Syawal pada tahun ini nyata memberikan sinar kebahagian buat pelakon, Ikmal Amry dan isteri, Najla Shamsul apabila mereka mengesahkan bakal menerima cahaya mata sulung, tidak lama lagi.
Perkhabaran gembira itu telahpun dikongsikan oleh Ikmal menerusi hantaran di akaun Instagram semalam. Saat dihubungi REMAJA, Ikmal tidak menyembunyikan kegembiraannya dan rasa syukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan Allah SWT ini.
“Pertama sekali, Alhamdulillah kami bersyukur di atas pemberian ini walaupun kandungan masih dalam peringkat awal lagi. Semoga semua dapat terus mendoakan yang terbaik buat saya dan isteri, InsyaAllah.
“Nak kata merancang itu, tidak adalah. Bagi kami, ini adalah rezeki yang dikurniakan Allah SWT. Cuma sejak saya berusia awal 20-an pun, saya sudah teringin mempunyai cahaya mata sendiri; lebih-lebih lagi apabila melihat kenalan rapat semua sudah bercahaya mata.
“Itu juga adalah antara pemangkin untuk saya berkahwin muda (pada usia 26 tahun). Saya kalau boleh tidak mahu melambat-lambatkan peluang mendapat anak. Najla pun sudah bersedia untuk fasa ini kerana dia sudah terbiasa menjaga anak-anak saudaranya. InsyaAllah kami berdua sudah bersedia,” kata finalis pencarian Hero Remaja 2017 ini.
Tambahnya lagi, pada peringkat awal dia sendiri tidak menyedari keadaan isterinya yang sudah berbadan dua.
Cuma kebelakangan ini, pelakon yang popular dengan drama bersiri Gantung itu mengalami alahan seperti loya tekak dan tidak mempunyai selera makan. Selain itu, emosinya pula yang kurang stabil.
Ads
“Apabila Najla melakukan pemeriksaan doktor dan disahkan berbadan dua, barulah saya faham simptom-simptom yang saya alami itu ada maknanya.”
“Saya pernah dengar cakap orang tua-tua bahawa simptom kebiasaan perempuan mengandung ini akan dialami oleh suaminya dahulu.”
Jelasnya, buat masa ini mereka berdua lebih selesa menyorokkan usia kandungan Najla sehingga keadaan bayi dan ibu stabil mengikut pandangan doktor.
Berita gembira ini turut diterima baik oleh pihak keluarga pasangan ini dan dianggap sebagai bonus kepada sambutan 1 Syawal pada tahun ini.
Ads
“Kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan dari zaman saya bujang hinggalah sekarang, saya hanya mengharapkan doa kalian untuk saya sekeluarga dan bayi yang bakal datang ini.
“Setiap doa dan sokongan moral daripada kalian amatlah saya hargai. Kalau ada tip dan ilmu sebagai parents muda, kongsilah kepada kami berdua,” ujar Ikmal yang bakal muncul dengan siri Tak Kot Raya (Raya pertama hingga keempat) di saluran Astro Warna dan telefilem seram Hanya Namamu Laila di saluran Astro First pada Raya ketiga.
Biarpun sibuk dengan soal keluarga, jadual Ikmal tetap padat di set penggambaran. Ikmal sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri untuk slot Akasia dengan membawakan watak antagonis.
Tahniah sekali lagi kepada Ikmal Amry dan Najla Shamsul!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Media Hiburan antara majalah hiburan tanah air yang telah lama bertapak dalam industri penerbitan bagi merungkai gossip-gosip selebriti dalam dan luar negara. Walaupun sudah tidak lagi diterbitkan secara fizikal, jenama Media Hiburan masih lagi gah menerusi versi digital.
Terbaharu, sebuah program televisyen yang diberi nama Media Hiburan Throwback akan bersiaran di kaca televisyen dengan menampilkan 15 selebriti terkenal dalam 13 episod secara keseluruhan. Antaranya seperti Dato’ AC Mizal, Erra Fazira, Rita Rudaini, Norman Hakim, Faizal Hussein, Sharifah Shahirah, Dato’ Awie dan ramai lagi.
Selebriti ini akan dikejutkan dengan artikel dan juga gambar lama yang pernah mereka lakukan bersama majalah Media Hiburan sebelum ini.
Bayangkan apabila photoshoot mereka 30 tahun lalu dikeluarkan kembali, bermacam gaya yang melucukan dan juga 1001 kisah boleh kita lihat dan dengar.
