Hiburan

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anakanda Lelaki, Harris Luah Kesyukuran. Tahniah!

Share

Pelakon dan penyanyi, Harris Alif berkongsi berita gembira apabila isterinya yang juga pelakon, Intan Ladyana selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat.

Menerusi perkongsi di Instastory miliknya, Harris memaklumkan dia baru sahaja menerima panggilan video mengenai kelahiran bayi keduanya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gayatri Su-Lin Jadikan Ibu Zul Ariffin Sebagai Tempat Menumpang Kasih -“Saya Sangat Sayangkan Dia”

“Alhamdulillah baru lepas video call. Harris junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eevie)? Lepas ini kita pergi tengok adik,” katanya.

Dalam hantaran lain, Harris turut menjelaskan dia tidak dapat bersama dengan pelakon filem Banglo Seksyen 12 itu di hospital kerana perlu menjaga cahaya mata sulung mereka, Eevie Khadeeja di rumah.

“Saya tidak dapat teman Intan kali ini sebab kena jaga Eevie. Ibu saya ada di sana teman dia,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Februari 2021 dan telah dikurniakan sepasang cahaya mata.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Harris Alif

IKLAN