Menerusi satu perkongsian di Instagram, Jaden bukan sekadar muat naik gambar biasa, tapi turut menitipkan penghargaan yang cukup mendalam buat figura yang pernah menjadi mentornya itu.

“@jackiechan I Love You, You Changed My Life & Taught Me Things I Will Never Forget… I Could Never Be Who I Am Today Without You… You’re A Legend, An Icon And A Leader. Happy Birthday, See You Soon.” katanya.

Ayat tu jelas menunjukkan hubungan mereka bukan sekadar rakan set lakonan, tapi lebih kepada ikatan mentor dan anak didik yang terbina sejak penggambaran The Karate Kid pada tahun 2010.

Filem tersebut bukan saja melonjakkan nama Jaden sebagai pelakon muda, malah memperkenalkan chemistry yang cukup kuat antara dia dan Jackie Chan di layar perak. Sampai sekarang, ramai masih anggap mereka antara duo paling ikonik dalam filem martial arts moden.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jaden Smith (@c.syresmith)

Hubungan Jaden Smith dan Jackie Chan ini juga sering dijadikan contoh bagaimana satu projek filem boleh melahirkan hubungan yang lebih mendalam. Dalam dunia hiburan yang biasanya bersifat sementara, ikatan seperti ini jarang berlaku tetapi sangat dihargai oleh peminat.

Kenangan The Karate Kid Yang Masih Hidup

Menariknya, ramai peminat masih mengingati babak-babak latihan ikonik dalam filem tersebut daripada teknik “jacket on, jacket off” sehinggalah momen emosi antara guru dan pelajar. Semua ini menjadikan hubungan Jaden Smith dan Jackie Chan sesuatu yang sukar dilupakan.

Ads

Filem itu bukan sahaja memberi hiburan, tetapi juga menyampaikan nilai disiplin, kesabaran, dan hormat sesuatu yang jelas mempengaruhi perkembangan Jaden sebagai individu.

Hubungan rapat ini memang dah lama diketahui umum. Malah pada tahun 2024, Will Smith sendiri pernah beri tribute kepada Jackie Chan, mengakui pelakon itu memainkan peranan besar dalam membentuk Jaden ketika mereka berada di Beijing untuk penggambaran dulu.

Menurut Will, pengalaman tersebut bukan sekadar tentang lakonan, tetapi juga tentang kehidupan. Ini menjadikan kisah mereka lebih bermakna kerana ia melibatkan pertumbuhan peribadi, bukan sekadar kerjaya.

“You Changed My Life” – Jaden Smith Kongsi Momen Istimewa Bertemu Semula Jackie Chan

Ads

Jackie Chan dikenali sebagai seorang yang sangat berdisiplin dan berdedikasi. Nilai-nilai ini dipercayai banyak mempengaruhi Jaden dalam membentuk identiti dirinya sebagai artis dan individu.

Di ruangan komen, peminat terus “banjirkan” dengan reaksi penuh emosi. Ada yang throwback babak-babak dalam The Karate Kid, ada juga yang puji bagaimana hubungan mereka kekal kuat walaupun dah lebih satu dekad berlalu.

Ramai juga menyatakan bahawa hubungan Jaden Smith dan Jackie Chan ini memberi inspirasi kepada generasi muda tentang pentingnya menghargai mentor dalam kehidupan.

Untuk rekod, Jackie Chan terus aktif dalam industri dengan kemunculan filem baharu Karate Kid pada 2025 bersama Ralph Macchio, manakala Jaden pula berkembang sebagai artis serba boleh daripada lakonan ke muzik dengan lagu seperti Fallen dan Ritmo.

Ads

Kedua-duanya kini berada di fasa kerjaya yang berbeza, namun hubungan Jaden Smith dan Jackie Chan masih kekal utuh dan relevan dalam perhatian peminat seluruh dunia.

Bagi peminat, momen ini bukan sahaja mengimbau kenangan lama, tetapi juga mengingatkan bahawa di sebalik setiap filem hebat, ada hubungan manusia yang lebih bermakna di sebaliknya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads