
Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini memilih untuk tidak melatah apabila namanya dikaitkan dengan kontroversi tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta yang difailkan oleh suami kepada pelakon, Datin Intan Najuwa.
Rizman berkata, dia menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada proses perundangan dan enggan memberikan sebarang komen selagi prosiding mahkamah masih berjalan.
Menurutnya, isu berkenaan mempunyai dua sudut pandang dan secara peribadi, dia menghormati proses undang-undang yang sedang berlangsung.
Rizman berkata demikian ketika ditemui pada Pertunjukan Fesyen Raya Rizman Ruzaini 2026 yang berlangsung di sebuah hotel.
Bagaimanapun, Rizman memaklumkan dia bersedia untuk memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut pada masa yang bersesuaian selepas kes berkenaan selesai sepenuhnya.
“Apabila tiba masanya nanti, saya sendiri akan bercerita. Buat masa ini, saya memilih untuk tidak cepat melatah dan menunggu proses ini diselesaikan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Rizman menegaskan isu berkenaan tidak menjejaskan reputasi jenama
Rizman Ruzainiyang telah bertapak lebih dua dekad dalam industri fesyen tanah air.Sementara itu, rakan kongsinya, Ruzaini pula mengambil pendekatan terbuka terhadap kritikan dan pandangan sinis segelintir pihak berhubung isu berkenaan.
Terdahulu, Intan Najuwa mendedahkan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, memenangi kes saman terhadap Rizman Ruzaini berkaitan tuntutan bayaran semula pinjaman berjumlah RM1.3 juta.
Pendedahan tersebut dibuat menerusi hantaran di laman Instagram miliknya dengan memuat naik dokumen penghakiman Mahkamah Tinggi selepas hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri bagi menghormati proses undang-undang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.