Mesti best kan? Mungkin juga selebriti jemputan ini nak berkongsi rahsia mereka kan?
Dihoskan oleh Radin, jangan lepaskan peluang untuk menonton Media Hiburan Throwback yang akan ditayangkan di saluran Astro Prima bermula 24 Mac 2021 pada jam 9 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ibu mana yang tidak gembira dapat mendidik anak kesayangan sehingga berjaya dan mampu meraih segulung Ijazah.
Pelakon, pelawak dan juga bekas finalis Dewi Remaja 1990, Didie Alias turut meluahkan rasa syukur dan bangga dengan kejayaan yang diraih anak perempuannya ini di laman Instagram.
Didie Alias bersama anak gadisnya..
Kejayaan anak keempatnya, Dayini Ahza mendapat Diploma Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM) dan kini menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuatkan artis versatil, Didie Alias lebih bersemangat untuk terus bekerja.
Menerusi kapsyen di laman Instagram (IG) miliknya, Didie telah melahirkan rasa bersyukur dengan kebahagiaan yang telah diberi.
“Muka ibu yang sangat bahagia bila anak menghadiahkan segulung ijazah. Alhamdullillah terima kasih Allah, walaupun badan ni kadang tak mampu lagi nak mengayuh untuk mencari rezeki, kerana diorang jugalah semangat mummy tak pernah luntur mencari rezeki untuk mereka mencapai cita-cita hingga ke menara gading. Tahniah @yodaney_ mengikut jejak kakak dan abang, we are so proud of you.”
A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia) on Oct 7, 2019 at 8:10pm PDT
Rata-rata pengikut Didie memberikan ucapan tahniah kepada Dayini Ahza kerana berjaya mencapai cita-citanya di usia muda.
Selain ucapan tahniah, netizen juga memuji cara Didie membesarkan anak-anaknya serta mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.
Untuk info, Didie pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja pada tahun 1990 bersama rakan seperjuangannya iaitu Jasmin Hamid dan Datin Seri Umie Aida dan Kuza.
Didie Alias di usia muda..
Terdahulu, Didie pernah berkahwin dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1992 dan bercerai pada 2002.
Perkahwinan tersebut telah dikurniakan lima cahaya mata, Nur Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayani.
Sementara menerusi perkahwinan kedua, Didie bernikah dengan Norisham Ismail pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan.
Dan kini Didie sudah mempunyai cucu pun. Wah nenek vogue la kak Didie ni.
Sumber : Instagram Didie Alias
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi terkenal, Daiyan Trisha tampil berkongsi pengalaman sulungnya digandingkan bersama aktor berbakat besar, Hun Haqeem menerusi siri adaptasi terbaharu berjudul W: Two Worlds.
Berkata kepada Remaja, aktres berusia 29 tahun itu menzahirkan rasa teruja apabila dapat bekerjasama dengan pelakon muda tersebut menerusi naskhah yang bakal ditayangkan di platform Viu.
“Ini adalah kali pertama saya bekerjasama dengan Hun dalam set pengambaran dan watak pun memang rapat. Hun sangat sweet, baik dan berbakat. Saya suka bekerja dengan dia.
“Malahah juga, mudah bila kita berkolaborasi mahupun berbincang bagaimana nak perform menerusi babak yang sama,” katanya.
Selain itu, penyanyi lagu popular Penat itu turut menyifatkan mudah bekerjasama dengan aktor berusia 25 tahun itu, terutama saling bertukar idea berkaitan babak lakonan ketika di set pengambaran.
“Ya, kami sangat mudah untuk berbincang di mana dia juga membuka idea dan selalu bertanya pendapat saya.
“Selepas kami meluangkan masa bersama, ketika membaca skrip. Ya pada ketika itulah kami mengenali satu sama lain, hati budi dan cuba untuk rasa selesa bagi mengukuhkan lagi ikatan kimia dalam siri ini,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Daiyan sempat juga berkongsi perkembangan karier muzik buat para peminat yang merindukan hasil buah tangannya.
“Untuk karier muzik saya pula, jangan risau. Saya sudah ada perkara yang bakal saya keluarkan buat anda semua.
“Tinggal tunggu masa sahaja untuk dikeluarkan. Bagi genre pula, masih lagi DNA yang sama,” tuturnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Konsert Fauziah Latiff mencuri perhatian apabila harga tiket Super VIP mencecah RM6,999, lengkap dengan pengalaman eksklusif dan sambutan 40 tahun perjalanan seni penyanyi kegemaran ramai itu.