
Jika sebelum ini isteri kepada pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar, Fazeera Nazri berkongsi berita gembira apabila dirinya dilantik sebagai pensyarah dalam bidang TESL di sebuah universiti swasta.
ARTIKEL BERKAITAN : #GirlPower Isteri Fizo Omar Kini Bergelar Pensyarah TESL. Tahniah!
Terkini, ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya berkongsi berita gembira di mana dia berjaya mendapatkan band 7 bagi ujian International English Language Testing System (IELTS). Wah hebatnya!

Menerusi perkongsian di Instagram, Faz menunjukkan keputusan yang diraih olehnya. Ujian yang mempunyai empat kategori itu dilihat sangat mudah bagi Faz kerana dia berjaya mengumpul markah yang sangat baik di setiap bahagian tersebut.
Bagi ujian pendengaran dan percakapan, Faz meraih markah yang sangat tinggi iaitu 7.5. Manakala ujian membaca pula, Faz mendapat 6.5. Bagi ujian penulisan pula, Faz mendapat 6.0. Secara keseluruhan Faz meraih band 7.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Faz. Ujar netizen, ujian IELTS bukan mudah untuk mendapat keputusan yang baik. Namun, Faz berjaya melakukannya.
Sumber: Faz
BACA LAGI : Pemain Tempatan Termahal, Nilai Arif Aiman Kini Mencecah RM2.82 Juta
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya! Babak Perkahwinan Puteri Diana Ditayangkan Dalam Siri Netflix, The Crown Pada..

Drama Inggeris kegemaran ramai pelanggan Netflix iaitu The Crown adalah di antara siri drama paling dinanti-nantikan.
Setiap kali klip teaser dikeluarkan sebelum musim terbaru, pastinya rasa tak sabar dalam diri memuncak menantikannya.
Musim keempat The Crown bakal ditayangkan pada 15 November ini. Namun, video trailer telahpun dimuat naik oleh Netflix semalam. Daripada video berdurasi 33 saat itu, salah satu babaknya telah membuatkan semua orang teruja.
Ia membabitkan momen perkahwinan di antara mendiang Puteri Diana dan Putera Charles pada 29 Julai 1981.
OMG!
Karakter Ratu Elizabeth lakonan Olivia Colman menyebut, “Sesuatu sepenting monarki tidak boleh gagal” sambil kamera menunjukkan kelibat Perdana Menteri Margaret Thatcher (Gillian Anderson).

Karakter Puteri Diana lakonan Emma Corrin pula muncul apabila beliau dikepung oleh para paparazi dan peminat sewaktu bersama keluarga diraja.
Hanya pada akhir klip tersebut, Puteri Diana dilihat sedang menyarungkan gaun perkahwinan ikoniknya sebelum perlahan-lahan memasuki sebuah pintu yang dipercayai merupakan pintu di dalam Istana sebelum beliau bertolak ke Gereja St Paul di London.

*
Cer tengok klip teaser penuh ini di bawah:
NEWS: The Crown S4 arrives on 15 November. Gillian Anderson and Emma Corrin join Olivia Colman. ⬇️ pic.twitter.com/2CEH8m2XuO
— Netflix UK & Ireland (@NetflixUK) August 20, 2020
Bagi korang yang tidak mengikuti siri The Crown, musim keempat ini akan bermula sekitar tahun 1970-an di mana hubungan Ratu Elizabeth dan Perdana Menteri UK sedang bergelut.
Kita juga akan melihat perjalanan hubungan cinta di antara Putera Charles (Josh O’Connor) dan Puteri Diana yang penuh kontroversi dan menjadi ikutan hangat akhbar pada waktu itu.


Tentunya, tekanan yang dihadapi oleh produksi The Crown dan para pelakonnya dirasai kerana kisah cinta Charles & Diana adalah kisah cinta moden yang paling mendapat perhatian dunia sehinggalah sekarang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Chinatown KL Berubah Menjadi Dunia Pasca-Apokaliptik ‘The Last Of Us’, Pengalaman Terbaik Max Bersama Astro One

Kwai Chai Hong, lorong bersejarah di Chinatown Kuala Lumpur (Petaling Street) berubah wajah menjadi dunia pasca-apokaliptik daripada The Last of Us sempena siri promosi musim kedua drama terkenal HBO Original berkenaan.
Dibuka kepada orang ramai dari 1 Mei hingga 11 Mei mulai jam 9 pagi hingga 12 tengah malam pada setiap hari, Astro bersama-sama Max, perkhidmatan penstriman daripada Warner Bros. Discovery membawakan pengalaman imersif itu di ibu kota, khas untuk peminat setia The Last of Us.


Paling mencuri tumpuan REMAJA adalah mural The Last of Us berskala gergasi di Kwai Chai Hong yang dihasilkan oleh artis tempatan, Akid One. Lengkap dengan efek bunyi dan pencahayaan sinematik, korang akan puas hati dengan sudut-sudut menarik di sini bagi mengabadikan foto serta video kenangan korang. Barulah tidak FOMO namanya!

