Muhamad Nabil Fikri Haris Fadzilah, telah berjaya menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pesawat (Kepujian) dalam bidang Avionik di Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Kejayaan Nabil dirai semasa Majlis Konvokesyen ke-21 UniKL, yang turut menjadi detik bersejarah bagi bapanya, Haris Fadzilah Daud, yang terkenal sebagai penyanyi era 90-an, Aris Ariwatan. Aris meluahkan rasa syukur dan bangga atas pencapaian anak lelakinya.
“Saya sangat bersyukur kepada Allah untuk detik ini. Melihat anak saya tamat pengajian dengan ijazah sarjana muda adalah impian yang menjadi kenyataan.
“Saya selalu mengingatkan dia bahawa ilmu perlu dikejar semasa muda dan digunakan untuk memberi manfaat kepada orang lain,” kata Aris.
Bagi Nabil, perjalanan untuk mencapai kejayaan ini tidak mudah. Menempuh cabaran besar apabila beralih daripada diploma ke ijazah sarjana muda di Universiti Kuala Lumpur Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (UniKL MIAT), dia mengakui bidang penerbangan memerlukan komitmen yang tinggi.
Ads
“Penerbangan berbeza daripada bidang lain, ia unik, mencabar, dan memerlukan dedikasi yang tinggi. Tapi Alhamdulillah, dengan sokongan tidak berbelah bahagi daripada keluarga, rakan-rakan, dan kemudahan cemerlang UniKL MIAT, saya berjaya.
“Ramai profesional industri memuji kepakaran UniKL MIAT dalam bidang penerbangan. Itu memainkan peranan besar dalam keputusan saya untuk melanjutkan pengajian di sini,” tambah Nabil.
Ads
Kini, Nabil bukan sahaja sedang melanjutkan pengajian dalam Sarjana Pengurusan Penerbangan di UniKL MIAT, tetapi juga bekerja dengan Galaxy Aerospace (M) Sdn. Bhd. sebagai Eksekutif Perancangan Organisasi Pengurusan Keberterusan Keupayaan Terbang (CAMO).
Meskipun berjaya, Nabil menyedari bahawa membawa nama besar bapanya memberi tekanan tersendiri.
Ads
“Menjadi anak kepada seorang figura terkenal datang dengan tekanan. Saya sering merasakan perlu untuk menunjukkan prestasi terbaik dalam segala hal kerana saya membawa namanya.
“Saya berharap dapat membuat ibu bapa saya bangga melalui usaha dan dedikasi saya. Dalam tempoh 10 tahun akan datang, insya-Allah, saya berharap untuk berada di landasan menjadi juruterbang atau jurutera pesawat yang berlesen.
“Saya percaya kejayaan datang daripada bekerja keras dan merebut peluang,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB UniKL
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tempat Baru Untuk Chill Lex, kalu korang pergi mana-mana kedai Starbucks, biasanya kita akan disambut dengan interior yang wow dari kedai kopi ‘kayangan’ ini. Dan selalunya kedai Starbuck ini akan mengunakan warna dominan coklat dan hijau.
Sumber Gambar : Adrianna Calvo from Pexels
Terbaru, Starbucks Coffee nama yang tidak asing lagi bagi masyarakat dunia termasuklah yang ada di Malaysia telah mengorak selangkah kehadapan apabila Starbucks Malaysia telah membuka cawangan kopi pakar mereka, Starbucks Reserve terbesar di Malaysia.
Syarikat kopi terbesar di dunia ini membuka butik terbarunya ini di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, jadi korang penggemar minuman Starbucks boleh merasai pengalaman minum kopi yang berbeza di sini dibuka secara rasmi semalam.
Bukan setakar interior yang wow Starbucks Reserve ini juga berbeza dengan kedai-kedai Starbucks yang lain kerana ia menyediakan pilihan kopi yang lebih baik berbanding cawangan Starbucks biasa. Malah, korang boleh mendapatkan biji kopi Arabica terpilih yang datang dari seluruh dunia.
Sudah pasti, Starbucks Reserve merupakan tempat untuk para peminat kopi menikmati rasa kopi sebenar. Bukan itu sahaja, dekorasi Starbucks Reserve kelihatan lebih elegan dan mewah berbanding cawangan biasa.
So jangan lepaskan peluang pada weekend ini untuk ke Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya.
Ingat. Jangan lupa ikut SOP yang ditetapkan okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) terpaksa menunggu lama sebelum menamatkan pengajian masing-masing dengan sidang konvokesyen, akhirnya istiadat tersebut kembali dilangsungkan mulai hari ini oleh Management & Science University (MSU).
Bertempat di kampus Shah Alam, MSU melangsungkan konvokesyen ke-27 setelah ia tertangguh semenjak bulan Oktober tahun lalu akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara.
Dengan kehadiran seramai 1,959 graduan yang mewakili 90 program pengajian, istiadat tersebut dibahagikan untuk berlangsung mulai hari ini hingga 2 April (Jumaat) kelak.
