Baru-baru ini, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon dan penyanyi era 1980-an, Isma Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail yang meninggal dunia pada pagi Rabu di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, Selangor.
Menurut kenyataan ahli keluarga, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 8.30 pagi. Berita duka itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan ringkas yang dikongsikan kepada umum.
“Assalamualaikum. Innalillahiwainnailaihirojiun, Isma Alif atau Latiff telah menghembuskan nafasnya, kembali kepada penciptanya baru sekejap ini. Jenazahnya masih di rumah,” tulis kenyataan tersebut.
Isma Aliff meninggal pada usia 62 tahun.
Sementara itu, menurut adik Allahyarham yang dikenali sebagai Angah memaklumkan, Isma Aliff sudah lama berdepan masalah kesihatan dan keadaannya dilaporkan semakin merosot sejak seminggu lalu.
Ads
Isma Aliff (62) merupakan antara figura popular era 1980-an yang mewarnai dunia hiburan menerusi pelbagai drama, filem dan program hiburan. Selain bergelar pelakon dan penyanyi, Allahyarham juga aktif sebagai pelawak serta pengacara.
Beliau sering digandingkan bersama rakan-rakan komedi tanah air pada zaman kegemilangannya, sekaligus mencipta momen hiburan yang masih diingati peminat sehingga kini.
Ads
Kredit foto: FB SIAR
Ads
Terdahulu, Allahyarham pernah dimasukkan ke Hospital Ampang selepas mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru sehingga ditidurkan pada 15 Disember 2023.
Pemergian Isma Aliff pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, rakan artis serta peminat yang membesar dengan karya dan jenaka beliau, sekaligus menutup satu lagi lembaran penting dalam sejarah hiburan tanah air.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa cakap bila tengah diet tak boleh makan sedap? Sekarang ni dah macam-macam barangan sihat yang korang boleh dapatkan dipasaran.
Tapi, kalau korang masih tak tahu dan ragu-ragu yang mana boleh makan atau tak, apa kata korang ikut panduan senarai yang telah disediakan oleh Azzatie Intan Suraya ni.
Tak sangka sebenarnya banyak je makanan boleh makan, asalkan korang selalu kena check label sebelum membeli
1. Bahan perapan
2. Bahan tenusu
Slim cheese 1 keping Cuma 43 kcal berbanding 99 kcal normal cedar. Natural yogurt dan greek yogurt untuk breakfast parfait/snacking
Susu segar untuk snacking atau overnight oat
3. Pengganti gula/garam
Gula: Molasses/raw sugar cane
Garam: Himalayan rock salt
4. Peanut butter
Banyak pilihan untuk natural peanut butter. Check label dahulu untuk kandungan minyak, garam dan gula.
5. Biskut
6 keping sangat kenyang. Baru 143 kcal. Saiz besar untuk snacking.
Ni pula 6 kepinng baru 139 kcal
6. Roti
Canadian wheat atau wholemeal bread
Kalau tak ada Canadian, boleh ambil Sommerset
7. Kopi
Kopi paling rendah kalori. 1 sachet cuma 7 kcal
8. Oat
Organic rolled, 4 sudu bersamaa 90 kcal untuk overnight oat
9. Jem roti
St dalfour, ada banyak perisa yang korang boleh pilih
Ha, Smucker’s ni pun okay. 100 peratus rasa buah-buahan
10. Salad dressing
Paling rendah kalori, 1 sudu Cuma 20 kcal
11. Wrap
Always go for 6 grains wrap. 1 keping bersamaan 143 kcal
12. Snacks
Ramai fitness coaches suka makan ni sebagai snacks sebab kenyang dan sedap
13. Paratha
Sesekali nak makan paratha dengan 2 sudu homecook ikan, boleh laa..
14. Mayonis
1 sudu Cuma 54 kcal. Mayo biasa, 1 sudu 90 kcal
15. Tuna
Buat sandwich tuna pun sodap!
16. Coklat
Antara dark coklat yang korang boleh makan
17. Sos
Lingham ada 3 produk. Sweet & spicy, Thai dan Sriracha. Yang Sriracha tu Cuma 19 kcal kalau tak silap untuk satu sudu. Tapi susah nak jumpa, hmm!
