Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi K-Pop terkenal Korea Selatan, Nana, dilaporkan mengalami detik cemas apabila kediamannya di pinggir bandar Seoul diceroboh seorang lelaki bersenjata awal pagi Sabtu lalu. Insiden mengejutkan itu bukan sahaja mengancam keselamatan dirinya, malah melibatkan ibunya yang turut berada di lokasi kejadian.

Menurut laporan polis Guri, suspek yang dipercayai berusia lingkungan 30-an memecah masuk ke rumah mewah milik Nana atau pemilik nama sebenar Im Jin-ah (34), dengan niat merompak. Lelaki tersebut didakwa membawa senjata tajam dan mengugut kedua-dua wanita itu sambil menuntut wang serta beberapa barangan berharga.

Dalam keadaan genting itu, Nana dan ibunya bertindak berani apabila mereka berjaya menahan penceroboh tersebut dalam satu pergelutan fizikal. Tindakan berisiko itu akhirnya menyelamatkan mereka daripada kemungkinan kecederaan lebih serius sebelum pihak polis tiba di tempat kejadian.

Nana Cedera Ketika Berdepan Penceroboh Bersenjata Di Rumah, Suspek Berjaya Ditahan Selepas Pergelutan Nana Cedera Ketika Berdepan Penceroboh Bersenjata Di Rumah, Suspek Berjaya Ditahan Selepas Pergelutan

Ads

Bagaimanapun, akibat pergelutan itu, Nana dilaporkan mengalami kecederaan ringan, namun ibunya berada dalam keadaan lebih kritikal apabila tidak sedarkan diri selepas insiden tersebut. Kedua-dua mereka telah dikejarkan ke hospital tempatan dan kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.

Dalam pada itu, media tempatan Korea Selatan turut melaporkan bahawa suspek berjaya ditahan dan kini sedang disiasat atas tuduhan rompakan bersenjata dan pencerobohan kediaman. Pada masa yang sama, polis turut memuji keberanian Nana serta ibunya yang bertindak pantas mengekang keadaan daripada menjadi lebih buruk.

Ads

Sementara itu,  agensi Nana mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa selebriti tersebut serta ibunya sendiri yang berjaya menahan suspek sehingga pihak berkuasa tiba serta suspek turut dilaporkan menerima rawatan di hospital selepas ditahan.

Nana Cedera Ketika Berdepan Penceroboh Bersenjata Di Rumah, Suspek Berjaya Ditahan Selepas Pergelutan Nana Cedera Ketika Berdepan Penceroboh Bersenjata Di Rumah, Suspek Berjaya Ditahan Selepas Pergelutan

Ads

Sekadar info, Nana sebelum ini pernah mencuri perhatian ramai apabila mula dikenali pada tahun 2009 sebagai ahli kumpulan K-pop popular, After School. Walaupun kumpulan itu kini tidak lagi aktif, Nana terus mengembangkan kerjaya sebagai pelakon dan semakin dikenali menerusi karya berjudul Mask Girl, Confession, Kill It dan Justice. 

Selain kerjaya lakonan, Nana juga baru-baru ini kembali aktif dalam bidang muzik apabila melancarkan album solo pertamanya pada September lalu, sekaligus menandakan perkembangan baharu dalam perjalanan seninya meskipun berdepan detik mencemaskan seperti yang berlaku baru-baru ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads