Siapa kata kalau nak travel dan bercuti je kena pergi tempat yang mewah dan juah. Apa yang penting kena pandai plansupaya tak ter'over' budget. Walaupun tak ke Maldives, baru-baru in seorang hijabi dengan nama Meeraleana di laman sosialnya kongsi sebuah kepulauan kecil di Bintan, Indonesia yang katanya keadaan pulau ini seakan di Maldives. Serius la!
Ini perkongsian beliau,
Meeraleana bercuti bersama 3 orang temannya yang bagi 2 hari 1 malam untuk destinasi Batam dan juga Bintan. Beliau juga berkongsikan gambar-gambar menarik dan mendapat banyak reaksi dan perkongsian daripada warganet kerana terpegun akan kecantikan pulau-pulau tersebut. Makin ramai la yang nak datang.
Itinerary Ke Batam Dan Bintan, Indonesia
#Hari Pertama
Terminat Feri Stulang – Batam Centre
Pada hari pertama, mereka telah bertolak dari rumah pada jam 6.45 pagi dan sampai kat Terminal feri Stulang pukul 7.15pagi. Untuk pengetahuan, kaunter feri di termina tersebut dibuka seawal jam 6 pagi. Tiket feri boleh dibeli melalui pembelian online atau beli di kaunter terminat terus. Mereka membuat keputusan membeli tiket feri terus dikaunter sahaja. Perjalanan pertama atau first trip adalah pada jam 7.15 pagi dan perjalanan seterusnya adalah setiap 45minit. Mereka memilih untuk naik trip pada pukul 8 pagi. Perjalanan dari terminal Stulang ke Batam Centre makan masa 2jam.
Untuk ke Batam, anda mempunyai 2 pilihan sama ada bergerak daripada Pasir Gudang (sejam setengah perjalanan) atau daripada Singapore (sejam perjalanan). Buat keputusan mengikut lokasi anda. Sampai di Batam Centre, terus beli simkad untuk book Grab. Tetapi area terminal, Grab tidak dibenarkan masuk so terpaksa naik teksi.
Batam Centre – Jeti Tanjung Uban (Bintan)
Lepas check in hotel di Batam dan letak barang-barang, mereka deal dengan supir tersebut untuk hantar ke jeti sebab nak terus ke Bintan & singgah lunch makan ayam penyet. Nak beli tiket ke Bintan pun make sure ambil jeti Tanjung Uban. Naik speedboat mahal sikit tapi cepat, 15 minit je. Feri ambil masa perjalanan dalam sejam.
Jeti Tanjung Uban – Lagoi Bay + Treasure Bay
Ads
Sampai je di jeti Tanjung Uban, cari teksi untuk ke Lagoi Bay. Kat Bintan ni pun memang takde Grab. Standard price one way jeti – Lagoi Bay lebih kurang Rupiah 250,000 (RM73). Nego sikit dengan supir tu dapatlah 450,000 (RM13) untuk return price. Entrance fee untuk Treasure Bay Lagoi pun beli dengan dia (supir) murah, 100,000 termasuk main slide. Kalau kat kaunter 120k tak termasuk slide.
Tak cukup masa di Treasure Bay ni sebab sampai pun dah pukul 2 petang. Pada pukul 4.30 petang supir dah nak pickup sebab takut takde boat nak balik ke Batam. Last boat 5.30 petang atau 6 petang depends passenger ramai ke tak. So sejam mandi, sejam bergambar Tapi sempat jugak lah mandi-mandi, main slide dan see through canoe. Actually kena bayar mahal untuk main canoe tu. Semua mainan RM100++ each Dia cakap sebab dekat dengan Singapore. Tapi staff yg jaga tu baik. Mereka mintak ambil gambar je tapi dia bagi naik free canoe tersebut.
Pada 4.30 petang supir pickup & hantar ke jeti Tanjung Uban. Sampai di Batam, dari jeti ambil supir lain untuk hantar ke restoran seafood. Mintak dia hantar kat restoran Kelong tapi dia hantar ke Golden Prawn 555. Makanan yang disediakan dengan harga berpatutan dan sedap. Senibong lagi sedap.
