Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran penulis awal pagi tadi apabila jenama penjagaan diri Sephora ‘hangat’ di media sosial dan portal online
Tidak, tiada kebakaran yang berlaku di mana-mana cawangan Sephora Malaysia. CEO Sephora, Christopher de Lapuente juga masih sihat walafiat. Apa yang mengejutkan peminat Sephora adalah kes pengklonan identiti mereka oleh satu jenama lokal yang baru menemui pelanggan di Kelantan
SEFARRA.
Sefarra dilaporkan baru saja melancarkan kedai serta minyak wangi keluaran sendiri pada minggu lepas. Dalam petikan biografi di laman Facebook mereka, Sefarra mengelar syarikat mereka sebagai pengedar dan penjual barangan ‘branded’ terdiri daripada item solekan, wangian malah menyediakan khidmat solekan pada harga yang berpatutan.
Jenama yang dimiliki oleh pengasas tempatan, Farra Fareez ini pernah memiliki koleksi mekap dan kanta lekap bernama Farra Beauty. Cuma bezanya pada kali ini, Farra menjadi bualan hangat pagi tadi apabila ramai membezakan imej Sephora dan Sefarra (hello, nama pun dah nak dekat sama) sebelah-menyebelah dan menuduhnya meniru jenama popular dari Perancis itu.
Korang lihat sajalah kepada rekaan beg kertas Sefarra yang berjalur hitam putih. Begitu juga dengan rekaan bahagian luar kedai Sefarra yang juga dicat hitam dan putih.
Mana satu Sefarra, mana satu Sephora ya? Hehe..
Ads
Tak cukup dengan itu, netizen Malaysia sempat stalk habis dan menuduh Sefarra meniru beberapa rekaan wangian miniature. Dijual sebagai jenama Sefarra, rekaan botol minyak wangi tersebut kelihatan serupa dengan wangian Coco Chanel, Dior Addict, Chloe dan Gucci Guilty. Haa, jangan main-main dengan netizen Malaysia. Nampak sangat kita ni suka beli perfume sampaikan semua jenama kita dah kenal, kan?
Netizen bebas untuk memberikan pandangan dan kecaman ke atas Sefarra. Pada pendapat REMAJA (yes we had a meeting on this today), dalam dunia yang tiada lagi batasan ini, jenama sebesar Sephora pasti tidak boleh lari daripada isu pengklonan rekaan dan idea. Kita semua biasa mendengar frasa ‘Copying is the most sincere form of business flattery’. Akan tetapi, itu tak bermaksud mana-mana pihak boleh sesuka hati mencaras identiti jenama lain untuk meraih keuntungan peribadi.
Bagi kami, Sefarra tidak boleh kategorikan sebagai ‘jenama’ baru tetapi mereka tergolong dalam kategori perniagaan. Jika barangan mereka yang kononnya meniru Sephora itu terjual, by all means – congratulations. Namun, secara psikologinya pula, kes pengklonan ini sebenarnya memberikan imej positif kepada Sephora.
Setidak-tidaknya, Sephora boleh berbangga ada jenama kecil yang mendapat inspirasi daripada mereka. Pembeli Sefarra juga pastinya tertarik untuk ke butik Sefarra kerana mereka sudah familiar dengan branding dan produk Sephora. Itu bermakna, produk dan jenama Sephora sudah cukup diyakini pembeli di Malaysia sehinggakan ‘jenama’ yang kelihatan seakan-akan sama dengan mereka juga menarik perhatian pembeli.
Ads
Pada pihak Sefarra pula, sekurang-kurangnya netizen sedang bercakap mengenai Sefarra dan sedang mengunjungi Facebook serta Instagram mereka untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kes ini.