18. Edamame
Pengganti telur, kalau siapa yang dah bosan makan telur. Sepaket boleh dimakan sebanyak 5 kali
19. Minyak masak
Medela oil untuk nak menumis
20. Beras
Pilih beras parboiled
21. Green tea
Minum green tea sangat baik lebih-lebih lagi kalau korang tengah berdiet
22. Pau frozen
Wholemeal pau sebiji Cuma 150 kcal
23. Daging frozen
Ni pun best sebab tanpa lemak
24. Madu
Kalau nak makan madu, boleh cari yang ni
25. Bijirin
Pilihan fitbar, muesli, granola untuk breakfast
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sedekah bukan pada wang semata-mata, senyuman pun satu sedekah kerana orang yang dalam kerisauan boleh girang hatinya kembali bila anda melemparkan satu senyuman manis.
Mendengar dan menyelesaikan masalah orang juga satu sedekah iaitu sedekah ilmu.
Tengok! Sapa suka sedekah, rezeki tak pernah putus
Jom kita baca satu perkongsian dari seorang anak yang juga bekas guru di SMK Seri Pantai, Jamilah Haji Bujang tentang sikap bapanya yang suka bersedekah ketika hidup.
Bapanya seorang mandur di Telekom tetapi arwah bapanya itu memang suka menolong orang kampung sehingga timbul gelaran Bujang Bos.
Selepas pencen, bapanya suka bercucuk tanam di sekeliling rumah. Ketika itu kawasan perumahan di Pantai Dalam tidak semoden hari ini. Tanah yang sedikit, bapanya penuhkan dengan tanaman seperti lengkuas, kunyit, pisang, betik dan banyak lagi.
Tapi satu yang menarik perhatian, bila pisang-pisangnya masak, kata Jamilah, bapanya melarang emak menebang sebelum burung-burung memakan sesisir dua pisang itu. Mereka sekeluarga hanya akan merasa pisang itu selepas burung-burung memakannya.
Kata bapa, burung juga makhluk Allah dan mencari rezeki, sama seperti manusia lain di bumi Allah yang sangat luas ini.
Tidak saja pisang, buah betik juga sama. Juga mesti dipatuk burung-burung. Tanaman lain juga selalu diminta oleh jiran-jiran, bapa hanya ambil sedikit untuk kegunaa emak di dapur. Pendek kata apa yang ada di sekeliling rumah, bapa akan sedekah kepada jiran-jiran.
Bercerita tentang pengalamannya, kata Jamilah, bapanya juga suka mengutip nasi-nasi yang tidak habis di makan orang ramai di kedai untuk diberikan kepada itik-itik peliharaannya.
Bapak memang suka bersedekah- jamilah
Bapanya tak pernah malu walau sedikit untuk mengutip sisa-sisa makanan semata-mata kerana kasihnya kepada haiwan. Bila bapanya campakkan nasi, bukan saja itik tapi burung-burung juga turun ke tanah untuk sama-sama menikmati rezeki.
Bapanya juga suka menyapu sekeliling kampung, bukan saja di tanahnya sendiri. Hujung minggu, bapanya akan bawak satu kereta sorong, penyapu dan pengaup dan mulakan tugasnya dari hujung jalan ke hujung jalan.
Sebagai anak, Jamilah dan adik-beradik hanya memerhatikan perbuatan bapanya dari jauh tanpa menduga Allah menunjukkan kebesaranNya untuk hamba yang masih hidup.
Suatu hari dia dikejutkan dengan berita bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung. Rumahnya mula diziarahi orang ramai, terlalu ramai sehingga ratusan orang.
Semuanya menyampaikan salam takziah dan mengaku mereka adalah kawan baik kepada arwah bapanya.
Urusan memandikan jenazah bapanya juga sangat mudah. Begitu lembut tubuhnya dan tidak susah dilenturkan.
Ratusan burung kelihatan seakan mengiringi jenazah
Kejutan tidak hanya itu, semasa jenazah diusung ke tanah perkuburan, Jamilah perasan, ratusan burung-burung terbang seolah-olah mengiringi jenazah bapanya.
“Saya cuit emak dan emak minta saya diam. Saya ajukan hal yang sama pada Along, dia juga turut perhatikan ratusan burung-burung itu. Ada macam-macam warna, hijau, hitam dan banyak lagi.
“Semuanya duduk bertenggek di atas wayar talian elektrik, seperti mengiringi jenazah bapa,” katanya.