Sedikit info mengenai The Last Of Us musim kedua, ia hadir selepas lima tahun penantian sejak musim pertamanya.
Kali ini, The Last of Us mengisahkan Joel dan Ellie yang terlibat dalam konflik antara satu sama lain. Di sekeliling mereka pula merupakan dunia apokaliptik yang jauh lebih berbahaya dan mendatangkan sesuatu yang tidak terjangkau akal serta jangkaan penonton.
Selain pelakon asal The Last Of Us seperti Pedro Pascal (Joel), Bella Ramsey (Ellie), Gabriel Luna (Tommy) dan Rutina Wesley (Maria), The Last of Us musim kedua juga menampilkan barisan pelakon baharu termasuklah Young Mazino (Jesse), Ariela Barer (Mel), Tati Gabrielle (Nora), Spencer Lord (Owen), Danny Ramirez (Manny), Jeffrey Wright (Isaac) serta kemunculan istimewa oleh pelakon legenda moden, Catherine O’Hara.

Abby & Bai Tak Nak Lepaskan Peluang
Kunjungan REMAJA dan dua pelakon baharu, Elyshia Abegail (Abby) dan Baihaqi Majid (Bai) ke Kwai Chai Hong baru-baru ini turut menemukan lakaran mural khas yang diinspirasikan daripada permainan video ini.dan ruang interaktif yang boleh dicuba oleh pengunjung.
Secara tidak langsung, pengalaman imersif ini menghangatkan lagi jiwa peminat drama The Last of Us sebelum mereka menonton musim keduanya.

Menurut Abby, pameran unik di Kwai Chai Hong ini membangkitkan rasa teruja dalam dirinya sebagai peminat The Last of Us dan secara peribadi menggemari instalasi yang dihasilkan oleh Astro ini.
“Saya ingin memuji pemilihan lokasi Kwai Chai Hong ini. Saya tidak sangka set The Last of Us boleh digabungkan dengan elemen kebudayaan yang sinonim dengan kita semua sebagai rakyat Malaysia. Jika korang berkunjung ke dalam, pameran ini amat-amat bertepatan dengan tema jalan cerita drama ini,” ujar Abby,
Seperti Abby yang mula dikenali menerusi lakonannya dalam drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi, Baihaqi juga berkongsi sentimen yang sama dan mengesyor agar pengunjung menjiwai karakter The Last of Us dengan pemilihan pakaian mereka sebelum ke Kwai Chai Hong.
“Korang pakailah outfit yang mencerminkan apocalyse vibes agar OOTD korang bertambah realistik di sudut-sudut prop yang telah disediakan. Siapa yang ada misai dan sedikit jambang, bring out that Pedro Pascal in you!” seloroh Baihaqi.
So korang tunggu apa lagi? Obviously, pameran The Last Of Us musim kedua ini adalah destinasi wajib untuk korang kunjungi dari 1 Mei hingga 11 Mei ini.
Sekiranya korang merupakan pelanggan Astro, jangan lupa rebut peluang menebus barangan eksklusif The Last of Us musim kedua di sini menerusi aplikasi MyAstro dan Astro dari 9 Mei hingga 11 Mei 2025 seperti beg jinjit dan topi.*


Korang boleh strim episod baharu The Last of Us musim kedua secara on-demand pada setiap hari Isnin (sama seperti waktu tayangan di Amerika Syarikat) di aplikasi Max atau Astro GO. Manakala episod terakhirnya pula akan menemui korang pada 26 Mei ini.
Di samping itu, para pelanggan Astro yang baru melanggan Max dalam tempoh 24 Mei hingga 30 Jun 2025 pula boleh menikmati diskaun 50 peratus daripada harga langganan tahunan biasa untuk pelan Max Standard atau Max Ultimate.
*Tertakluk kepada terma & syarat dan selagi stok masih ada.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dokumentari ‘No Other Land’ Menang Oscar, Pengarah Seru Dunia Hentikan Kekejaman Terhadap Palestin

Baru-baru ini, pengarah dokumentari ‘No Other Land’ menyeru masyarakat di seluruh dunia untuk mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin dalam ucapannya selepas memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97.
“Kami menyeru dunia mengambil tindakan tegas untuk menghentikan ketidakadilan dan menghentikan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin,” kata pengarah bersama, Basel Adra, seorang aktivis Palestin dari Masafer Yatta di Tebing Barat menerusi ucapannya.
“Kira-kira dua bulan lalu, saya bergelar seorang bapa dan harapan saya untuk anak perempuan saya ialah dia tidak perlu menjalani kehidupan yang sama seperti saya jalani sekarang,” kata Adra.


Dalam pada itu, Yuval Abraham, seorang wartawan penyiasatan Israel yang juga pengarah bersama ‘No Other Land’, merujuk Adra sebagai ‘saudara’ tetapi meluahkan kekesalan bahawa mereka dianggap ‘tidak setaraf’.
“Kami hidup dalam rejim di mana saya bebas di bawah undang-undang sivil, manakala Basel berada di bawah undang-undang tentera yang memusnahkan kehidupannya,” kata Abraham.
Beliau turut menyeru agar keganasan yang berlarutan di Timur Tengah selama beberapa dekad dihentikan, terutama selepas insiden pada 7 Oktober 2023 yang membawa kemusnahan besar di Gaza.

Sekadar info, ‘No Other Land’ menerima pujian daripada ramai pihak sebagai antara dokumentari terbaik tahun lalu dan ia adalah sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel.
Menurut laporan NBC New, meskipun mencapai kejayaan, dokumentari itu tidak mendapat tayangan meluas di pawagam Amerika Syarikat disebabkan oleh sensitiviti politik yang menyelubungi konflik Israel-Palestin.
Walau bagaimanapun, filem itu masih tetap ditayangkan di pawagam bebas di beberapa bandar terpilih dan turut disediakan dalam format digital kepada pengundi Anugerah Akademi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