4 Lagi Kes Pengklonan Jenama
Ini bukanlah kes pertama satu jenama ditiru secara bulat-bulat. Antara kes lain yang pernah hangat diperkatakan oleh pembeli di Malaysia termasuklah:
donUT scarves vs dUCk scarves
Rekaan kerudung popular oleh Vivy Yusof ini dikatakan telah diciplak oleh satu lagi jenama lokal, donUT scarves apabila mereka mengeluarkan koleksi cetakan donut menyerupai cetakan koleksi dUCk scarves yang sebelumnya. Laman web dan logo kedua-dua jenama ini pun lebih kurang sama. Hhm..
Ads
LandWind X7 vs Land Rover
Okay, ni lawak. Sampai ‘tercium’ ‘terlaga’ pipi dua kereta ni.
Ouh the land of copycats. Kes ini berlaku di China di mana rekaan Land Rover Evoque kelihatan serupa dengan model kereta Landwind X7 pada tahun 2014. Berbanding dengan harga Land Rover ($80,000), Landwind hanya dijual pada harga $18,000 saja! Nak dijadikan cerita, pada awal tahun ini, satu kes pelanggaran dilaporkan di mana kedua-dua kereta ini terlibat sama……lawaklah korang ni.
ANAS Cosmetics vs NARS
Pada Ogos lepas, jenama yang baru diperkenalkan, ANAS Cosmetics mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat mekap online di Malaysia. Namun, sesetengah peminat jenama NARS dapat melihat persamaan yang ada pada rekaan lipgloss kedua-dua jenama.
AirAsia BIG (Points) vs Azeri Asia TV BIG Loyalty Programme
Disebabkan perkataan BIG yang digunakan pada kedua-kedua kempen ini, Azeri Asia TV yang merupakan saluran media di bawah kelolaan Azeri Asia Holdings (M) Sdn Bhd telah dituduh meniru idea AirAsia pada Julai tahun ini. AirAsia terpaksa membuat satu kenyataan media apabila mendapat tahu ada pelanggan mereka yang keliru dengan kewujudan dua buah kempen bernama BIG ini. Bukan hanya orang ramai yang keliru dengan logo dan warna utama dua jenama ini, penulis pun kena pandang dua, tiga kali bagi membezakan kedua-duanya.
Apa pendapat korang, patut tak jenama yang ‘meniru’ ini dikenakan tindakan undang-undang? Ataupun mereka juga orang berniaga yang mencari makan dan persamaan yang wujud itu hanyalah kebetulan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inilah perumpamaan yang boleh disesuaikan dengan seorang bekas guru dan pengasas sebuah sekolah tahfiz yang terletak di Bandung, Jawa Barat, Indonesia.
Dikenali sebagai Herry Wirawan, lelaki berusia 36 tahun ini telah melakukan perbuatan terkutuk merogol 13 pelajar perempuan berusia 11- 16 tahun sejak 2016.
Lebih menyayat hati lapan dari mereka telah mengandung hasil dari perbuatan terkutuk lelaki tersebut dan telah melahirkan seramai sembilan orang bayi. Berita ini menjadi satu berita sensasi dan menggemparkan seluruh Indonesia sekaligus menimbulkan keraguan terhadap sekolah agama.
Perbuatan terkutuk ini diketahui umum apabila salah seorang ibu bapa kepada pelajar yang dirogol mendapati anak mereka mengandung dan kemudiannya melaporkan perkara tersebut ke pihak polis daerah.
Sebelum ini pada Februari mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup sebelum menukar keputusan itu kepada hukuman mati setelah pihak pendakwaraya membuat rayuan.
Selain itu Herry Wirawan juga diarahkan untuk membayar lebih 300 juta rupiah selain hartanya akan dirampas dan dilelong dan dibahagikan kepada mangsa untuk memastikan kehidupan mereka dan anak yang dilahirkan terjamin sehingga mencapai usia dewasa.
Seperti yang diketahui, sekolah-sekolah agama ini ditubuhkan bertujuan membantu masyarakat beragama Islam yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
Menurut laporan media tempatan, modus operandi Herry Wirawan memperdayakan pelajar-pelajar dipercayai dilakukan dengan menawarkan biasiswa dan memberikan insentif kepada mereka terutamanya yang datang dari kawasan keluarga kurang berkemampuan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sejak semalam tular di media sosial berkaitan kes seorang ibu tunggal anak tiga, Puan Aishah yang ditahan pihak keselamatan sebuah pasaraya kerana mencuri ayam dan daging bernilai RM72.90 kerana anak-anaknya kelaparan.
Biar tahu perbuatan mencuri itu salah malah ketegasan pihak pasaraya untuk menyerahkan tertuduh ke pihak berkuasa atas tuduhan mencuri, tetapi nampaknya perkongsian dari fb Mohd Tarmizi Abdul Wahab telah memaklumkan bahawa ibu tunggal berkenaan sudah dibebaskan selepas pihak pengarah perundangan negeri menutup kes berkenaan atas dasar kemanusiaan.
Kongsi Mohd Tarmizi lagi, telah bergegas ke Mahkamah Parit, Alhamdulillah dapat berita, Pihak Pengarah Perundangan Negeri telah menutup kes atas dasar KEMANUSIAAN.
– Terus ke IPD Perak Tengah dan dimaklumkan beliau akan dibebaskan sebentar lagi. Saya sempat berjumpa sendiri dengan Puan Aishah. Minta jangan diulangi lagi tindakan tersebut. Insyallah, ada jalan lain jika kesempitan hidup. Terima kasih IPD Perak Tengah kerana menjaga kebajikan anak-anak beliau semasa dalam tahanan.
– Telah beri maklumat beliau kepad Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Perak Tengah untuk tindakan selanjutnya. Alhamdulillah, respon positif dari pihak JKM. – Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu sama ada menguruskan, mendoakan atau melahirkan simpati melalui pelbagai media. #HebatnyaKuasaViral.
Jelas Mohd Tarmizi lagi, Anak-Anak Kelantan Seri Iskandar (AKSI) juga sedang membantu kes ini yang jelas viral dan mendapat simpati masyarakat.
Nasib sedih mengenai ibu tunggal ini apabila satu perkongsian dari sahabat fb atas nama Mohd Zulhairi Zainol
Sabar la nak,..ibumu tiada malam nie”memang salah cara ibumu lakukan”..tetapi ibumu lakukan kerana hendak bagi kamu makan ”…esok ibumu akan dihadapkan di mahkamah untuk sebutan kes tadi ( mencuri ayam mentah dll RM72.90 )
Kami yg jauhan ini berdoa akan dipermudahkan,..esok wakil hery puan aida akan maklumkan untuk kos ikat jamin”….salah tetap salah tetap tetapi akan tiada sedikit pon rasa bertolak ansur pada mereka..terima kasih pihak balai polis seri iskandar kerana bantu ambik anaknya di sekolah dan memberi makanan di balai tadi”…kami hargai..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ya, perokok mungkin tak nak teruskan rutin harian mereka itu..
Amaran kepada perokok-perokok di seluruh Malaysia. Korang akan mula dikenakan denda jika menghisap rokok di semua premis makanan bermula 1 Januari 2020.
Menurut Astro Awani, perokok yang ingkar akan larangan ini akan didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun.
Merokok dari Jauh
Perbuatan merokok wajib dilakukan di luar jarak tiga meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis berkenaan.
Berita ini disampaikan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan kementeriannya sedang giat menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan.
Untuk rekod, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan notis amaran kepada 31,422 premis makanan daripada 146,607 premis yang telah diperiksa.
Manakala 27,759 buah premis telah diberikan amaran kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok serta 3,889 yang lain diberikan notis kerana ingkar larangan merokok.
Untuk info, kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok basi mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Di antara masalah kesihatan yang mungkin dialami adalah batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.
Hmm…tapi kalau perokok tegar masih nak merokok juga di tempat awam tahu la penulis.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!