Pengacara popular yang juga selaku mentor dan juri tetap Hero Dewi Remaja 2023, Scha Al-Yahya tampil mengulas keseluruhan prestasi finalis bagi episod satu.
Menurut Scha, dia sangat berpuas hati keseluruhan prestasi terutama semangat pasukan yang ada di antara finalis.
“Setakat minggu pertama ini, saya boleh lihat iaitu Azqa kerana dia ada kelebihan dari segi fizikal, dia cantik dan yakin. Saya harap dia sentiasa konsisten.
“Selain itu, saya harap sangat untuk tambah baik dengan lebih pantas ialah Cora, dia cantik tetapi saya boleh nampak dia pemalu sedikit. Saya sangat berharap dia boleh catch up.
“Untuk keseluruhan dari segi prestasi finalis, saya sangat gembira kerana saya nampak mereka ada semangat pasukan itu ada, namun individu itu ada dan saya harap lebih kuat untuk minggu yang akan datang,” katanya kepada Remaja.
Ads
Dalam pada itu, juara Dewi Remaja 2005/2006 itu turut berharap agar setiap finalis sudah mempunyai strategi tersendiri menerusi program ini.
“Saya harap mereka tahu ‘permainan’ sudah bermula. Pandai-pandailah mereka mengatur sendiri strategi supaya boleh nampak potensi.
“Ia kerana, kadang kala perkara yang limitasikan mereka dengan program ini adalah mereka tidak konsisten. Tetapi pada masa sama, saya nak lihat bakat juga,” tuturnya.
Scha juga berkesempatan menitipkan nasihat buat mereka agar mencari kekuatan yang ada pada diri supaya dapat menutupi kelemahan yang ada.
Ads
“Nasihat yang boleh saya beri untuk episod akan datang adalah perlu cari kekuatan kita di mana, kena tahu kita berbeza dari segi apa, kita kerja keras sedikir dengan kekuatan yang ada supaya kelemahan tidak nampak.
“Saya berharap kelemahan itu dapat ditutup dengan kelebihan yang mereka tahu, mereka ada. Ya, it’s time to shine,” ujarnya lagi.
Ads
Sekadar info, pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akan ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Beberapa minggu yang mencabar bagi sebahagian besar masyarakat di Malaysia dek bencana banjir besar di beberapa buah negeri telah membuatkan ramai tampil ke hadapan bagi menyantuni mangsa yang terlibat.
Terbaru, empat orang finalis pencarian Hero Remaja 2021 telah ke empat buat daerah di Pagang sempena misi Misi Khas Bantuan Banjir Pahang yang dikendalikan oleh Skuad Hero Muda Prihatin pada 5 Januari hingga 6 Januari 2022 lalu.
Ini termasuklah di daerah Chenor, Jerantut, Temerloh dan Mentakab.
Farhan Nordin (kanan) yang pernah menyertai misi sama pada bulan Disember lalu kali ini tampil bersama tiga rakan finalis lain iaitu Alif Haiqal, Aryan Naim dan Syazani Zainal. Sumber Foto : Skuad Hero Muda Prihatin
Empat finalis terlibat iaitu Alif Haiqal, Aryan Naim, Farhan Nordin dan Syazani Zainal telah menyertai lebih 30 orang sukarelawan lain yang tampil proaktif, turun padang dan menghulurkan bantuan pascabanjir
Misi ini juga secara tidak langsung adalah peluang terbaik bagi mereka yang terlibat untuk mengajak lebih ramai remaja serta belia tempatan untuk menyertai lebih banyak misi sedemikian rupa pada masa akan datang; atas niat keprihatinan dan semangat perpaduan masyarakat di negara ini.
Kongsi Penganjur Skuad Hero Muda Prihatin iaitu Waffiy Norazmi, selain meringkan bebanan mangsa; misi di Pahang yang disertai empat finalis tersebut sedikit-sebanyak menghiburkan wajah-wajah mereka yang berada di sana yang bergelar peminat finalis Hero Remaja 2021.
Bagi misi pertama Skuad Hero Muda Prihatin ini, mereka berjaya mengagihkan bag bantuan, dapur gas dan toto kepada lebih 20 buah rumah di empat buah daerah tersebut. Kongsi Waffiy, selepas ini mereka bakal meneruskan misi tersebut di lokasi berlainan termasuk ke negeri Kelantan dan Johor yang turut terkesan dengan bencana banjir.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di mana ada kemahuan, sememangnya ada jalan yang terbuka luas buat seseorang mengejar impian peribadi.
Begitulah yang berlaku kepada pempengaruh tempatan dan finalis pencarian Dewi Remaja 2025, Sharmaine Ilenna Rudy Alexander.
Gadis kelahiran Sabah yang lebih mesra dengan panggilan Sharmaine Alexander merupakan seorang mahasiswi jurusan perundangan yang baru sahaja menamatkan proses ‘Call To The Bar’ pada akhir Disember lalu sekaligus kini menggalas gelaran seorang peguam bertauliah.
