Selama ini rakyat cukup muak dengan karenah warga tempatan yang selalu mahu mengalibabakan apa saja projek diperoleh kepada warga asing. Asal untung banyak, tak kisah “gadaikan negara pun” kerana mereka tahu warga asing sanggup membayar berapa saja jumlahnya asalkan mereka dapat berniaga, menyewa rumah dan sebagainya.
Kalau tidak tidaklah timbul isu tapak bazar Ramadan, projek, permit kedai dan sebagainya yang dilihat dimonopoli oleh warga asing yang kini mencecah 7 juta orang di mana 5 juta darinya adalah pendatang tanpa izin.
Mungkin sudah lama faham dan tahu masalah yang melanda khususnya masalah kepada golongan muda yang baru berkahwin untuk memiliki dan menduduki rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) terbaru, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamarudin memberi tempoh selama tiga bulan bermula hari ini bagi pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) mengosongkan rumah mereka yang disewa warga asing.
Menteri KPKT beri masa tiga bulan kosongkan rumah atau berdepan penalti dan tindakan dari kerajaan kepada yang menyewakan rumah pada warga asingSikap tamak penghuni yang mahu untung banyak dengan sewakan kepada warga asing sudah lama berleluasa
Beliau berkata, sekiranya pemilik gagal mengosongkan premis berkenaan dalam tempoh tersebut, tindakan pengusiran terhadap penyewa warga asing itu akan dikuatkuasakan dan pemilik bakal berdepan dengan penalti dan hak pemilikan rumah ditarik balik.
“Tindakan ini diambil adalah bagi memastikan tiada lagi warga asing menduduki rumah PPR dan ini akan dimulakan dengan rumah yang di bawah jagaan KPKT dan seterusnya kita akan bergerak kepada sektor-sektor yang lain,” katanya dalam sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini.
Ads
Katanya penguatkuasaan tersebut dilakukan dalam memastikan rakyat tempatan diberi keutamaan untuk mendapatkan rumah selain isu-isu sosial yang sering ditimbulkan oleh warga asing yang menduduki kawasan rumah terbabit.
“Kita juga mahu mengawal selia isu harga sewa di kawasan berkenaan yang mana kita tahu kebanyakan warga asing akan menawarkan kadar yang lebih tinggi berbanding rakyat tempatan,” katanya.
Ads
Banyak rumah PPR dibina oleh kerajaan untuk golongan berpendapatan sederhana tetapi malangnya ramai yang mengaut untung begitu saja. Gambar hiasanWarga asing menyewa rumah PPR sudah lama berleluasa dan kini tindakan tegas akan dilakukan
Zuraida dalam pada itu berkata KPKT akan mengkaji semula pelbagai aspek perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) termasuk prosedur operasi standard sedia ada dan memberi perhatian keadaan semasa fasiliti JBPM termasuk kenderaan, pili bomba dan peralatan menyelamat.
“Kita juga akan memberi fokus kepada kebajikan anggota JBPM di seluruh Malaysia terutamanya dari segi pendidikan anak-anak anggota, kebajikan bekas anggota dan balu akan dikaji semula serta akan membincangkan isu elaun kritikal anggota yang akan diselaraskan dengan keadaan ekonomi semasa,”katanya.
Ads
Menteri tersebut turut memaklumkan bahawa beliau akan berangkat ke Vilnius, Lithuania pada hari ini untuk menghadiri Himpunan Pemimpin Wanita Dunia.
Katanya menerusi platform tersebut KPKT akan menerajui pemberdayaan wanita melalui komuniti dengan memperkenalkan Titik Tumpuan Gender yang akan mengarusperdanakan kesaksamaan gender dalam kementerian, kerajaan tempatan dan juga masyarakat.
Ini selaras dengan Deklarasi Beijing dan Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita yang telah ditandatangani dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia sebelum ini serta selaras dengan tuntutan daripada Wanita Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi melaksanakan pemberdayaan wanita dalam masyarakat, katanya.– Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sepanjang PKP berlangsung tempoh hari, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga dibenarkan melakukan akad nikah secara online.
Walau bagaimanapun, hal ini mungkin terhad kepada pasangan yang sudah menyediakan segala persiapan dan hanya menunggu tarikh nikah sahaja. Bagi mereka yang belum berkursus kahwin, bakal pengantin tidak boleh untuk melangsungkan pernikahan.
Namun begitu, baru-baru ini, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini telah memperkenalkan sebuah platform digital dinamakan MyBahagia, dimana ia berfungsi sebagai sebuah platform kursus pra-perkahwinan secara atas-talian.
Melalui MyBahagia, ia menyertakan sebanyak 11 modul pra-perkahwinan mengikut garis panduan Jakim, dan memperlihatkan contoh alternatif kursus praperkahwinan yang biasanya dikendalikan secara bersemuka.
Dengan era norma baharu yang lebih memfokuskan gaya hidup digital dan pengalaman jarak sosial, langkah pengenalan MyBahagia ini dijangka akan membantu mereka yang akan berkahwin untuk mengikuti kursus pra-perkahwinan secara atas-talian.
Seperti pembelajaran atas-talian yang lain, MyBahagia turut membolehkan pengguna log masuk dan mengikuti kursus pra-perkahwinan mengikut keselesaan masa mereka.
MyBahagia ini aka ditawarkan kepada semua bermula 13 Jun ini, dimana ia boleh didaftar pada bayaran RM30 untuk seorang. Pengguna akan memerlukan data sekitar 1GB untuk mengikuti kursus selama 11 jam melalui laman berkenaan
Moga info ini berguna dan bermanfaat buat bakal pengantin semua!
Boleh dikatakan apa sahaja makanan yang viral di Korea akan menjadi kegilaan dan ikutan masyarakat di negara kita.
Fuh, Hebat penangan k-pop ni!
Baru-baru ini viral di laman media sosial dengan ‘penangan’ roti korean cheesy garlic bread. Ramai yang kecewa juga bila roti ini selalu out of stok kerana permintaan yang terlalu banyak.
So, kali ini apa kata kita try buat sendiri Korean Cheesy Garlic Bread ni.
Ini resepi dari Amanda Tan yang dikongsikan dalam group Resepi Air Fryer [Malaysia]
RESEPI KOREAN CHEESY GARLIC BREAD
Korean Cheesy Garlic Bread adalah makanan jalanan Korea yang sangat popular. Dengan adunan keju dan sos mentega, ia sangat enak dimakan bila bila masa sahaja. Tak perlu ke Korea untuk menikmatinya. Jom saya kongsikan cara cepat untuk menyediakannya. Selamat mencuba.
NOTA KAKI:
1. Model : Air Fryer Philips HD9216
2. Panaskan dahulu AF pada suhu 180°C selama 5min.
3. Loyang digunakan saiz 6 inchi. Boleh beli di kedai online. Carikan Accessory Air Fryer.
4. Boleh guna pinggan besi yang dijual dikedai Eco.
5. Boleh juga campur sos cili kedalam adunan cheese jika nak rasa yang pedas.
6. Boleh simpan dalam peti sejuk. Panaskan balik keesokan hari.
7. Resepi ini sesuai untuk pengguna ketuhar. Bakar ikut masa tapi kena kerap pantau . Boleh tambah suhu / masa ikut ketuhar.
8. Saya gunakan roti bun yang sedia dijual dikedai. Boleh guna bun biasa, bun kismis, bun wholemeal dan lain lain.
BAHAN BAHAN
Inti
100g Cream Cheese
30ml Whipping Cream
2 sudu besar Madu
Sos
100g Mentega
1 labu Bawang Putih dicincang
2 sudu besar Herba Parsley Kering
2 sudu besar Keju Parmesan
1 biji Telur
Cara Penyediaan setiap bahan:
1. Potong roti bun ke 6 bahagian . Tanpa potong putus dibawah. Ketepikan.
Cairkan mentega pada api kecil / sederhana. Tutup api.
Masukkan bawang putih cincang dan herba parsley kering. Gaul sehingga mentega agak sejuk.
Bila mentega sedikit sejuk, baru masukkan telur dan keju Parmesan. Gaul sebati. Ketepikan. Jangan masukkan telur bila mentega masih panas nanti terjadi pulak telur goreng.
Ramai peniaga kecil / perusahaan mikro merasakan kesan ekonomi akibat wabak COVID-19. Jika diperhatikan di media sosial sudah banyak premis ditutup kerana tekanan ekonomi. Di sebalik wabak ini sudah menjadi pandemik iaitu tersebar ke seluruh dunia, ia memberikan kesan kepada semua individu..
Dalam pada itu, kerajaan terus prihati dengan nasib para peniaga apabila memperkenalkan pinjaman tanpa faedah di bawah BSN Micro-I Kredit Prihatin. Jadi rebutlah peluang ini dan tak payah jumpa AhLong pun. Nanti tak pasal-pasal kena ugut atau rumah disimbah cat merah kalau tak bayar hutang dengan faedahnya sekali. Ini pinjaman tanpa faedah ya, janji korang bayar. Tak adalah bank buru nanti!
Ini cara korang nak mohon ya.
Bagaimana untuk memohon pinjaman mikro tanpa faedah?
BSN Micro-i Kredit Prihatin ialah skim pembiayaan mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19.
1. Apakah BSN Micro-i Kredit Prihatin? BSN Micro/i Kredit Prihatin ialah skim pembiayaan / pinjaman mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19.
2. Siapakah yang layak untuk memohon BSN Micro-i Kredit Prihatin? Usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah : Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
Perusahaan Mikro – Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd
Dimiliki oleh Warganegara Malaysia
Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan
3. Apakah jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon BSN Micro-i Kredit Prihatin? Terbuka kepada semua sektor perniagaan.
4. Berapakah amaun pembiayaan / pinjaman yang ditawarkan di bawah BSN Micro-i Kredit Prihatin? Maksimum sehingga RM75,000
5.Berapa lama tempoh pembiayaan / pinjaman BSN Micro-i Kredit Prihatin? Antara 1 hingga 5.5 tahun
6. Apakah keistimewaan BSN Micro-i Kredit Prihatin? Keistimewaan BSN Micro/i Kredit Prihatin adalah moratorium 6 bulan ke atas pembayaran ansuran bulanan.
7. Berapakah kadar keuntungan / faedah bagi BSN Micro-i Kredit Prihatin? 0%
8. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan? Dokumen sokongan yang diperlukan adalah : Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi
Penyata Akaun Bank Syarikat untuk 3 bulan terkini
Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank
9. Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk kelulusan permohonan? 6 hari bekerja selepas borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap diterima
10. Bilakah tarikh akhir permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin? Sehingga 31 Disember 2020
11. Adakah pihak Bank memerlukan sebarang cagaran daripada pelanggan memandangkan bayaran ansuran bulanan akan berlaku pada bulan ke-7 selepas pengeluaran penuh pembiayaan / pinjaman dilakukan? Tiada cagaran diperlukan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.