
Jika sebelum ini jenama gajet Apple melancarkan tiga model serentak, tahun 2020 dijangka mereka akan mengeluarkan lagi 7 model iPhone menurut ramalan penganalisa di Rosenblatt.
Teknologi rangkaian 5G juga turut diperkenalkan kerana semakin banyak negara dunia yang menawarkan rangkaian selular terkini yang mampu memberikan kelajuan muat turun sehingga 7Gbps.
Model yang akan dilancarkan khabarnya adalah iPhone SE2 4G, iPhone 12 4G, iPhone 12 Pro 4G, iPhone 12 Pro 5G, iPhone 12 Pro Plus 4G, iPhone 12 Pro Plus 5G dan iPhone 12 Pro Max 5G. iPhone SE2 4G dengan skrin sebesar 5.1 akan dilancarkan pada awal tahun hadapan tanpa sebarang model dengan sokongan 5G.

Berkenaan dengan saiz skrin pula, iPhone 12 hadir dengan saiz skrin yang sama seperti iPhone 11 iaitu 6.1-inci. iPhone 12 Pro dengan skrin yang lebih kecil iaitu 5.4-inci, manakala iPhone 12 Pro Max hadir dengan saiz 6.1-inci.

Harga jualan model 5G khabarnya sehingga $200 (lebih kurang RM830) lebih mahal berbanding model 4G.
Sama-sama kita nantikan sama ada khabar ini adalah benar atau tidak.
P/s: Dah bolehlah menabung sikit-sikit. Hiks!
Sumber: Amanz
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cara Buang Perkara Tidak Penting Yang Penuhkan Storage Telefon Bagi Pengguna iPhone

Masalah penstoran memori di telefon pintar sering dialami oleh kebanyakan daripada kita kerana walaupun menggunakan storage yang agak besar, namun ia masih tidak mencukupi dan sering kali penuh.
Berilah telefon pintar yang mempunyai memori 512GB sekali pun, pastinya banyak gambar dan video yang kita nak simpan dan akhirnya memori penuh juga kan?

Untuk pengguna iPhone, korang boleh check storage dan jika dilihat, penggunaan Other yang dipaparkan itu memakan jumlah memori juga. Jadi, bagaimana korang boleh mengurangkan sedikit penggunaan tersebut?
Jom kita lihat perkongsian daripada Akeem Sharyzal yang menunjukkan cara-cara untuk membuang perkara tidak penting yang hanya memenuhkan storage telefon korang.
1. Pergi Setting > pilih Safari > scroll bawah sikit cari clear history & website data dan klik

2. Masuk Setting lagi > cari Messages > Keep Messages > buat 30 days
Biar jadi auto delete sebab tak penting pun. Kalau penting, korang boleh save dulu atau screenshot.

3. Ini paling membantu. Korang pergi dekat apps Telegram, lepas tu cari Setting > Data & Storage > Storage Usage > tekan clear telegram cache

4. Ini pula cara kalau korang nak backup semua gambar dan video dalam iPhone korang.
a. Download Apps Google Photo
b. Setting “Free Up Space”
c. Slide ke bawah untuk backup
d. Dah complete delete sahaja
e. Dekat recently delete pun dah delete



Jangan risau, gambar semua selamat.
Selamat mencuba!
Sumber: Akeem Sharyzal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lupakan Beg Tangan! Telefon Pintar Stylish Seperti Huawei nova 7 SE Adalah Aksesori Terbaru Kamu

Bagi si fesyenista yang begitu mengambil berat mengenai penampilan mereka – setiap pemilihan pakaian, gaya rambut dan aksesori yang mereka pilih memainkan peranan yang amat penting.
Tidak kiralah lelaki atau perempuan, stail individu adalah cara terbaik untuk mengekspresikan keunikan diri sendiri. Kata orang, jadi original!
Dahulu, hanya item seperti beg tangan, kaca mata dan kasut sahaja yang dianggap sebagai aksesori fesyen. Dengan peredaran zaman sekarang, satu lagi aksesori fesyen harus kamu update agar kelihatan chic dan trendy.
Perkenalkan, model telefon pintar paling stylish yang akan menemui pasaran bermula 19 Jun ini, iaitu HUAWEI nova 7 SE.
Tidak seperti telefon pintar berteknologi 5G lain di pasaran yang tebal kerana perlu memenuhi spesifikasi ruang bagi chipset 5G, HUAWEI nova 7SE didatangkan dalam pakej yang lebih nipis dan ringan.
Dengan ketebalan hanya 8.58mm dan berat sebanyak 189 gram, HUAWEI nova 7 SE memiliki rekaan kaca 3D pada bahagian belakang yang sedikit melengkung bagi memudahkan kamu memegangnya.

Pada bahagian hadapan pula, skrin seluas 6.5 inci dengan teknologi FullView Display beresolusi 1080p akan memberikan gambaran jelas. Memang puas untuk kamu yang memakai telefon pintar bagi mengestrim drama bersiri kegemaran pada setiap hari.
Untuk mereka yang gemar untuk mengambil foto OOTD pula, jangan risau kerana teknologi kamera HUAWEI nova 7 SE is fashionably remarkable.
Kamera hadapannya under-screen memberikan nisbah skrin-ke-badan 90.3% yang memberikan pengalaman melihat skrin bagus.

Pada bahagian belakang telefon pula, kamu pasti akan berpuas hati dengan kamera utama AI Quad 64MP, lensa 8MP ultra wide angle, lensa makro 2MP dan lensa bokeh 2MP yang menjadi di antara aset utama kepada pengguna.
Keempat-empat kamera ini saling melengkapi antara satu sama lain untuk kepuasan kamu yang gemar merakamkan OOTD penuh berstail.

Pilihan Warna Yang O.M.G Cantik!