Sharmaine, 25 memulakan perjalanannya dalam dunia perundangan selama setahun dalam program asasi di UiTM Dengkil sebelum kemudiannya menyambung pengajian selama empat tahun pada peringkat sarjana muda perundangan di UiTM Shah Alam.
Menarik untuk dikongsikan, pengajian peringkat sarjana muda itu telah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sabah memandangkan Sharmaine berjaya memperolehi biasiswa ‘Anak Cemerlang Sabah’.
Atas dorongan keluarga dan minat mendalamnya untuk mendalami dunia perundangan juga, Sharmaine kemudiannya menyambung pengajian selama setahun di peringkat sarjana sambil meneruskan proses chambering seperti yang dikehendaki oleh mana-mana calon peguam.
“Ramai ingat misi kita sebagai pelajar adalah untuk memperolehi biasiswa 100 peratus dan kita akan ‘selamat’. Tetapi cabaran sebenar adalah setelah mendapat biasiswa itu kerana saya tidak boleh gagal mana-mana subjek selama lapan semester berturut-turut.
“Selain itu, saya juga perlu kekalkan pointer 3.0 ke atas dan bukan mudah untuk melakukannya untuk tempoh empat tahun,” kongsinya ketika dihubungi oleh REMAJA.
Pemergian Ayah Hampir Robek Minat Belajar Sharmaine
Menurut Sharmaine lagi, cabaran terbesar sepanjang bergelar pelajar adalah apabila keluarganya kehilangan ayah tercinta pada tahun 2021 sewaktu dia sibuk meneruskan pelajaran di Shah Alam.
Kasih seorang ayah merupakan satu bentuk dorongan yang cukup penting buat Sharmaine memandangkan mendiang pernah bercita-cita untuk menjadi seorang peguam tetapi terpaksa melupakan impian itu disebabkan neneknya yang enggan berpisah dengan anak tercintanya itu.
“Mendiang ayah adalah seorang askar. Beliau memang teringin untuk lanjutkan pelajaran dan menjadi seorang peguam tetapi atas faktor keluarga, beliau akhirnya menyertai pasukan askar.
“Sudah ketentuan keluarga kami; biarpun ayah tidak dapat menjadi peguam tetapi keempat-empat orang anaknya bergelar peguam. Di akhir hayat ayah, ibulah yang menjaga beliau manakala saya pula sedang mengikuti online class. Ketika itu baru memasuki semester tiga dan saya hampir berhenti belajar kerana terlalu sedih. Sukar untuk saya cope. Saya tiba-tiba hilang minat untuk teruskan studies pada masa itu.”
“Mak sayalah yang meminta agar saya bersabar dan bertahan. Saya lihat mak saya yang sakit pada waktu itu masih kuat meneruskan kehidupan. beliau menginspirasikan saya terus belajar. Semua ini untuknya.”
‘Call To The Bar’ Ditemani Keluarga & Rakan Dewi Remaja
Buat followers tegar Sharmaine di media sosial, tentunya korang tahu mengenai keazaman gadis ini untuk meneruskan pengajian dan pada masa yang sama, mengejar punca pendapatan serta impian untuk bergelar seorang selebriti.
Benar, eksplorasi diri menerusi pencarian Dewi Remaja 2025 yang melabuhkan tirainya pada akhir November lalu memerlukan pengorbanan baik dari segi masa, tenaga, komitmen lain dan wang Ringgit.
Namun buat Sharmaine, semua peluang yang hadir pada usia 25 tahun ini tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Tambahan pula faktor umur boleh menjadi kekangan untuk menyertai program sebegini.
“Dewi Remaja banya mengajar saya untuk meningkatkan confidence level. Nak dijadikan cerita sewaktu kami sertai uji bakat lakonan baru-baru ini bersama Michael Ang, saya terkejut apabila tiada seorang pun daripada kami yang benar-benar nervous.
“Mungkin di situlah kelebihan yang kami perolehi hasil 3-4 bulan dilatih dalam Dewi Remaja. Kami sudah terbiasa berdepan dengan judgement. Lebih diuji lebih excited pula jadinya. (Ketawa). Saya kira Dewi Remaja banyak mengajar saya dari sudut itu,” katanya.
Ketika diraikan dalam acara ‘Call To The Bar’ baru-baru ini juga, Sharmaine tidak keseorangan apabila rakan-rakan Dewi Remaja lain seperti Elisa Chew, Ariana dan Nelysa Kay turut hadir untuk memberi sokongan.
“Mereka luangkan masa untuk saya… they are really like sisters to me. Selain mereka, kakak-kakak dan ibu saya juga ada. Kakak sulung mengucapkan terima kasih kerana tidak mudah putus asa dan beri peluang kepada ibu kami untuk melihat saya menjadi seorang peguam.
“Bagi kami adik-beradik, keutamaan adalah untuk mengejar masa membahagiakan ibu kami bersama,” kata pemenang kategori Dewi Favourite itu.
