja mengiktiraf kejayaan mereka di persada sukan antarabangsa, malah menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Sukan merupakan wadah yang paling ampuh dalam memupuk semangat perpaduan, keharmonian serta kebersamaan rakyat Malaysia.
“Setiap kali atlet negara ini berentap di persada dunia, seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang berdiri teguh di belakang mereka.
“Bersatu hati menyokong Jalur Gemilang dikibarkan dengan penuh bangga,” jelas Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan rasmi.
Menteri Perpaduan Negara,
Datuk Aaron Ago Dagang, turut menegaskan bahawa pelantikan ini membawa makna lebih besar daripada sekadar pencapaian sukan semata-mata.“Kementerian percaya dengan semangat dan iltizam yang ditonjolkan oleh ikon-ikon ini, nilai-nilai perpaduan dapat terus disemarakkan sekali gus menyatukan rakyat Malaysia di bawah satu identiti kebangsaan,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.