Berita

Inkues Zara Qairina: Dituduh Curi, Warden Arah Pelajar Cuci Darah – Fakta Mengejutkan Minggu Kedua

Share

Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, kini masuk minggu kedua dan terus menjadi perhatian ramai. Hari ketujuh prosiding pada Jumaat menyaksikan saksi keenam, Linah Mansoding @ Jaliha, 65 tahun, tampil mendedahkan beberapa fakta baru yang mengejutkan.

Linah yang merupakan pengawal keselamatan di sekolah itu sejak 2012 menceritakan apa yang berlaku sebelum dan selepas Zara ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan asrama.

Antara fakta penting yang didedahkan:

  1. Tuduhan mencuri
    – Linah berkata, sehari sebelum kejadian, seorang pelajar Tingkatan Satu (dirujuk sebagai Pelajar A) mengadu kepadanya bahawa RM300 dan kad bank dalam beg sekolahnya hilang.
    – Pelajar itu tidak menuduh sesiapa secara langsung, tapi selepas kematian Zara, mula tersebar cerita bahawa Zara dituduh mencuri wang tersebut.
  2. Tindakan pelajar senior
    – Menurut Linah, pelajar A kemudiannya mengadu kepada pelajar Tingkatan Empat kerana semua dorm Tingkatan Satu berada di bawah jagaan pelajar senior.
    – Tidak mustahil Zara dipanggil oleh mereka untuk ditanya tentang kehilangan duit itu.
  3. Warden dapat tahu
    – Cerita tuduhan curi ini akhirnya sampai ke pengetahuan seorang warden lelaki menerusi ketua dorm Tingkatan Empat.
  4. Tiada cerita lain
    – Linah menegaskan, sepanjang bertugas, beliau tak pernah dengar sebarang cerita buruk lain mengenai Zara selain tuduhan mencuri ini.
  5. Isu kesan darah
    – Lebih mengejutkan, Linah mendakwa dua pelajar Tingkatan Empat diarahkan oleh warden untuk membersihkan tompokan darah di lokasi Zara ditemui.
    – Malah, dia juga diminta oleh warden memadam gambar pertama kali Zara ditemukan kerana bimbang tersebar.
  6. Saat Zara ditemui
    – Linah menggambarkan Zara ketika itu dalam keadaan terlentang di longkang, tanpa kasut dan tudung, dan masih bernafas seperti “berdengkur”.
    – Zara kemudian dialihkan oleh Ketua Warden bersama beberapa pelajar senior ke hadapan rumah warden sementara menunggu ambulans.
  7. Kecederaan serius
    – Ketika dimasukkan ke dalam ambulans, darah dilihat banyak mengalir dari kaki kiri Zara dan tulang kakinya juga terkeluar.

Imbas kembali

Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu sekitar jam 4 pagi berhampiran asrama sekolahnya di Papar. Dia meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth.

Pada 8 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kuburnya digali semula untuk bedah siasat kedua, sebelum prosiding inkues rasmi dimulakan pada 13 Ogos.

Kenapa kes ini penting?

Pendedahan saksi dalam inkues ini membangkitkan persoalan besar:

  • Adakah Zara menjadi mangsa tuduhan palsu dan tekanan mental di sekolah?
  • Kenapa pelajar diarahkan bersihkan kesan darah, bukan pihak profesional?
  • Adakah ada pihak cuba menutup sesuatu?

💭 Guys, bila baca kes Zara ni, apa yang paling buat korang tertanya-tanya – tuduhan mencuri tu, cara warden handle situasi, atau keadaan Zara masa ditemui?

Published by
Nana