Hari pertama habiskan masa di pulau Bintan sahaja. Disinilah terletakkan kolam atau Lagoonterbesar dan air birunya sangat cantik kayakkan sama seperti di Maldives gitu. Tengok sahajalah gambarnya. Untuk aktivi lain di Bintang, anda boleh rujuk sini
Perbelanjaan Hari Pertama
Return ticket jeti Stulang-Batam-Stulang : RM131/pax
Parking kereta : RM9
Evitel Hotel : RM203/3
Simkad : 95k rp/2
Teksi from terminal to hotel : 40k rp/3
Lunch set ayam penyet : 20k rp/pax
Teksi from hotel to jeti : 100k rp/3
Ads
Speedboat to Tanjung Uban : 53k rp/pax
Teksi to Treasure Bay return price : 450k rp/3
Entrance fee Treasure Bay : 100k rp/pax
Speedboat to Batam : 47k rp/pax
Teksi to Golden Prawn: 120k rp/3
Dinner at Golden Prawn : 421k rp/3
#Hari Kedua
Hotel – Tebing Langit
Hari kedua hanya berada di pulau Batam sahaja. Lepas breakfast di hotel, book Grab ke Tebing Langit, keadaan tempatnya seperti di Jogjakarta. Ada rumah Hobbit, tikar terbang (tapi kena bayar harga lain). Nak naik sini kena hiking sikit tapi tak tinggi mana pun. Cuma kena hati2 sebab safety sini agak teruk. Scary jugak la dan gayat panjat atas tu.
Tebing Langit, Balerang Bridge Masjid Chen Ho
Ads
Lepas bergambar apa yang patut, still pakai supir yang sama. Deal dengan dia untuk bawa pusing-pusing Batam. Dari Tebing Langit kitorang ke Balerang bridge, Masjid Chen Ho, singgah beli kek lapis dan direct ke terminal feri untuk balik Johor Bharu.
Perbelanjaan Hari Kedua
Grab from hotel to Tebing Langit : 50k rp/3
Entrance fee Tebing Langit : 10k rp/pax
Tour Batam half day : 250k rp/3
Kek lapis : 250k rp
Seaport tax : 100k rp/pax
Jumlah Perbelanjaan
Cash bawa 1juta rupiah = Lebih kurang RM300
Total all in : RM529
Nota Kaki
Please take note tak semua tempat di Batam ni yang Grab boleh masuk. Antaranya Nagoya Hill, terminal feri & Balerang Bridge.
Kalau ada budget lebih, please stay di Bintan & try watersport di Treasure Bay. Sumpah cool gila! Ada bumper boat, water tricycle, water stand-up paddle, inflatable kayak, water ZOVB, the Jetovator, cable ski, slip and slide and more. Scooter & ATV pun ada. Macam2 lah. Standby je duit banyak 2 ke 3 ribu ringgit sebab semua ride mahal
Kalau dah stay kat Bintan pulak, please spend 1 day untuk tour banyak tempat-tempat best kat Bintan. Banyak instagrammable spot kat Bintan ni – Bukit Pasir Busung, Danau Biru, Pantai Trikora & Patung Seribu Wajah.
Please standby 100k rp untuk seaport tax dari Batam ke Stulang. Seaport tax ni wajib ye. Kat Stulang tak kena bayar. Kat Batam je kena. Jangan shopping sampai licin duit & lupa asingkan seaport tax
Tips
Booking penginapan korang guna Airbnb lebih murah dan jimat. Selalunya akan complete sebuah rumah siap ada kitchen, senang korang nak masak. Tekan link sini untuk register Airbnb. So apa tunggu lagi. Jom!
sumber : instagram meeraleana
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejurus selesai dengan majlis konvokesyennya pada sebelah pagi semalam, anak kepada pengasas produk Jamu Mak Dara, Halimah Shuib yang lebih mesra dengan panggilan Ibu Halimah telah memaklumkan bahawa ibunya itu telah meninggal dunia kira-kira jam 8.40 malam tadi.
Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali aka Habib yang juga merupakan Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn Bhd berkata, ibunya yang juga merupakan ikon perniagaan tempatan itu menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang tidur.
Jenazah dijadualkan dikebumi pada jam 9.00 pagi tadi di Tanah Perkuburan islam Rengit, Batu Pahat, Johor.
Kongsi Habib kepada Media Hiburan, kali terakhir Habib menemui ibunya itu adalah pada dua hari lalu. Bagaimanapun, Habib sempat berhubungan dengan ibunya selepas majlis konvokesyen semalam.
“Pagi Ahad, saya ada hantar video majlis konvokesyen saya kepadanya. Dia panjatkan rasa syukur atas kejayaan itu dan sifatkan saya sebagai anak yang baik.
“Malah ketika berkongsi mengenai majlis graduasi itu di media sosial, saya ada dedikasikan kejayaan itu kepadanya. Tapi hari yang sama dia telah pulang ke rahmatullah,” katanya.
Menerusi hantaran di TikTok yang dimuat naik semula ke akaun Instagram Habib, beliau mencatatkan bahawa kejayaan ini adalah berkat doa daripada Allahyarhamah Ibu Halimah sepanjang hidupnya.
“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih pada ibuku yang melahirkan aku dan sentiasa doakan aku berjaya dalam hidup ini.
“Sekarang tugasku adalah untuk kongsi pengalaman kehidupan manusian dengan yang lain yang memerlukan.”
