Pelakon popular tanah air, Izara Aishah mengumumkan dirinya sedang berbadan dua dan dijangka bakal melahirkan cahaya mata keduanya itu pada Oktober depan.

Berita gembira itu dikongsikan bekas peserta Dewi Remaja  2009/10 itu dengan memuat naik beberapa keping foto menampakkan baby bump pada bahagian perutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lama-Lama Akan Rasa Kuat” -Izara Aishah ‘Share’ Tip Untuk Kekal Istiqamah Dalam Berhijab

“It’s Due Next Month” -Izara Aishah Sarat Hamil Cahaya Mata Kedua

“Here I’ll tell you. It’s due next month,” coretnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.

IKLAN

Menerusi pemerhatian Remaja, pelakon nakshah hit Ombak Rindu The Series itu dilihat menutup ruangan komen di akaun miliknya itu.

“It’s Due Next Month” -Izara Aishah Sarat Hamil Cahaya Mata Kedua

Terdahulu, warganet pernah mendakwa Izara sedang sarat mengandung. Ini kerana, mereka melihat foto yang dikongsikan oleh Tya Ariffin ketika seluruh ahli keluarga pergi bercuti bersama dan menghadiri majlis ilmu Ustaz Wadi Annuar.

IKLAN

Sekadar informasi, Izara mendirikan rumah tangga dengan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid pada 17 November 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia kini berusia 3 tahun.

IKLAN

“It’s Due Next Month” -Izara Aishah Sarat Hamil Cahaya Mata Kedua

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Izara Aishah


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI