Isu tatu Iman Kamil terus menjadi perhatian ramai selepas mendapat teguran terbuka daripada Dekan Fakulti Pengajian Islam, Dr. Izhar.
Sebelum ini, Iman Kamil mencetuskan perbincangan hangat di media sosial apabila mengakui dia telah mencacah tatu pada lengan kirinya. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, dia menjelaskan tatu tersebut bukan sekadar hiasan, sebaliknya membawa makna tersendiri berdasarkan pengalaman hidup yang pernah dilaluinya.
Perkongsian tersebut dengan cepat menarik perhatian netizen dan mencetuskan pelbagai reaksi. Ada yang melihatnya sebagai bentuk ekspresi diri, manakala sebahagian lain menegaskan bahawa tindakan itu bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Teguran Tegas Tentang Hukum Tatu
Dr. Izhar tampil memberikan pandangan tegas berhubung perkara ini. Menurut beliau, perbuatan mencacah tatu adalah haram dalam Islam dan tidak boleh dijadikan medium untuk meluahkan emosi atau pengalaman hidup.
“Dosa itu adalah aib kita yang tidak perlu diuar-uarkan kepada khalayak apatah lagi dizahirkan menerusi tatu pada tubuh. Apapun alasan, tatu adalah haram dan wajib dibuang setelah bertaubat. Kalau sakit, jumpa doktor atau pakar jiwa bagi merawat masalah, bukan buat benda haram,” jelasnya.
Kenyataan ini menguatkan lagi perspektif agama dalam isu tatu Iman Kamil, sekali gus memberi peringatan kepada masyarakat tentang batas yang perlu dijaga.
Ads
Tambah Dr. Izhar lagi, individu yang sudah bertatu dan mempunyai kemampuan kewangan perlu berusaha untuk menghapuskan tatu tersebut melalui rawatan yang betul. Walaupun kos rawatan mungkin tinggi, usaha itu dianggap sebagai tanggungjawab selepas bertaubat.
Dalam konteks ini, perkara ini menjadi salah satu fokus utama perbincangan apabila ramai mula bertanya tentang langkah seterusnya bagi individu yang sudah melakukan tatu.
Dalam masa sama, Dr. Izhar turut menjelaskan bahawa bagi mereka yang tidak berkemampuan, keuzuran itu boleh diterima. Namun begitu, usaha untuk menghilangkan tatu tetap perlu ada.
Ads
“Jika seseorang itu tidak berkemampuan, maka keuzuran itu diterima namun dia perlu berusaha menabung untuk menghilangkan tatu pada tubuhnya pada masa akan datang,” katanya lagi.
Penjelasan ini memberikan keseimbangan dalam melihat isu tatu Iman Kamil, di mana faktor kemampuan juga diambil kira tanpa mengabaikan tuntutan agama.
Elak Tatu, Pilihan Paling Selamat
Menurut beliau, mengelakkan diri daripada bertatu adalah pilihan paling selamat. Ia bukan sahaja mematuhi tuntutan agama, malah dapat mengelakkan pembaziran wang untuk rawatan membuang tatu selepas bertaubat.
Ads
Perkongsian ini sekali lagi membuka ruang perbincangan dalam kalangan masyarakat, khususnya tentang batas antara kebebasan ekspresi diri dan hukum agama dalam kehidupan moden hari ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lagi permata seni tanah air telah meninggalkan kita….
Hari ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelakon veteran iaitu Badrul Muhayat yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 55 tahun.
Berita duka itu disampaikan oleh pelakon Anne Abdullah menerusi sebuah hantaran di platform Facebook miliknya.
“Assalammualaikum saya nak maklumkan yang Badrul Muhayat dah meninggal dunia di homestay Penang. Al-Fatihah,” coretnya ringkas.
Menerusi entri Instagram pula, Anne juga ada memuat naik hantaran yang memaklumkan bahawa pelakon veteran berkenaan telah meninggal dunia.
Sekadar info, Badrul Muhayat atau nama penuhnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani dilahirkan pada 18 April 1968 dan merupakan bekas peserta Hero Remaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Facebook & Instagram Anne Abdullah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Konsert Gegar Vaganza (GV11) minggu kedua baru-baru ini sekali lagi menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan dan kesemua peserta layak ke minggu seterusnya.
Menerusi tema ‘Sama-Sama Naik’, bintang GV, Liza Aziz sekali lagi berjaya menduduki tangga pertama menerusi lagu ‘Wajah Siapa Dihatimu’ nyanyian asal oleh Azlina Aziz.
Selain itu, Dyrga Dadali turut kekal mendapat tempat kedua menerusi lagu Aishiteru dengan markah sebanyak 69.10%, sementara Sheila Abdull naik ke tangga ketiga (66.30%) selepas membawakan lagu nyanyian asal Mila Jirin ‘Persis Mutiara’.
Dalam pada itu, dua peserta GV11 iaitu The Lima dan Ning Baizura berkongsi markah 64.90% dan berjaya mendapat kedudukan di tempat keempat dan kelima dalam persembahan yang berlangsung di Auditorium MBSA, pada malam Ahad.
Bagi penyanyi Ronnie Hussein (48.40%) dan Arrora Salwa (46.00%) melalui saat mendebarkan hampir tersingkir apabila berada di tangga dua terbawah.
Sementara itu, untuk minggu ketiga, para peserta mendapat cabaran menerusi tema ‘Ceritera’ dimana mereka harus menyanyikan lagu yang berkait rapat dengan kisah perjalanan hidup mereka.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Seth didiagnosis mengalami autisme tahap satu. Doakan untuk Seth dan keluarga kami.” katanya.
Reda dengan ketentuan Ilahi, Shila bersyukur dan lega apabila dapat merawat anaknya yang mengalami sindrom itu pada usianya yang sekarang.
“Doktor sarankan untuk Seth menjalani terapi dan dihantar ke sekolah kanak-kanak autism.
“Jadi bila dah sah, senang kita nak tahu apa yang boleh buat dan tidak. Doakan supaya Seth boleh membesar dan belajar dengan baik,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Seth adalah anak hasil daripada perkahwinan Shila dengan Haris Edraki pada 2018, namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 2022.
Shila kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial, Ubai pada 5 Ogos tahun lalu. Mereka baru saja dikurniakan seorang anak perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Orang ramai termasuk pempengaruh media sosial dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri berhubung isu membabitkan etnik Rohingya, termasuk berkaitan lokasi penempatan mereka.
Sebaliknya, Pengarah Jabatan...