Sukar untuk REMAJA memilih hanya SATU warna saja daripada 3 pilihan yang ditawarkan bagi HUAWEI nova 7 SE ini.
Kesemuanya memang menarik untuk dilihat, lihat sajalah pada warna Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple. Ibarat si fesyenista yang tidak gentar untuk bereksperimentasi, warna-warna yang ditawarkan dilihat yakin, berani dan elegan.
Selamat Datang Ke Era 5G
Seiring dengan rekaan luarannya yang penuh bergaya, begitu jugalah dengan prestasi HUAWEI nova 7 SE. Walaupun didatangkan dengan harga mampu milik, itu tidak bermakna HUAWEI mengambil mudah akan teknologi yang mereka tawarkan.
Telefon pintar ini dikuasakan oleh Kirin 820 5G dan menyokong jaringan 4G serta 5G. Lalu. pengalaman pengguna dengan kelajuan Internet yang lancar akan memudahkan kamu untuk sentiasa bergerak pantas.
Ambil foto semudah 1 klik dan terus muat naik ke media sosial, done!

Tidak Lagi Perlu ‘Delete’ Aplikasi
Satu fungsi yang kami gemari mengenai HUAWEI Nove 7 SE adalah aplikasi HUAWEI AppGallery yang memudahkan pengguna mencari dan menyimpan kesemua aplikasi penting yang mereka gunakan pada setiap hari.

Sempena pelancaran ini, HUAWEI kembali semula dengan HUAWEI AppGallery Carnival dari 19 Jun ke 30 Jun 2020.
Kamu berpeluang untuk merebut deal menarik daripada mereka dan mungkin juga memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah yang bernilai sehingga RM2 juta termasukklah baucar bernilai RM160, 500 buah skuter elektrik dan – wait for it –
3 buah kereta Proton X70s *scream*.
Kesemua tawaran ini boleh didapati di stor HUAWEI.

HUAWEI nova 7 Series akan dilancarkan pada 19 Jun 2020. Untuk maklumat lanjut sila layari sini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nak Tahu Gajet Ori Atau Tiruan, Ini 6 Tip Yang Korang Boleh Ikut

Barangan daripada jenama-jenama terkemuka memang sering di cetak rompak dan lebih mengelirukan lagi, barangan yang diciplak itu mempunyai persamaan yang sukar untuk dibezakan oleh pengguna.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tip yang boleh anda jadikan rujukan sebelum membuat keputusan untuk membeli, khasnya khusus bagi barangan gajet.
1. Semak packaging produk

Pengilang produk tiruan tidak begitu peka kepada bentuk rekaan packaging produk. Namun, ia sangat dititikberatkan oleh pengeluar rasmi yang akan sentiasa menjaga setiap perincian reka bentuk dan packaging produk mereka.
Semak font pada info yang tertera di kotak barangan yang dijual. Pastikan tulisannya jelas dan kualiti cetakan dalam keadaan yang baik. Pengeluar rasmi akan memastikan produk-produk mereka dihantar dalam keadaan yang baik supaya tiada kerosakan yang berlaku sepanjang tempoh penghantaran.
2. Lihat manual pengguna

Semua maklumat penting tentang peranti ini mestilah menggunakan dalam bahasa asal negara pembelian. Jika tertera beberapa bahasa lain yang anda tidak faham, maka ia mungkin adalah peranti yang di seludup atau pun dicetak rompak.
3. Lihat material yang digunakan

Bahan-bahan seperti plastik, getah atau pun aluminium yang digunakan boleh dilihat sama ada daripada jenis material berkualiti tinggi atau tidak.
Pengeluar berjenama terkenal tidak menggunakan bahan yang murah. Plastik bungkusan produk original mestilah kemas, tanpa mengandungi sebarang kecacatan atau ketidaksempurnaan pada packaging.
Produk tiruan dapat dikesan dengan mudah. Lihat sahaja pada jenis plastik murah dengan penggunaan warna mate yang digunakan, serta reka bentuk produk yang tidak sempurna.
4. Lihat font ini

Logo merupakan perkara utama bagi mana-mana jenama dan anda perlu menelitinya dengan baik. Walaupun sudah bertahun-tahun, logo bagi produk asli tidak akan nampak kusam.
Setiap font dan simbol pada peranti mestilah tertera dengan jelas, mudah dibaca dan tahan lama. Bagi kes cetak rompak pula, produknya tidak mempunyai nama pengeluar atau mempunyai perbezaan daripada segi reka bentuk produk.
5. Semak alat pengecas

Pengecas yang original akan disesuaikan mengikut kemudahan sesebuah negara itu. Misalnya, jika kita di Malaysia, perlu ada satu tetapan soket yang sesuai untuk negara Malaysia. Begitu juga dengan negara-negara lain seperti Eropah.
Jika anda perlu membeli adopter atau pengecas secara berasingan, ini adalah salah satu tanda bahawa produk yang dibeli itu tidak asli.
Setiap pengeluar bertanggungjawab untuk menjamin keselamatan pengguna dan kerana itu, produk yang asli menggunakan penebat kualiti dengan kemasan yang sempurna.
6. Lihat pada wayar dan plug

Kualiti wayar adalah salah satu tanda yang jelas boleh anda lihat sama ada produk tersebut adalah barangan tiruan. Jika produk yang asli, kabel wayar akan kelihatan lebih kukuh berbanding produk tiruan yang mempunyai bahagian-bahagian yang longgar.
Kadangkala, saiz ukuran plug juga tidak bertepatan dengan kedalaman soket dan mempunyai wayar yang lebih panjang.
Selain itu, lihat pada kualiti penebat dan simbol di atasnya. Barangan asli dan tiruan dapat dikesan melalui cara-cara ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

