
Kami bukanlah bomoh, tapi kami boleh baca pemikiran korang. Hehe..
Bermula hari ini hingga akhir Januari 2020, Tealive sedang menawarkan promosi pembelian 2 minuman untuk hanya RM10.
Tawaran ini hanya sah dengan pembayaran menggunakan e-Dompet Touch ‘n Go.
ARTIKEL BERKAITAN : Korang Boleh Tebus RM30 Melalui e-Tunai Rakyat Sekarang
Walaupun tiada kenyataan rasmi mengenai promosi yang dilakukan oleh Tealive ini, kami dapat mengagak ia mempunyai kaitan dengan pemberian e-Tunai bernilai RM30 ke dalam kredit e-Dompet Touch ‘n Go pada hari ini.
Bagi korang yang berminat, jangan tunggu lama kerana tawaran ini hanya untuk 250,000 transaksi terawal sahaja.

Ia hanya sah untuk minuman Tealive berharga RM6.60 ke atas sahaja namun tidak melibatkan cawangan Tealive medan selera AEON Delica, Maxvalue, Cold Storage dan KLCC.
Jadi jangan ketinggalan okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem Abang Adik Wakili Malaysia Ke Oscar

Karya fenomena, Abang Adik dipilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa, Anugerah Akademi Ke-97,3 pada Mac tahun depan.
Menerusi kenyataan dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), pemilihan karya daripada sutradara Jin Ong itu hasil beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) FINAS yang terdiri daripada barisan profesional dalam bidang perfileman dan pematuhan syarat penyertaan ditetapkan oleh penganjur.
“Filem terbitan More Entertainments Sdn Bhd ini merangkul 19 anugerah antarabangsa, sekali gus satu pencapaian yang membuktikan filem Malaysia mampu bersaing dan menyerlah di peringkat global.
“Antara pencapaian tertinggi adalah Anugerah Filem Terbaik, Festival Filem Asia New York (Uncaged Competition Ke-22) dan merangkul Golden Mulberry, Black Dragon Critics Award serta White Mulberry Award untuk Filem Cereka Terbaik di Far East Film Festival Ke-25 di Udine, Itali.

“Di peringkat tempatan, filem ini mencatatkan kemenangan di Malaysia Global Golden Awards (MGGA) 2024 dengan meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik,” kata kenyataan itu.
Selain itu, FINAS turut memaklumkan karya hebat tersebut telah mencatatkan kejayaan luar biasa di China dengan kutipan pawagam mencecah RM2.2 juta sehingga 30 September lalu selepas mula ditayangkan sejak 21 September lalu.
Abang Adik mencetus fenomena tahun lalu dengan kutipan pecah panggung RM14.6 juta di Taiwan dan RM1.55 juta di Hong Kong, menjadikannya filem Malaysia pertama yang mencatatkan rekod tayangan tertinggi.
Untuk info, Abang Adik menceritakan kehidupan dua anak yatim piatu lakonan Jack Tan dan pelakon dari Taiwan, Wu Kang Ren.
Mereka hidup tanpa dokumen dan tinggal di Pudu, Kuala Lumpur iaitu kawasan yang terkenal dengan pasar basah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: GSC
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Lagi Selebriti Muda Buktikan Mereka Tidak ‘Kosong’ Malah Educated

Minggu ini, pelajar di beberapa buah universiti tempatan kembali sibuk mengambil tempat masing-masing di dewan konvokesyen.
Tentunya, momen mengambil gulungan ijazah merupakan antara momen yang akan korang ingat sampai bila-bila. Begitu juga dengan golongan selebriti muda ini yang mementingkan pelajaran walaupun sudah popular dan sibuk dengan kerjaya.
Siapa kata mereka ‘kosong’? Haippp..
Jom lihat 5 lagi orang selebriti yang menjadi inspirasi buat korang yang perlu membahagikan masa di antara banyak komitmen.
01
Nana Sheme

Penyanyi yang popular dengan single Hantu atau Buaya ini secara rasminya tamat pengajian setelah acara konvokesyen di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2 hari lepas.
Nana Sheme bergelar graduan bidang Pengajian Pengurusan Sains Pembinaan (Hons.) dari Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur. Bagi pelajar fakulti seni bina seluruh negara, korang tahu kan betapa ‘gilanya’ study hours jurusan seperti ini.
“Walaupun sibuk, degree life adalah waktu yang saya akan ingat sampai bila-bila. Banyak momen pahit manis yang saya lalui. Pada masa yang sama, saya takut jika saya akan terbeban dengan projek nyanyian.
“Bergelar penyanyi bukan alasan saya untuk tak meletakkan pelajaran sebagai fokus utama. Syukur, saya berjaya dengan anugerah cemerlang kelas pertama! Ini adalah hadiah untuk keluarga,” kata Nana lagi.
02
Rita Nadira

Model dan influencer, Rita Nadira tak menjadikan kerjaya sebagai penghalang sama sekali untuk mengenggam segulung ijazah. Graduan UiTM Shah Alam ini sentiasa dilihat sibuk dengan projek penggambaran gambar dan video di kalangan pereka fesyen tanah air. Rita juga merupakan wajah utama di halaman majalah.
Tapi itulah orang kata, kalau nak berjaya, kesibukan kerja itu hanyalah sebahagian daripada cabaran seorang pelajar. Good job Rita!
BACA: 7 Selebriti Muda Buktikan Artis Pun Pentingkan Pendidikan & Educated!
03
Hanie Soraya

