
Perbicaraan inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner semalam membuka lagi sisi baharu kehidupan asrama.
Saksi kelima yang juga rakan sekolah mendedahkan bahawa tabiat pelajar senior memarahi atau menegur dengan keras dianggap budaya biasa di kalangan penghuni asrama.
“Saksi menyatakan bahawa tabiat pelajar senior memarahi atau menegur secara keras adalah budaya biasa dalam kalangan kawan-kawan pelajar asrama.
Ibu arwah, Noraidah Lamat diwakili barisan peguam termasuk Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.
Dalam prosiding itu, peguam memaklumkan bahawa saksi ke-13 turut mendedahkan hubungannya dengan kumpulan pelajar “Circle 19
” iaitu sekumpulan 19 pelajar yang sering melakukan aktiviti bersama.Selain itu, saksi berkenaan juga membantu pihak mahkamah dengan mengenal pasti guru yang merampas telefon bimbit seorang pelajar pada pagi kejadian, kerana penggunaan telefon memang tidak dibenarkan di dorm.
Menutup keterangannya, saksi menegaskan bahawa Zara Qairina dikenali sebagai pelajar ceria, peramah, serta tidak menunjukkan tanda tekanan emosi atau masalah mental sebelum kejadian berlaku.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Metro Online