Burung hijau bertenggek di atas dahan
Sesampainya di tanah perkuburan, sekali lagi kejadian aneh terjadi. Burung-burung bagaikan menunduk dan bersiulan, mungkin bertasbih dan mendoakan individu yang banyak memberi makan kepada mereka. Semuanya seperti sedih hendak melepaskan satu individu yang baik hati.
Menjadi pengajaran besar kepada dirinya dan untuk orang lain, kata Jamilah, sekalipun sudah hampir 20 tahun bapaknya meninggal dunia tapi perbuatan bapaknya sangat berkesan di hatinya hingga kini malah dia juga meneruskan cara dilakukan oleh arwah bapaknya.
“Bila saudara mara mula balik, mak buka satu cerita. Sejak pencen dari Telekom, bapak gemar bercucuk tanam. Namun arwah hanya mengambil sedikit sahaja hasil tanamannya itu.
“Sekadar melepaskan “sesak” di dapur ketika emak memasak. Selebihnya disedekah kepada jiran tetangga dan ahli masyarakat yang datang meminta.
Cerita emak lagi, bukan saja kucing, burung, anjing liar juga akan berkongsi rezeki yang sama. Mereka seolah- olah tahu jam 3 petang, arwah akan datang membawa satu baldi penuh dengan sisa nasi dan lauk pauk yang dikutip dan dikumpulkan dari kedai makan berhampiran rumahnya,” kata emak sekaligus membuatkan dirinya sangat terkesan.
Indahkan dunia kalau semua orang memahami konsep sedekah
Ternyata dengan pemberian sedekah atau berbuat baik ini bukan saja dilakukan kepada manusia semata-mata tetapi juga kepada makhluk Allah yang bernyawa kerana di dunia, Allah sudah menunjukkan pengajaran kepada insan yang berbuat baik kepada haiwan-haiwan. Bersesuaian dengan maksud hadis di atas.
Namun apa yang lebih terkesan hati anak keempat dari enam beradik ini ialah arwah bapanya bersama sahabat-sahabatnya memberikan sebahagian wang simpanan mereka untuk mendirikan surau yang diberi nama Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Pantai Dalam.
Hari ini, surau itu sudah tiada lagi tetapi digantikan dengan sebuah masjid tersergam indah yang mampu menampung ribuan jemaah di dalamnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pelajar Malaysia telahpun membanggakan negara setelah dia menempah kejayaan dalam sebuah pertandingan pidato Bahasa Inggeris peringkat antarabangsa.
Bertempat di Hangzhou China pada Ahad lalu, Nicol Yong Jia Jia telah dinamakan pemenang kategori Belt & Road Youth English Speaking Competition dan 21st Century Cup International English Speaking Competition setelah dia menewaskan 30 orang peserta lain daripada 30 negara dan daerah China.
Pesaing terdekat Nicol iaitu Che Qiyu dari China pula berpuas hati di tempat kedua.
Menurut pelajar tahun terakhir di St. Joseph’s Institution International School ini, dia merasakan pertandingan tersebut membantu membuka matanya kepada pengalaman baru. “Saya dapat berkawan dengan ramai remaja sebaya lain dari Mauritius, Hungary dan sebagainya. Ini kali pertama saya bertukar-tukar pendapat mengenai perbezaan budaya kami sepanjang beberapa hari lepas,” katanya.
Nicol juga pada tahun lepas pernah menyertai pertandingan English Speaking Union (ESU) Malaysia Public Speaking Competition 2018 dan memperolehi tempat kedua.
***
Pertandingan 21st Century Cup International English Speaking Competition merupakan usaha sama akhbar China Daily, kerajaan perbandaran Hangzhou dan Persatuan Bahasa Inggeris (ESU) untuk membentuk remaja berlainan latar belakang agar lebih yakin berbahasa Inggeris, memahami negara asing serta budaya lain.
Aww, lain betul konsep pidato sebegini.
Contohnya, tema yang diberikan kepada peserta juga tidak seperti kebiasaannya. Antaranya adalah ‘Let Us Be True To One Another’ atau ‘The Great Truth Is Simple’. Dan..
“You may speak now..”
Menurut penganjur, tema seperti ini sengaja diberikan agar remaja boleh berkongsi harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik.
Apapun, tahniah kepada Nicol dan REMAJA harapkan lebih ramai remaja di luar sana yang yakin untuk sertai pertandingan seperti ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!