Ia terdiri daripada 22 penerima ijazah Doktor Falsafah, 68 graduan ijazah Sarjana, 955 graduan ijazah Sarjana Muda dan 914 graduan Diploma.
Biarpun jumlah tersebut agak besar, namun dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diwajibkan ke atas kesemua hadirin, kesemua graduan akhirnya berpeluang untuk menerima skrol masing-masing di atas pentas.
Merasa lah juga kan.
Tingkat Prestasi
Pada majlis sulung hari ini, ia telah dihadiri oleh Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dato’ Wira DR Mohd Shukri Ab Yajid, Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid serta pengurusan kanan universiti tersebut.
Menariknya pada konvokesyen edisi ini, tiga program pengajian baru meraikan graduan sulung mereka. Ia terdiri daripada graduan Diploma in Physiotheraphy, Bachelor in Islamic Finance (Hons) dan Bachelor in Marketing with Psychology (Hons).
Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor, Sharul Ikmal Mohd Sukkeri. [ Bachelor in International Business (Hons) ]
Penerima Anugerah Presiden, Danish Haikal Asman [ Bachelor in Creative Multimedia (Hons) ]
Untuk pengetahuan, sepanjang beberapa bulan, MSU telahpun mencatatkan beberapa prestasi akademik yang memberansangkan dalam Edisi 2021 QS World University Rankings by Subject.
Ini termasuklah mengekalkan kedudukannya kedua di Malaysia dalam kalangan #51-100 terbaik dunia untuk subjek Hospitality and Leisure Management, tersenarai buat kali pertama bagi subjek Art and Design (Fashion Design) di kedudukan pertama di Malaysia dalam kalangan #151-200 dunia dan di kedudukan ke-11 di Malaysia dalam kalangan #451-500 bagi subjek Business and Management Studies.
Tidak hairanlah apabila IPT ini memperolehi tahap 98.7 peratus kebolehpasaran graduan dalam sektor pekerjaan seperti yang dicatatkan dalam Kajian Pengesanan Graduan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).
Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak begitu stabil sejak dua tahun akibat pandemik COVID-19, ramai individu yang terkesan terutamanya daripada segi kewangan. Oleh yang demikian, masing-masing cuba untuk mengehadkan perbelanjaan dan membuat pembelian dengan bijak.
Seperti yang kita semua sedia maklum, kenderaan adalah antara keperluan terpenting dalam kehidupan seharian. Bagi mereka yang baharu sahaja mendapat pekerjaan dan ingin membeli kenderaan, mungkin ada yang berniat untuk membeli kereta terpakai dek kerana ingin meminimumkan perbelanjaan, lebih-lebih lagi dalam situasi getir seperti sekarang.
Tidak salah jika ingin membeli kereta second hand, tetapi ada banyak perkara yang korang kena ambil kira sebelum memilih. Pembeli wajib memeriksa kondisi kenderaan terlebih dahulu sebelum meneruskan pembelian.
Apa yang perlu kita elakkan adalah membeli kereta yang pernah terlibat dalam kemalangan. Macam mana korang nak tahu cara untuk mengelakkan daripada terbeli kenderaan tersebut?
Perkara pertama yang harus korang lakukan ialah untuk mendapatkan pengesahan sama ada kereta terpakai itu pernah melalui tuntutan insurans atau tidak.
Korang perlu mencatat nombor chassis atau Vehicle Identification Number (VIN) kereta berkenaan. Masukkan nombor ini di laman web MyCarInfo dan ikut langkah-langkah yang diberikan dan seterusnya korang boleh dapatkan Vehicle Check Report (laporan pemeriksaan kereta).
Walau bagaimanapun, cara ini tidak begitu 100 peratus tepat sama ada kereta berkenaan pernah terlibat dengan kemalangan atau tidak kerana mungkin sahaja pemilik sebelum menggunakan wang sendiri untuk membaiki tanpa menggunakan insurans. Ini adalah cara bagi sesetengah pemilik supaya rekod NCD (no claim discount) bersih suci.
Macam mana pula nak kesan kereta yang pernah ditenggelami banjir?
Situasi ini sedikit sukar untuk dikesan, namun masih ada beberapa petanda yang boleh korang periksa. Korang mungkin boleh cari petanda kecil seperti kesan tanah, lumpur atau pasir di dalam kereta. Selain itu, kereta mangsa banjir juga mungkin ada kesan kulat pada kerusi atau fabrik pintu. Jika ruang enjin ada kesan lumpur atau berpasir, ia boleh jadi petanda yang kereta tersebut pernah jadi ditenggelami banjir.
Foto: jim gade
Cara ini mungkin tidak dapat disahkan 100 peratus namun setidaknya ada usaha-usaha yang boleh korang lakukan untuk tidak tersalah membeli kereta terpakai.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.