
Inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, bermula hari ini di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.
Prosiding ini dijangka berlangsung selama 17 hari hingga 30 September depan dengan kira-kira 70 orang saksi akan dipanggil memberi keterangan
.Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan, akan bertindak sebagai koroner sepanjang prosiding.
Inkues ini diadakan selepas Zara ditemui tidak sedarkan diri di sekolah agamanya pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth sehari kemudian.
Kes tersebut mencuri perhatian masyarakat apabila pemimpin negeri, aktivis dan NGO mendesak agar siasatan rapi dilakukan demi mencari keadilan untuk keluarga Allahyarham.
Sebelum ini, pada 8 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kubur Zara digali semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, Sipitang.
Lima hari kemudian, AGC memutuskan satu inkues perlu dijalankan bagi menentukan punca serta keadaan kematian termasuk sama ada wujud unsur jenayah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.