Pelakon dan usahawan jelita, Izara Aishah turut terkesan dengan kes pembunuhan kejam yang melibatkan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan.
Menerusi ciapan di platform X, ibu kepada dua cahaya mata itu menzahirkan rasa berang dengan pelaku yang didakwa menyebabkan kematian mahasiswa tersebut.
“Banyak duit tapi bodoh, syirik, hilang maruah, habis duit.
“Tak lama lagi mati, bila mati kena seksa sampai dapat minta maaf dekat Zulfarhan,” ciapnya.
Ads
Kenyataan tersebut ditulis Izara sebagai respon terhadap ciapan seorang pengguna platform berkenaan tentang peguam berprofil tinggi yang dipercayai menjadi wakil salah seorang pelaku.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengguna terkejut dengan kenyataan Izara dan tidak menyangka dia akan selantang itu, namun tetap bersetuju dengannya.
“Terkejut buka posting Izara marah, tapi memang layak sangat dibodohkan mereka ini,” komen seorang pengguna X.
“Tahu tak apa, macam mana budak muda kaya pula tu percaya benda syirik. Terang-terang menipu,” komen lagi pengguna lain.
“Betul Izara! Garang lagi saya setuju,” jawab seorang lagi.
Terdahulu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan ke atas enam bekas UPNM yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.
Sebelum ini, keenam-enam tertuduh menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori manakala 12 lagi rakan mereka yang dipenjara tiga tahun dibenarkan untuk menggantung hukuman penjara dengan jaminan RM7,000 dikekalkan.
Ads
Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat di UPNM pada 21 dan 22 Mei 2017.
Dalam kejadian yang begitu menyayat hati itu, Zulfarhan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: X Izara Aishah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden menyayat hati sekali lagi menggemparkan negara apabila sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terkorban dalam satu kemalangan ngeri awal pagi ini.
Kemalangan tersebut berlaku di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan, melibatkan sebuah trak FRU yang membawa 15 anggota dan sebuah lori yang sarat dengan muatan batu.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon, kejadian itu berlaku sekitar jam 8.30 pagi.
“Setakat ini saya boleh mengesahkan bahawa lapan orang meninggal dunia dan operasi menyelamat masih dijalankan.
“Beberapa mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan, namun operasi masih diteruskan,” katanya ketika ditemui media.
Bagaimanapun, beberapa jam selepas kenyataan itu dikeluarkan, dua orang lagi anggota disahkan meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, menjadikan jumlah korban kini 10 orang.
Tragedi ini mengimbau kembali kenangan hitam tragedi kemalangan di Lebuhraya Karak pada tahun 1990 yang turut melibatkan anggota pasukan keselamatan.
Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat sukar ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Awani & Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pekerja kedai makan berjaya mencipta kejayaan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2023) dengan meraih 9A menerusi peperiksaan besar itu.
Menurut Said Syazwan Said Rosnizam, kehilangan bapa tercintanya pada dua tahun lalu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus belajar.
Malah, kepayahan ibunya yang mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga dengan bekerja sebagai kerani di sebuah bengkel kereta menjadi inspirasi untuk terus meraih keputusan cemerlang.
“Bila dapat keputusan, saya terus teringat arwah ayah, sedih sebab sewaktu masih hidup ayah banyak bagi motivasi dan inspirasi untuk teruskan belajar.
“Arwah ayah pun tahu saya dulu banyak main, tapi (pesanannya) suruh saya fokus waktu belajar dan dalam kelas. Kini saya bangga kerana dapat banggakan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gambang itu memaklumkan memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas antara rahsia kejayaan, selain bijak membahagikan masa.
“Di rumah saya kurang belajar, lebih banyak masa bermain dan bersama keluarga namun, bila di sekolah saya selalu 100 peratus fokus kepada apa yang cikgu ajar.
“Saya juga akan terus bertanya kepada guru sekiranya tidak faham,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berita yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba! Seramai 23 Sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) Malaysia yang ditahan rejim Israel kini sudah dibebaskan dan dalam perjalanan pulang ke tanah air.
Menurut laporan Harian Metro, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa kesemua sukarelawan tersebut akan menaiki pesawat khas ke Istanbul, Turkiye terlebih dahulu sebelum pulang ke Malaysia.
Transit Di Istanbul Sebelum Pulang Ke Malaysia
Menurut Anwar, para sukarelawan akan berada di Istanbul sekitar satu hingga satu setengah hari untuk pemeriksaan kesihatan.
DATUK Seri Anwar Ibrahim. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
Ini kerana mereka baru sahaja melalui pengalaman penuh tekanan, termasuk trauma akibat layanan zalim rejim Israel.
“Lebih baik mereka itu menginap di Istanbul sekitar satu atau satu setengah hari untuk siasatan kesihatan akibat trauma dan tekanan rejim zalim Israel dan saya setuju sebelum mereka dilepas pulang mungkin esok malam atau lusa (Selasa). Itu kita akan aturkan,” jelas Perdana Menteri melalui perkongsian di Facebook rasminya.
Keluarga & Rakyat Malaysia Menanti Kepulangan
Pembebasan ini bukan sahaja melegakan ahli keluarga yang sekian lama menunggu, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang sejak awal lagi mendoakan keselamatan sukarelawan GSF.
Ramai yang berkongsi rasa syukur di media sosial apabila berita ini diumumkan. Malah, nama-nama sukarelawan Malaysia ini dianggap sebagai wira negara kerana keberanian mereka menyertai misi membantu rakyat Palestin walaupun berdepan risiko besar.
Pengorbanan & Keberanian Sukarelawan GSF
Misi Global Sumud Flotilla (GSF) membawa mesej kemanusiaan untuk Palestin. Kehadiran rakyat Malaysia dalam misi ini membuktikan bahawa anak muda Malaysia tidak hanya berdiam diri, sebaliknya berani turun padang menentang kezaliman.
Walaupun mereka ditahan, keberanian ini menjadi inspirasi buat rakyat Malaysia lain, khususnya generasi muda.
Perjuangan Untuk Palestin Masih Belum Selesai
Selain berkongsi perkembangan mengenai pembebasan sukarelawan, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa usaha Malaysia melalui Pelan Damai Gaza akan terus diteruskan.
Ini membuktikan bahawa perjuangan membela rakyat Palestin bukan hanya di medan, tetapi juga melalui diplomasi dan solidariti antarabangsa.
Kepulangan 23 sukarelawan Malaysia ini dijangka paling awal esok malam atau selewat-lewatnya Selasa, selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Istanbul.
Semoga mereka semua kembali dengan selamat ke pangkuan keluarga dan rakyat Malaysia yang sentiasa menanti dengan penuh doa.
✨ Selamat pulang wira Malaysia. Terima kasih kerana berani berdiri bersama Palestin! 🇲🇾❤️🇵🇸
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.