Pemilik ijazah bidang Perubatan daripada Universiti Mansourah Mesir ini adalah salah seorang selebriti yang banyak memberikan inspirasi kepada selebriti lain dan peminat bahawa tak mustahil untuk korang belajar sambil bekerja.
Hanie Soraya sudahpun pulang ke Malaysia selepas menyertai acara konvokesyen pada 11 Mac lalu. “Terima kasih atas doa dan sokongan selama ini, ia sangat bermakna untuk saya.”
Ternyata ramai netizen yang gembira melihat Hanie berjubah konvo (plus that flower crown on her mortar board is everything girl).
04
Daiyan Trisha

Seperti pelajar lain sebaya dengannya, masa tidur Daiyan perlu banyak dikorbankan. Paling penting, selebriti berusia 25 tahun ini perlu bijak membahagikan masa di antara assignment, perniagaan, penggambaran, keluarga dan beberapa lagi komitmen lain.
“Alhamdulillah saya berjaya mendapat anugerah dekan pada setiap semester. Ya saya banyak kali merasa down kerana terlalu sibuk. Tetapi disebabkan keinginan nak berjaya serta mendapatkan A, saya gigihkan juga diri.
“Datang lambat ke kelas pun, dengan muka tak malu duduk di depan supaya senang untuk saya fokus,” kongsi pelajar jurusan Pentadbiran Perniagaan di IUKL ini.
05
Sufian Suhaimi

Okay kita throwback sedikit ke bulan Oktober, tahun lalu. Penyanyi Sufian Suhaimi berterima kasih kepada Allah dan semua orang yang pernah membantu sehingga dia berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Komunikasi Massa daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Menganggap ia adalah hadiah untuk ibu dan ayah, ia bukanlah perjalanan yang mudah untuk Sufian sampai ke pentas konvokesyen itu. “Bukan senang nak imbangi kerjaya, peribadi dan Masters. Mana yang tahu tu, tahulah.
“Saya terharu apabila mendapat tepukan gemuruh di dalam dewan semasa menerima scroll. Korang memang luar biasa,” katanya kepada rakan media di luar dewan.
BACA: Tahniah Graduates! Remaja Instafamous Buktikan Pelajaran Penting – Bukan Sekadar Rupa
Good job korang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Projek Anchor SPM’ 100% Lain Daripada ‘Bad Genius’ – Nadhir Nasar

Zaman sekolah menghimpunkan pelbagai kenangan manis yang akan kita ingati sehingga ke zaman dewasa
Inilah zaman di mana anda menghabiskan hampir sepanjang hari bersama kawan-kawan. Bagi mereka yang perolehi peluang untuk memasuki sekolah berasrama penuh pula, pastinya korang akan mencipta kenangan pahit manis di sana.
Ramai yang akan rindu bila teringat balik kenangan tersebut, kan?

Terbaru, projek filem baharu berjudul ‘Projek Anchor SPM’ bakal ditayangkan di Astro Citra Exclusive dan pasti dapat mengubat rindu kita semua pada zaman sekolah.
Melihatkan kepada barisan pelakon Projek Anchor SPM yang terdiri daripada nama-nama pelakon muda seperti Aedy Ashraf, Daiyan Trisha, Shasha Abedul, Chubb-e dan Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar, ia membuatkan kita semua tak sabar untuk menantikan tayangannya.
Cumanya, baru-baru ini tular di Twitter apabila seorang netizen mendakwa Projek Anchor SPM menciplak idea filem keluaran Thailand berjudul Bad Genius. Iya ke sama?


Penjelasan Nadhir Nasar
Penulis menghubungi Nadhir Nasar bagi mendapatkan pandangannya mengenai skrip dan jalan cerita yang didakwa punya persamaaan itu.
Menurut Nadhir, Projek Anchor SPM amat berlainan dengan filem Thailand popular dari tahun 2017 itu.
Katanya yang memegang watak Hilmi yang merupakan pelajar yang bakal menduduki SPM, dia difahamkan oleh pengarah bahawa Projek Anchor SPM ini berkisarkan kehidupan pelajar di Malaysia sekitar tahun 2003.

“Ini cerita daripada zaman budak-budak sekolah memakai telefon Nokia 3310. Tiada internet pada telefon. Ia sarat dengan mesej mendalam, nilai kasih sayang, konflik remaja dan pelbagai pengajaran.
“Saya gembira diberi peluang menjayakan ‘Projek Anchor SPM’ kerana sedikit sebanyak ia dalam mengamit memori zaman persekolahan saya dulu. Kalau korang rindukan zaman persekolahan, korang memang wajib menonton Projek Anchor SPM, okay.”
Nadhir turut meluahkan rasa gembira dapat bekerjasama dengan pengarahnya Razaisyam Rashid.

Bakal ditayangkan awal Januari 2021 kelak di Astro Slot Citra Exclusive, korang kenalah tengok sendiri jika ia sama dengan filem Bad Genius ataupun tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