Kepada ‘Haters’ & ‘Followers’ Sharmaine…
Di akhir perbualan, kami bertanyakan sekiranya Sharmaine mempunyai apa-apa pesanan kepada pengikutnya yang sedang atau pernah berdepan dengan kepayahan hidup sewaktu zaman belajar.
“Walau apapun yang terjadi, teruskan sahaja. Take it day by day. Baru-baru ini, ruangan komen saya ditaburi netizen yang menuduh saya tidak pandai hanya kerana mereka mengenali saya menerusi Dewi Remaja.
“Walaupun orang tidak percayakan kepada saya, kita teruskan sahaja hingga ada result yang membuatkan orang itu boleh percayakan kebolehan kita.”
“Ya saya memasuki dunia hiburan atas dasar minat dan ingin membina kerjaya. Tetapi saya juga mempunyai sijil untuk menyertai semula ke bidang guaman. Ini masanya untuk saya kejar apa yang saya minat sejak dulu.
“Whatever your passion is, saya selalu katakan untuk pentingkan pelajaran terlebih dahulu. At the end of the day, kelayakan akademik tidak akan tinggalkan kita,” ujarnya yang kini sedang bercita-cita untuk meneruskan pengajian dalam bidang PhD pula sambil bergiat aktif sebagai seorang selebriti.
Ia selaras dengan janjinya kepada mendiang ayah untuk menamatkan pengajian PhD sebelum tiba usia 30 tahun. All the best Sharmaine Alexander!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Scha Alyahya, nama yang tidak asing lagi dalam keluarga pencarian Dewi Remaja dan Hero Remaja.
Selaku salah seorang mentor dan juri tetap di meja panel, Scha diberikan tanggungjawab untuk mengadili 12 orang para finalis Hero Remaja 2020 selama lebih 7 bulan ia berlangsung.
Tatkala ditemui pada malam finale, Khamis lalu, Scha menzahirkan perasaan gembira dan berpuas hati dengan kemenangan Nadhir Nasar sebagai Hero Remaja pada edisi kesepuluh ini dan bangga dengan prestasi kesemua 12 finalis yang bertanding.
Sejak peringkat ujibakat lagi, Scha sudah terang-terangan menyatakan bahawa rupa paras bukanlah kayu pengukur dalam pencarian seperti ini. Kesemua yang terpilih pun mempunyai kelebihan rupa paras.
Akhirnya, semua berbalik kepada potensi, bakat, keinginan dan kebolehan peserta yang diambil kira. Juara Dewi Remaja 2005/06 itu mengucapkan tahniah kepada Nadhir Nasar sejurus ditemui penulis selepas siaran langsung itu berakhir.
“Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan bersama finalis Hero Remaja 2020. Scha sangat-sangat happy dengan keputusan malam ini.
”Untuk makluman semua, pemarkahan dikira 30 peratus daripada apa yang mereka telah kecapi sepanjang 7 episod Hero Remaja 2020. Yang pentingnya adalah 70 peratus markah yang dikutip pada malam ini mengikut pretasi masing-masing,” jelasnya
Kesemua finalis bagi Scha telah memberikan prestasi yang bagus. Jika tak, tak adalah mereka di gelanggang akhir. Namun, adat pertandingan; finalis yang lebih outstanding, berpotensi dan paling bersedia untuk menghadapi cabaran industri seni punya kelebihan sebagai juara.
“Secara jujurnya, kami ada beberapa nama pilihan yang kita ‘target’ untuk menjadi juara, bukan hanya Nadhir saja. Tetapi seperti yang kita tonton tadi (malam Khamis), rezeki berpihak kepada Nadhir.
“He really is confident and calm tonight. Nadhir nampak begitu selesa dan yakin walaupun peserta lain memberikan tentangan yang hebat terutamanya dari Umar Hisham (Naib Juara). Cuma mungkin dari segu permarkahan 7 minggu sebelum ini, Nadhir berada lebih hadapan dengan kelebihan tersebut.”
Mentor dan juri tetap Hero Remaja ini sempat menitip nasihat untuk kesemua 12 orang finalis dan ia menjurus kepada cara mereka membawa diri selepas ini.
“Sepanjang berada dalam industri ini, Scha boleh rangkumkan bahawa looks can get you somewhere. Memang betul.
“Tapi apa yang boleh kekalkan anda dalam industri ialah intregriti.”
“Sama ada seseorang itu ada substance atau tidak, orang kagum dengan awak ke tidak. Macam mana anda membawa diri, macam mana ingin kembangkan diri dalam industri. Ini yang akan menentukan sama ada anda bertahan lama atau hilang begitu saja.
”Anda tidak boleh terlalu selesa. Jangan berhenti perbaiki diri, biarkan diri berevolusi selari dengan masa.
“Apapun, Scha sangat berpuas hati dan berbangga dengan prestasi edisi Hero Remaja 2020 kali ini. Tahniah kepada penganjur Majalah Remaja dan pasukan produksi,” akhiri beliau.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi kejayaan keputusan SPM 8A Ariana Deena yang membuktikan kekuatan doa, usaha keras, dan sokongan keluarga mampu mengubah cabaran menjadi kejayaan luar biasa.