Selang beberapa hari selepas seorang pelatih Tahun Empat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana didakwa menekap seterika terhadap seorang pelatih Tahun Dua, universiti tersebut digemparkan pula semalam dengan satu lagi laporan kes buli melibatkan penuntutnya.
Kejadian buli terbaru di UPNM itu melibatkan seorang pelatih Tahun Satu yang dipercayai dipijak oleh seorang pelatih Tahun Tiga. Setelah diperiksa, mangsa yang masih berusia 19 tahun itu dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang.
Lantas, mangsa melaporkan kejadian itu pada 21 Oktober lalu; hanya sehari sebelum kes pelajar yang ditekap seterika dilaporkan.
Laporan polis pula diterima pada Jumaat lalu dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Ads
Foto Hiasan
Sementara itu, mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital berikutan kecederaan yang dialami.
“Kes masih di peringkat siasatan. Pihak polis menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan dilengkapkan,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur.
Sebagai rekod, UPNM pernah menjadi topik trending sebelum ini akibat kes buli tujuh tahun lalu sehingga mengakibatkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Ads
Akibat siasatan kes, enam orang bekas penuntut UPNM yang didapati bersalah membuli mangsa telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah keputusan sebulat suara dibuat oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan.
Filem horror Korea, Whispering Corridors telah pun di-remake menjadi filem Indonesia, Death Whisper yang bakal ditayangkan diseluruh pawagam tanah air bermula 22 Ogos ini.
Mengisahkan tentang dua orang pelajar baru, Alex dan Maggie yang bersekolah tinggi eksklusif. Malangnya, mereka dibuli oleh pelajar lain terutamanya Andre, Erika dan Fahri. Apabila trio itu memaksa Alex untuk melakukan ritual, kesilapan berlaku menyebabkan satu roh jahat mula mengganas di sekolah tersebut.
Dibintangi oleh Amanda Rawles, Angga Aldi Yunanda, Arya Vasco, Naomi Paulinda, Teuku Ryzki, Remaja nak berikan korang sepasang tiket percuma ke tayangan perdana Death Whisper arahan Awi Suryadi pada 19 Ogos 2019 di TGV 1 Utama dengan hanya menjawab soalan mudah seperti berikut:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam pada kita bimbang terhadap situasi yang melanda negara sekarang, hati ini juga terusik bila mana melihat kejadian yang sama, malah lebih teruk berlaku di negara-negara jiran.
Semalam, Singapura mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 427 kes yang menjadikan kes keseluruhan sebanyak 3,699 di republik itu. Ia adalah jumlah peningkatan yang tinggi dan sangat membimbangkan kerana jika sebelum ini kita mengetahui negara tersebut mempunyai jumlah kes yang sedikit berbanding Malaysia, tetapi semalam mereka merekodkan penambahan yang ketara.
Begitu juga di Indonesia, situasi masyarakat disana menjadi lebih rumit kerana dengan populasi rakyat 269.6 juta penduduk membuatkan kerajaan mereka sukar untuk mengawal pandemik COVID-19 yang semakin menular di negara itu.
Pengacara selebriti popular di Indonesia, Najwa Shihab telah mengupas kisah seorang pemandu jenazah menceritakan situasi masyarakat yang masih berdegil tidak mahu duduk rumah dalam waktu getir seperti ini.
Video yang dimuatnaik dalam IGTV berdurasi 4:05 minit ini telah mendapat tontonan lebih daripada 4 juta penonton dan kami yakin kalau korang menontonnya juga, pasti rasa sebak mengenangkan nasib masyarakat di sana.
Muhammad Nursyamsurya berkongsi cerita setiap hari dia perlu menghantar puluhan jenazah positif COVID-19 dan ketika menjalani tugasnya itu, lelaki ini menjelaskan sebahagian besar masyarakat di Indonesia masih tidak menghiraukan dan mematuhi arahan ‘lockdown’ yang diperintahkan.
“Jalan di Jakarta masih sesak. Saya seperti ingin menaiki trak dan menjerit kepada masyarakat, ‘tolong kalian duduk di rumah! Ikuti perintah yang ditetapkan. Kalau kalian tahu berapa banyak jenazah yang kami makamkan setiap hari, pasti kalian akan sedih’, tambahan lagi kita sudah hampir ke bulan Ramadan dan kami juga ingin menunaikan solat tarawih dan menyambut Aidilfitri,” jelas Pak Syam.
Video tersebut menyaksikan air mata pemandu van jenazah itu mengalir kerana begitu sedih melihat sikap tidak peduli yang ada dalam masyarakat Indonesia. Ia juga turut mengundang sebak kepada pengacara Najwa Shihab yang kelihatannya seperti menahan tangisan air mata.
So guys, jadikan kisah yang berlaku di negara jiran kita sebagai pengajaran buat seluruh rakyat Malaysia. Kita tidak mahu situasi ini berlanjutan, jadi tolonglah duduk diam-diam di rumah. Tidak perlu sesakkan jalan raya kerana ia mungkin mengganggu kelancaran petugas kesihatan yang ingin pergi bertugas.
Jangan pentingkan diri sendiri, fikirkan tentang keselamatan individu lain.
Sama-samalah kita berdoa agar Malaysia dan jiran-jiran di negara kita, malah seluruh dunia berjaya menentang dan mengekang wabak ini daripada terus menular.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada yang lebih membanggakan apabila remaja Malaysia berjaya mengharumkan nama negara di pentas dunia!
Dalam sejarah, enam pelajar berjaya mencipta rekod apabila buat pertama kalinya, kesemua peserta dari Malaysia memenangi pingat dalam Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa yang berlangsung di United Kingdom (UK).
Kejayaan ini diumumkan oleh Olimpiad Matematik Malaysia melalui satu hantaran di Facebook pada hari Sabtu.
Dalam pertandingan tersebut, Ivan Chan Guan Yu dan Wong Jer Ren berjaya merangkul pingat perak.
Empat lagi pelajar, iaitu Daryl Lee Ker Ru, Leia Mayssa Masyerin, Tan Min Heng dan Loh Kwong Weng, masing-masing memenangi pingat gangsa.
“Tahniah kepada kesemua pemenang. Ini merupakan kali pertama kesemua peserta dalam pasukan memenangi pingat dan menyelesaikan P1 dan P4,” ujarnya.
Dalam perkongsian sama, Olimpiad Matematik Malaysia turut memaklumkan bahawa Malaysia juga berjaya menduduki tempat kedua dalam kalangan negara-negara ASEAN, berkongsi kedudukan dengan Vietnam, mendepani kedudukan Singapura.
Dengan pencapaian ini, katanya, Malaysia berada di kedudukan ke-33 daripada 117 negara yang mengambil bahagian.
Dalam pada itu, difahamkan bahawa majlis penyampaian pingat dijadualkan berlangsung pada majlis penutupan di The Forum, Bath UK pada pukul 4 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) pada Ahad.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!