
Khabar gembira buat peminat dunia hiburan tempatan apabila Biduanita Negara, Siti Nurhaliza berkongsi berita bahagia mengenai keluarga tercintanya.
Menerusi perkongsian di Instastory, penyanyi lagu popular Jerat Percintaan itu memaklumkan menantunya yang juga aktres jelita,
Izara Aishah, telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya dalam suasana penuh kegembiraan.Untuk rekod, Izara atau nama penuhnya Izara Aishah Hisham, 34, mendirikan rumah tangga dengan
Adib Khalid pada 17 November 2017. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina, 2 tahun.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti
Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.