Dalam pada itu, Habib menyifatkan dirinya dan adik-beradik lain redha dengan pemergian ibu mereka dan berterima kasih di atas doa yang dititipkan oleh orang ramai.
Untuk pengetahuan, Allahyarhamah semasa hayatnya dikenali sebagai seorang yang ramah, tidak boleh duduk diam dan sentiasa tampil positif.
Beliau yang pernah bergelar Ratu Kebaya sebanyak 14 kali percaya bahawa kejelitaan seorang wanita tidak harus bergantung kepada alat solekan semata-mata. Sebaliknya, kecantikan yang sebenar datang dari dalam diri.
Pada tahun 2011, kisah hidup Allahyarhamah pernah dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) dalam persembahan teater bernama Teater Mak Dara Nyonya. Ia menampilkan nama-nama besar sepeti Misha Omar, Sarimah Ibrahim, Khatijah Tan, Fara Fauzana, Juhara Ayob dan Sherry Al-Hadad.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah beberapa hari berteka-teki, akhirnya predisen ke-46 Amerika Syarikat telah pun diumumkan. Joe Biden yang mewakili parti Demokrat telah berjaya mengalahkan Donald Trump medahului sebanyak lebih 73 juta undian setakat ini.
Menurut laporan BBC news, seiring dengan kejayaan ini Biden merupakan presiden paling tua yang akan mengangkat sumpah dalam sejarah presiden negara kuasa besar dunia itu. Dia juga berjaya menyekat Trump yang hanya mampu bertahan selama sepenggal pemerintahan sahaja.
Dalam kenyataan ringkas seperti yang ditulis The New York Times, Biden meminta untuk mengembalikan perpaduan dan juga memperbetulkan keadaan. “Dengan kempen berakhir, sudah waktunya untuk meletakkan kemarahan dan retorik keras di belakang kita dan bersatu sebagai sebuah negara,” katanya.
Jelasnya lagi, “Sudah tiba masanya Amerika bersatu dan bersedia untuk sembuh. Kami adalah Amerika Syarikat. Dan tidak ada apa yang tidak dapat kita lakukan, jika kita melakukannya bersama-sama.”
Biden sebelum ini pernah bergelar naib presiden Amerika Syarikat kepada presiden Barrack Obama selama dua penggal dari tahun 2009 ke 2017.
Sumber: BBCnews & The New York Times
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu pembukaan semula sidang parlimen sejak Isnin lalu serta-merta menjadi bualan rakyat sepanjang empat hari ia berlangsung.
Mana yang baik dipuji, mana yang kurang disenangi... hhm korang pandai-pandailah habiskan ayat itu.
Pelbagai aspek melibatkan kepentingan masyarakat dan negara telah dibincangkan dan dibahaskan. Kebanyakan topik – seperti dijangka – berkisarkan keadaan pandemik COVID-19 di negara kita yang jujurnya masih mempunyai ‘loophole’ dari segi perlaksanaan pelan menentang wabak ini.
Contohnya, mengenai perlaksanaan Ordinan Darurat di Malaysia pada tahun ini. Ada yang bersetuju, ada juga yang bertanyakan apakah impak perlaksanaannya kepada Malaysia?
Tahu-tahu saja pada Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa 21 Julai lalu.
Aik, tak tahu pun! Ingatkan Malaysia masih berstatuskan darurat hingga ke hari ini.
Pembatalan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen ini bukan saja telah mengejutkan rakyat. Bahkan, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menzahirkan rasa dukacita apabila semua Ordinan Darurat yang telah dimasyurkan itu dibatalkan dengan cara membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka sebagai Ketua Negara; yang bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri berdasarkan Perkara 40 (1) Perlembagaan.
Uh-oh, kira kantoi lah di situ ya?
Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara iaitu Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin pada hari ini, ia berbunyi, “Perkara 150 (2B) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka Baginda.
“(Justeru) Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa kenyataan Yang Berhormat Menteri di Parlimen pada 26 Julai 2021 adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat.”
Bukan hanya ahli Dewan Raykat saja yang keliru, rasanya seluruh rakyat Malaysia pada waktu ini juga keliru sama ada kita masih dalam perintah Darurat atapun tidak sebenarnya?
Mengikut kata-kata Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Azhar Azizan Harun kelmarin, Takiyuddin dijadualkan memberi penjelasan pada Isnin minggu hadapan. Namun, ia ditentang oleh pihak pembangkang yang menyoal mengapa perlu bazirkan masa dan percanggahan makluman ini harus dijelaskan segera.
Di samping itu, kenyataan dari Istana Negara juga menyampaikan hasrat Seri Paduka agar ahli parlimen memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara pada sesi sidang Parlimen; terutamanya untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi semasa krisis pandemik sekarang.
Kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara ini telah menyebabkan sidang parlimen ditangguhkan pada hari ini hingga jam 2.30 petang ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.