
Tiada siapa yang mampu menolak takdir Ilahi. Itulah yang dilalui oleh keluarga kepada graduan Doktor Falsafah (PhD) dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), Allahyarham Wan Ruslan Wan Yusoff, yang pergi dijemput Ilahi pada 16 Mac 2025, sebelum sempat meraikan kejayaan menamatkan pengajian di peringkat tertinggi itu.
Namun, semangat arwah terus hidup dalam hati insan tersayang. Dengan penuh ketabahan,
Julina Jamil, melangkah ke pentas utama Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-20 hari ini untuk menerima Anugerah Anumerta bagi pihak arwah suaminya.Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Pro-Canselor UMPSA, Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor pada sesi pertama majlis tersebut.
Menurut Julina, beliau tidak menyangka akan diberi penghormatan sebesar itu bagi pihak arwah yang sentiasa gigih menuntut ilmu hingga ke akhir hayatnya.
Julina turut menambah bahawa beliau sendiri menjadi saksi kepada perjuangan arwah suaminya dari awal hingga akhir.
“Arwah sempat menghantar tesis pra-viva pada 20 Disember 2024, namun takdir menentukan segalanya apabila beliau menghembuskan nafas terakhir akibat Cardiogenic Shock Secondary to Advanced Heart Failure,” ujarnya lagi.
Majlis konvokesyen kali ini turut menyaksikan detik penuh emosi apabila
lima penerima menerima Anugerah Anumerta sebagai tanda penghargaan universiti terhadap semangat juang mereka dalam menuntut ilmu.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UMPSA News